bahan buatan manusia

Kita semua tahu bahawa manusia adalah makhluk yang genius.

Sejak dari zaman dahulu, kehidupan manusia menjadi bertambah baik hasil penciptaan teknologi dan produk-produk harian, sehinggalah semuanya yang kita nikmati pada hari ini.

Dan ia tidak terhenti di situ sahaja kerana pelbagai bahan dan produk lagi dicipta setiap hari, menunjukkan bahawa otak manusia tiada had.

iluminasi.com kongsikan 5 bahan ciptaan manusia yang sangat menakjubkan yang ramai tak tahu ia wujud.

5. Kaca cecair

kaca cecair

Satu masa dahulu, sabun pinggan tidak wujud. Ketika itu, kuali dibasuh dengan soda, cuka, pasir perak. Namun, satu salutan penyemburan baru dapat mengurankan banyak tenaga buruh dan membuat sabun basuh pinggan yang ada kini kelihatan usang.

Kaca cecair menggabungkan silikon dioksida dengan air atau etanol untuk menghasilan semburan yang mengering dan membentuk lapisan "kaca tahan lama yang fleksibel".

Lapisan itu adalah lutsinar iaitu 500 kali lebih nipis daripada rambut manusia, tidak toksik atau merembeskan cecair.

Kaca Cecair akan menghapuskan keperluan untuk menggosok dan membuat kebanyakan produk pembersihan tidak lagi diperlukan, kerana ia juga menyebabkan permukaan menjadi anti-bakteria.

Mikroorganisma yang mendarat di permukaan ini juga sukar kekal di situ. Ini bermakna bahawa dalam aplikasi perubatan, permukaan yang dirawat boleh disterilkan dengan hanya air panas, tanpa memerlukan bahan pembasmi kuman dari bahan kimia.

Lapisan ini juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan kulat tumbuhan

4. Logam Amorf

logam amorf

Logam amorf adalah bahan yang membolehkan kayu golf memukul dengan lebih keras, peluru ditembak dengan lebih kuat, enjin dan pisau pembedahan untuk bertahan lebih lama.

Bertentangan dengan namanya, ia menggabungkan kekuatan biasa logam dengan kekerasan permukaan kaca. Dalam video di bawah, dua bebola dilantunkan, satu di atas keluli dan satu lagi di atas logam amorf.

Bebola itu melantun lebih tinggi di atas logam amorf dan terus melantun dalam tempoh yang lama berbanding bebola satu lagi.

Kesan bebola ini sebenarnya meninggalkan banyak lubang kecil di atas keluli, yang bermaksud keluli menyerap dan menghilangkan tenaga impak.

Walaubagaimanapun, logam amorf berada dalam keadaan sempurna, bermakna bahawa semua tenaga impak ditransmisikan kembali ke bebola, menyebabkan lonjakan yang lebih tinggi berlaku.

Kebanyakan logam mempunyai struktur atom kristal yang sangat tersusun dan berulang. Di bawah impak atau tekanan lain, permukaan rata atom dalam logam boleh "tergelincir" secara kekal untuk membentuk lekukan yang dapat dilihat.

Logam amorf mempunyai struktur atom rawak yang tidak teratur, yang bermaksud kegelinciran sedemikian dapat dicegah dan atom memulihkan kedudukan awal mereka.

3. Pykrete 

pykrete

Pada tahun 1942, pihak British berhadapan dengan masalah. Mereka memerlukan pengangkut pesawat untuk membantu memerangi Bot U-Jerman, tetapi tidak ada keluli untuk membinanya.

Seorang lelaki bernama Geoffrey Pyke berpendapat bahawa mungkin pulau ais yang terapung boleh menjadi jawapannya, tetapi idea ini telah dicadangkan dan kemudian ditertawakan lalu ditolak, dua tahun sebelumnya.

Ais mungkin murah, tetapi ia juga mampu hancur tanpa perlukan banyak hentakan atau akhirnya mencair.

Namun, beberapa saintis dari New York telah mencipta campuran ais dan kayu pulpa yang bukan sahaja terapung, tetapi juga kalis peluru seperti batu bata, tahan karat dan tidak cair.

Bahan yang dikenali sebagai Pykrete ini boleh diproses seperti kayu, atau dibentuk ke dalam bentuk seperti logam.bot pykrete

Di dalam air, cangkerang penebat pulpa kayu basah akan membentuk, menghalang pencairan lanjut dan mana-mana kapal yang dibuat daripadanya secara teori dapat dibaiki selagi masih berada di laut.

Tetapi, untuk semua kualiti yang mengejutkan ini, Pykrete akhirnya tidak sesuai digunakan dengan tujuan penciptaannya.

Model skala 1,000-ton telah dibina dengan cepat dan dibekukan oleh sebuah motor kuasa kuda tunggal, tetapi didapati bahawa ais akan cair dari masa ke masa kecuali disimpan pada suhu -27 darjah C, yang memerlukan sistem saluran yang rumit.

Ia juga diketahui bahawa jumlah pulpa kayu yang diperlukan cukup untuk memberi kesan serius kepada pengeluaran kertas. Pykrete akhirnya kekal sebagai kegagalan yang kreatif dan menarik yang tak mampu direalisasikan.

2. BacillaFilla

bacillafilla

Kongkrit akan menua, sama seperti manusia. Dengan ini ia menjadi warna kelabu yang tercemar yang kita semua tahu dan akan mula retak.

Pembaikan biasanya memakan masa dan kos yang tinggi. Malah jika tapak bangunan yang mengalami keretakan, ini menjadikan proses pembaikan bertambah sukar.

Banyak bangunan di zon gempa bumi telah diruntuhkan atas alasan ini.

Namun sekumpulan pelajar dari Universiti Newcastle, United Kingdom telah menghasilkan microb diubahsuai secara genetik, yang telah diprogramkan untuk masuk ke bawah retakan halus dalam kongkrit lalu menghasilkan campuran kalsium karbonat dan gam bakteria bagi mengikat kembali retakan.

bacillafilla 2

Proses "pengaturcaraan" spora BacillaFilla bermula dengan mencambahkan ciptaan ini untuk bersentuhan dengan konkrit, mengesan apabila ia sampai di bawah retakan, mengeras sehingga kuat sama seperti kongkrit di sekitar dan mempunyai gen untuk memusnahkan diri sendiri bagi menghentikan ciptaan ini menjadi liar dan menghasilkan "tumor" kongkrit besar-besaran.

Terdapat juga implikasi terhadap alam sekitar iaitu 5% daripada semua karbon dioksida buatan manusia adalah dari pengeluaran konkrit. Diharapkan spora ini akan dapat memanjangkan hayat struktur yang akan sangat mahal untuk dibina semula.

1. D30

d30

Perlindungan terhadap impak sentiasa menjadi masalah yang rumit. Bagaimana anda menghasilkan sesuatu yang mampu memberikan perlindungan sebenar tanpa menjadi terlalu berat atau tidak fleksibel?

Sebagai contoh, pad plastik lutut. Ia memberikan perlindungan kepada lutut namun menyekat pergerakan dan masih boleh memberikan kesan kepada tulang jika berlaku hentakan.

D30 menawarkan penyelesaian yang bijak untuk ini masalah. Ia adalah bahan yang diperbuat daripada 'molekul pintar' yang bergerak bebas (seperti Play-Doh) di bawah tekanan lembut, tetapi menjadi keras apabila menerima hentakan.

Kini di pasaran sudah terdapat jaket yang mengandungi pad D30 yang menawarkan kelenturan, serta perlindungan kayu besbol atau apa-apa sahaja kemungkinan yang anda akan hadapi.

Pad ini berprofil rendah, menjadikan jaket ini sesuai untuk stuntmen atau polis. Bahan ini sebenarnya berfungsi pada prinsip yang biasa, sama seperti campuran tepung jagung dan air. 


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)