Dalam sejarah, banyak penyakit yang menghancurkan populasi manusia satu ketika dahulu berjaya dihapuskan kerana keajaiban perubatan moden. Kerja keras para penyelidik, doktor, dan saintis telah membolehkan manusia dapat menggunakan vaksin untuk mewujudkan "herd immunity" dan menghalang wabak-wabak ini daripada menyerang.

Walau bagaimanapun, disebabkan maklumat yang salah daripada pergerakan anti-vaksinas, ada yang memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak. Gerakan ini berasal dari bekas doktor British, Andrew Wakefield, yang menulis sebuah kertas kajian yang membuat dakwaan palsu bahawa vaksin menyebabkan autisme.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, kajian lanjut terhadap laporan kajian yang diterbitkannya mendapati ianya adalah rekaan semata-mata. Pihak The British Medical Journal menyifatkan penyelidikannya sebagai "penipuan yang rumit". Walaupun begitu, ada pihak yang masih memilih untuk mengelakkan pengambilan vaksinasi kerana mereka sudah di "brainwash" oleh fahaman tersebut. 

Akibat daripada kedegilan puak-puak anti-vaksin ini, kita telah melihat beberapa wabak yang pernah diisytiharkan pupus atau hampir pupus satu ketika dahulu ini muncul kembali dalam masyarakat.

1. Demam campak

demam campak

Menurut UNICEF, kewujudan golongan anti-vaksin telah menyaksikan peningkatan 300% wabak campak di seluruh dunia. Penyakit ini adalah sangat mudah merebak. Menurut UNICEF, bukan sahaja penting untuk meningkatkan kadar liputan vaksin tetapi juga untuk mengekalkan kadar vaksin pada dos yang tepat untuk mewujudkan  "herd immunity"  bagi semua orang.

Di Amerika Syarikat sahaja, walaupun wabak ini telah pupus sepenuhnya pada tahun 2000, menjelang 2019, terdapat sekurang-kurangnya 695 kes direkodkan mengenai penyakit ini.

Vaksin campak adalah 99% berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan. Mereka yang mengalami campak akan mengalami ruam, demam, dan mungkin pneumonia. Paling teruk, penyakit ini boleh menyebabkan kematian sekiranya pesakit mengalami dehidrasi teruk.

2. Polio

lukisan polio

Pergerakan anti-vaksin juga menyaksikan peningkatan penyakit Polio di Pakistan dengan dianggarkan kira-kira 2 juta penduduknya tidak mengambil suntikan vaksin. Ketika mana pihak WHO menganggarkan bahawa penyakit Polio bakal pupus, Pakistan dianggap sebagai negara yang sangat berisiko untuk penularan kembali penyakit ini.

Pihak kementerian kesihatan Pakistan suatu ketika dahulu menyatakan mereka hampir sahaja menghapuskan Polio di Pakistan, namun kerana kemunculan golongann anti-vaksin keadaan bertambah sukar.

Polio adalah penyakit melemahkan dan licik. Orang yang dijangkiti tidak akan mempunyai gejala yang jelas. Kerana ia merebak di antara orang melalui hubungan, ia meninggalkan kesan yang serius. Ia boleh menyebabkan meningitis, jangkitan pada otak dan saraf tunjang serta kelumpuhan.

Antara 2% dan 10% daripada mereka yang menjadi lumpuh dari polio akan mati kerana otot pernafasan gagal berfungsi. Penggunaan vaksin sangat berkesan dan 99% kanak-kanak yang divaksin akan dilindungi dari polio.

3. Batuk kokol (pertussis)

batuk kokol 787

Sebelum penciptaan vaksin pertussis, beribu-ribu kanak-kanak di Amerika Syarikat meninggal setiap tahun akibat penyakit ini. Setelah vaksin diberikan secara meluas pada pertengahan 1940-an, ia sangat berkesan dalam mengurangkan kadar diagnosis.

Sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an, kadar kes turun kepada satu atau dua ribu. Walaupun penyakit pernafasan yang menular ini sangat berbahaya kepada bayi, sesetengah ibu bapa masih memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak mereka.

Pertussis menyebabkan  batuk utama dan masalah pernafasan yang teruk yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak di bawah umur setahun.

4. Beguk (Mumps)

beguk

Antara vaksin yang popular pada masa kini adalah MMR, iaitu vaksin bagi penyakit mumps, measles dan rubella. Penyakit ini merupakan satu kebiasaan di Jepun dan UK memandangkan vaksin ini tidak diwajibkan.

Penyakit ini merebak dengan cepat dari orang ke orang. Titisan kecil tersebar apabila seseorang yang dijangkiti batuk, berbincang, atau bersin. Tanda-tanda dan gejala awal penyakit ini termasuk demam, sakit otot, sakit kepalal, tiada selera makan dan rasa tidak sihat.

Kredit:

  1. USA Today
  2. TIME



Hakcipta iluminasi.com (2017)