China sememangnya terkenal sebagai negara industri yang banyak menghasilkan barang dan mengeksportnya keseluruh dunia. Banyak syarikat yang memilih untuk menghasilkan produk di China kerana kos buruh dan barang yang jauh lebih murah disana.

Maka, tidak hairanlah juga terdapat banyak barang yang diciplak atau ditiru di China. Daripada telefon bimbit, hinggalah ke kereta semuanya terdapat barang versi tiruan di China. Walaupun begitu, China bukanlah negara yang hanya menciplak barang daripada tempat lain kerana mengikut sejarah, banyak barang kegunaan harian kita sebenarnya dihasilkan di China ratusan tahun dahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kertas

Kertas merupakan barang yang biasa kita guna pada setiap hari tidak kira di pejabat mahupun dirumah. Setiap tahun, berjuta pokok ditebang untuk menghasilkan kertas. Sejarah penciptaan kertas bermula pada zaman Dinasti Han lagi. Ketika zaman Dinasti Han, mereka telah berjaya menemui bahan untuk menghasilkan kertas.

Buluh, serat tumbuhan dan beberapa bahan lagi dicampurkan unutuk menghasilkan pulpa. Kemudian, ianya akan ditapis dan dikeringkan sebelum menjadi kertas. Walaupun beberapa kerajaan purba seperti kerajaan purba di Mesir juga telah berjaya mencipta kertas dengan menggunakan bahan yang berlainan, formula dan teknik penghasilan kertas oleh China tetap menjadi pilihan diseluruh dunia untuk menghasilkan kertas.

Mi

proses menghasilkan mee

Orang Itali terkenal dengan pasta dan mereka mendakwa merekalah yang telah mencipta mi. Walau bagaimanapun, bukti arkeologi yang dijumpai di China membuktikan sebaliknya. Pada 2005, pihak pengkaji telah menjumpai semangkuk yang diawet masih dalam keadaan baik di Lajia, bahagian utara barat China.

Kajian saintifik membuktikan bahawa mi tersebut dianggarkan telah tertanam disitu kira-kira 4000 tahun dahulu, dimana bahan untuk menghasilkan sudah wujud kira-kira 7000 tahun dahulu. Oleh itu, mengikut perbandingan sejarah, maka mi yang dijumpai di China itu membuktikan bahawa orang China yang mecipta makanan kegemaran ramai ini.

Berus Gigi

berus gigi bulu babi

Sekiranya pencungkil gigi dicipta ketika zaman kerajaan Mesopotamia dan Mesir, berus gigi yang kita gunakan setiap pagi pula sebenarnya dicipta di China. Mengikut sejarah, berus gigi telah dihasilkan di China pada tahun 1400-an. Berus gigi pada awalnya dicipta menggunakan bulu babi manakala batangnya diperbuat daripada buluh.

Berlainan daripada pencungkil gigi yang digunakan untuk membuang sisa-sisa makanan pada celah gigi, berus gigi pula digunakan untuk menggosok gigi dengan tujuan membersihkannya dan menghalang pertumbuhan plak gigi,

Wang Kertas

wang kertas 117

Tidak lama selepas mencipta teknologi mencetak dan kertas, China mencipta pula wang kertas. Ianya menjadi medium jual beli wang fiat sehinggalah sekarang. Pada zaman dahulu, sistem pertukaran barangan yang dikenali sebagai sistem barter merupakan cara jual beli yang utama di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, akibat inflasi dan penurunan matawang di China, ianya menyebabkan sistem barter tidak efisien untuk digunakan pada waktu itu. Jual beli menggunakan wang kertas menjadi pilihan lalu terhasillah wang kertas.

Serbuk Bom

bunga api berwarna warni 182

Baiklah, ini bukan bahan biasa yang digunakan oleh orang awam. Sebaliknya, serbuk bom ini digunakan untuk menghasilkan bunga api yang biasa kita lihat pada sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan sebagainya. Pada zaman dahulu, sekumpulan saintisi dari China telah berjaya mencipta formula atau ramuan serbuk bom ini yang terdiri daripada campuran sulfur, arang batu dan beberapa bahan lain yang akan menghasilkan percikan dan juga letupan.

Pada awalnya, penghasilan bom ini digunakan oleh kerajaan China sebagai senjata untuk sistem pertahanan mereka. Kini, serbuk letupan ini ditambah baik dan digunakan secara meluas untuk menghasilkan bunga api yang berlainan warna dan corak.

Kredit:

  1. Quatr
  2. Colgate
  3. Four River Charter
  4. National Geographic



Hakcipta iluminasi.com (2017)