Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Baru-baru ini, industri hiburan negara kita dikejutkan dengan isu seorang artis lelaki kelahiran Singapura yang mencederakan isteri sendiri, selepas ditangkap berkaraoke dengan seorang artis perempuan lain. Sorotan daripada kisah itu, isteri artis lelaki tersebut mengumumkan yang dia dan pasangannya sedang berusaha memulihkan keadaan untuk memulihkan rumahtangga mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Reaksi Bella Astillah, isteri kepada artis lelaki tersebut membuatkan banyak komen-komen tersebar yang menganggap tindakan beliau memaafkan suaminya adalah satu kesilapan. Memang ramai yang kecewa tetapi, kenapa ramai netizen meluahkan kekecewaan mereka?

Kenapa perlunya netizen meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku?

Adakah ramai netizen merasakan apabila seorang isteri itu mampu bersabar dapat suami sebegitu dan memaafkan kesalahan yang telah dilakukan, adalah tindakan yang boleh dikatakan bodoh?

Tertanya-tanya juga ke mana hilangnya sabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian, khasnya golongan puan-puan yang banyak menzahirkan rasa menyampah dengan tindakan isteri artis itu.

iluminasi aliff aziz afifah nasir

"Kalau lepas ni kena lagi, tak ada dah orang nak kesian," kata seorang ibu dalam komennya terhadap perkembangan kes itu.

"Bini mana nak jadi janda usia muda? Mesti dia berharap jantan boyan Singapore ni berubah. Good luck lah sis. Jangan besok dia baling almari kat muka kau sudah," kata seorang wanita lain.

"Bodoh perempuan ini," kata seorang wanita lain dalam Facebook.

Ini adalah satu masalah besar dalam masyarakat kita. Ini berlaku kerana setiap orang antara kita ada persepsi keadilan sendiri yang perlu dipenuhi untuk memenuhi nafsu kita yang marah. Namun ramai juga sebenarnya yang seronok nak tengok rumahtangga runtuh.

Kenapa itu berlaku? Penyakit hati.

Sedangkan jika tengok kes-kes sebegitu dari perspektif Islam - semua itu adalah dugaan pada si isteri dan juga si suami, serta wanita pihak ketiga.

Logiknya : jika seseorang itu rasa diri dia gay, dia perlu tahan diri dia dari melakukan tabiat gay walaupun hati dia nak sangat diliwat lelaki lain, kan? Jika perlu seumur hidup tahan, dia perlu tahan juga kan?

Jika seseorang itu dapat anak kurang upaya, kita sendiri akan nasihatkan dia supaya bersabar dan hadapi dugaan Allah swt. kerana anak itu tetap anugerah dari Dia. Bolehkah dia buang anak dia tu sementara anak dia masih kecil, hanya untuk mengelakkan hidup susah kemudian hari?

Bila seorang saudara ada malasah kerja dan dalam iklim ekonomi yang agak mencabar serta peluang pekerjaan cukup kompetetif, adakah kita akan menasihatkan beliau untuk terus berhenti kerja dan tukar kerja lain?

Ketiga-tiga contoh yang saya berikan membawa satu unsur yang sama - pentingnya kesabaran.

iluminasi aliff aziz afifah nasir2

Namun mengapa apabila seseorang isteri itu mahu bersabar dengan kerenah suaminya, kenapa kita yang hanya orang luar tak dapat terima perangai si suami itu sebagai dugaan pada isterinya dan apabila dimaafkan, menunjukkan dugaan itu sesuatu yang si isteri hendak harungi?

Mengapakah bila berlakunya masalah antara suami isteri yang berpunca daripada kesilapan mana-mana pihak sekalipun, masyarakat seolah-olah mahu melihat jalan keluar perceraian diambil?

Adakah ini kerana ramai merasakan jalan cerai itu ada, jadi bodohlah kalau tak diambil?

Jika ya, tak mengejutkanlah kenapa statistik cerai di kalangan orang Islam di Malaysia amat membimbangkan. Sampai berapa lama kita mahu amalkan setiap kali ada saja masalah, kita bukan mahu bantu capai solusi kerana kita lebih pentingkan jalan keluar?

Tak tahan dugaan sangat kah masyarakat kita ini?

iluminasi aliff aziz afifah nasir

Hujah di atas mungkin ada benarnya kerana banyak masalah perceraian berlaku, hanya atas alasan bodoh seperti yang dilaporkan Mahkamah Syariah.

Berebut saluran TV pun, boleh mengakibatkan perceraian. Alasan-alasan bodoh membolehkan perceraian yang kerap berlaku membuktikan wujudnya mentaliti masyarakat yang lebih gemar mengambil jalan penceraian berbanding berusaha dan bersabar meluruskan kembali rumahtangga yang sedikit goyah.

Sebenarnya, boleh sahaja kita sebagai orang luar mengambil pendekatan positif dalam menyokong usaha si isteri yang mahu berusaha memperbaiki keretakan rumahtangga mereka. Jika benar kita peduli nasib isteri yang teraniaya, sebagai orang luar nasihat, pandangan serta kritikan tidak membantu.

Apa yang membantu adalah doa supaya Allah swt. memberikan kekuatan kepada suami isteri tersebut untuk mengekalkan rumahtangga mereka, jadi persoalan saya, adakah anda sudah mendoakan kebahagiaan untuk mereka berdua?

Atau anda hanyalah sebahagian daripada mereka yang hanya tahu menjaga tepi kain orang lain?




Hakcipta iluminasi.com (2017)