Bercuti, melancong ke luar negara memang seronok, dalam hati berdebar-debar rasa nak naik kapal terbang, nak melawat tempat yang selalu kita lihat di dalam facebook kawan-kawan tapi ada dua debaran bagi peminjam PTPTN, masalah paling utama adalah takut di senarai hitamkan dan sekaligus harapan hancur untuk ke luar negara, bayangkan nak pergi honeymoon dengan isteri di London, seronok punya seronok tengok-tengok si suami kena blacklist, nak tak nak terpaksa batalkan dan pulang dengan harapan hampa.
Sebelum ke luar negara pastikan anda sudah menyemak sama ada anda masih mendapat kebenaran atau disenarai hitamkan, salah satu sebab adalah kerana anda mempunyai tunggakan hutang PTPTN, boleh semak disini Semakan Status Perjalanan dari Imigresen Malaysia.
Ada juga yang menyuarkan agar PTPTN membenarkan pembayar untuk pergi travel dahulu dan bayar bila balik kemudian, PTPTN secara logiknya memikirkan yang anda ada duit nak ke London tapi nak bayar RM100 sebulan tak mampu. Alternative lain adalah berurusan di kaunter PTPTN yang kini telah dibuka di KLIA2 , waktu urusan adalah 24jam dan pembayaran secara kad kredit juga disediakan.
Jadi anda tidak perlu lagi berasa risau sekiranya anda mempunyai tunggakan yang banyak dan tidak mampu untuk membayar secara on the spot, hanya perlu bayar jumlah yang ditetapkan oleh pihak PTPTN. Memandangkan sekarang kaunter sudah ada 24jam, rasanya masih lagi boleh negotiate kalau dah nak terkejar flight sangat. Sebenarnya tidak ada cara nak mengelak senarai hitam pun, cara paling mudah, bayarlah, kaunter dah ada, apa lagi.
p/s : nasib baik penulis adalah peminjam MARA,hahaha