Pernah tak anda bayangkan gaya hidup anda tanpa peti sejuk? Setiap keluarga di Malaysia mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu peti ais di dapur untuk simpan bahan mentah yang mudah rosak, lebihan lauk semalam dan ais krim yang belum cair.

Cuba gambarkan Malaysia tanpa peti sejuk. Alamak, tak merasalah kita nak makan ais krim! Sekiranya anda merupakan pengguna tegar peti sejuk, fakta ringkas dibawah mungkin menarik buat anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah Asal Usul Peti Sejuk

Peti sejuk yang pertama dicipta oleh seorang pereka cipta Amerika yang bernama Oliver Evans pada tahun 1805. Beliau telah mengguna pakai idea dan hasil penemuan seorang saintis bernama William Cullen daripada University of Glasglow.

peti sejuk pertama

Cullen telah berjaya menghasilkan kaedah penyejukkan secara mekanikal sejak tahun 1748, namun ciptaan beliau tidak digunakan untuk menyimpan makanan, tetapi hanya sebagai pujaan dan bahan inspirasi para saintis yang lain.

Meskipun tidak secanggih zaman sekarang, peti sejuk ciptaan Evans lah yang mendorong para pereka cipta dan ilmuwan untuk menghasilkan peti sejuk moden seperti yang ada di dapur kita hari ini.

peti sejuk lama

Dipasarkan Secara Meluas

Walaupun telah lama dicipta, mesin ini hanya mula dikomersialkan pada tahun 1920 pada harga 600$. Ketika peti ais mula dipasarkan, Amerika Syarikat sebenarnya sedang berhadapan masalah kemelesetan ekonomi yang sangat teruk yang dikenali sebagai The Great Depression. Oleh itu, peti sejuk pada ketika itu hanyalah digunakan oleh orang berada.

iklan peti sejuk lama

Namun, harga peti sejuk semakin lama semakin berpatutan sehingga akhirnya pada tahun 1940an, ia mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan.

Kemalangan Maut Akibat Daripada Peti Sejuk

Peti sejuk yang dicipta pada tahun 1920an menggunakan gas beracun seperti Ammonia dan Sulfur Dioksida sebagai bahan penyejuk.  Pada ketika itu, kesedaran mengenai kawalan keselamatan dan alam sekitar masih rendah, oleh itu tiada tindakan diambil sehinggalah berlaku beberapa kemalangan yang meragut banyak nyawa hasil daripada kebocoran gas-gas beracun ini.

bahaya gas ammonia

Hasil daripada kemalangan yang mengorbankan pekerja dan pelanggan mereka, syarikat-syarikat yang memasarkan peti sejuk dan para saintis membuat pelbagai kajian untuk mencari bahan penyejuk yang lebih selamat.

Pada penghujung tahun 1920an, seorang jurutera bernama Thomas Midgely berjaya  menemui formulasi gas klorofluorokarbon (CFC). Sejak daripada itu, gas tersebut digunakan sebagai bahan penyejuk di dalam peti sejuk sehinggalah pada tahun 1980an.

peti sejuk terbuang dan cemarkan alam sekitar

Masyarakat mula mempunyai kesedaran tentang kesan negatif gas CFC kepada alam sekitar. Mengikut kajian, masih belum ada gas pengganti bahan penyejuk yang betul-betul selamat buat pengguna dan alam sekitar. Namun, sehingga penawar ditemui, kebanyakan peti sejuk moden menggunakan hydrofluorocarbon (HFC) sebagai pengganti CFC.

Kerjaya yang Pupus akibat daripada Peti Sejuk.

Bagi peminat tegar filem Disney Frozen pasti tahu pekerjaan buah hati Anna, Kristoff dalam filem tersebut; pemotong ais.

gif kristoff frozen pemotong ais

Bukan sekadar rekaan imaginasi para juruanimasi Walt Disney, pemotong ais merupakan sebuah pekerjaan yang telah pupus sama sekali.

pemotong ais

pemotong ais juga

Sebelum wujudnya peti sejuk, permintaan terhadap rumah ais sangat tinggi sehingga pekerjaan seperti pemotong ais dan perniagaan ais sangat laku. Sebuah syarikat perdagangan ais gergasi mempunyai sekurang-kurangnya 90 000 pekerja dan mampu mengeksport potongan ais ke beberapa benua . Namun, pada tahun 1930an, pemotong ais dan syarikat dagangan ais akhirnya pupus kerana pelanggan mereka beralih kepada teknologi moden seperti peti sejuk.

seni memotong ais yang telah pupus

Hari ini, terdapat beberapa rumah ais yang telah diubah suai menjadi muzium bagi memelihara seni memotong ais dan sejarah perdagangan ais yang suatu ketika dahulu merupakan bisnes yang sangat menguntungkan.

muzium sejarah ais

Cuba bayangkan kehidupan seharian kita tanpa wujudnya peti sejuk. Gaya hidup kita mesti berbeza dan corak pemakanan juga mungkin berlainan. Mungkin kita masih mengamalkan cara orang dulu-dulu simpan makanan atau mungkin mesin lain yang tercipta yang diinspirasikan daripada teknik-teknik kuno untuk simpan makanan. Siapa tahu?

Sumber:

  1.  Museum Victoria
  2. Timetoast
  3. HowStuffWorks
  4. Ultimate History Project
  5. Gizmodo



Hakcipta iluminasi.com (2017)