Oleh pada 19 Sep 2017 kategori

Terdapat 2 jenis racun atas muka bumi ini, pertama adalah racun semulajadi dan kedua racun buatan manusia. Biasanya racun buatan manusia dicipta bagi beberapa tujuan daripada meracun rumput sehinggalah kepada aktiviti jahat seperti membunuh, yang digunakan dalam peperangan.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 racun yang paling membinasakan di dunia.

5. Sarin

sarin

Sarin adalah sejenis senjata kimia yang dihasilkan ketika Perang Dunia Kedua, dalam kategori racun organofosfat (GB), agen saraf yang sangat berbahaya. Ia dikatakan 26 kali ganda lebih membinasakan daripada cyanide.

Ia digunakan ketika serangan kereta api bawah tanah Tokyo oleh kumpulan pelampau Jepun, Aum Shinrikyo pada tahun 1995. Seramai 13 nyawa terkorban dan hampir 5,000 orang mengalami masalah kesihatan. Ia membuatkan sarin menjadi terkenal.

serangan sarin di stesen kereta api bawah tanah tokyo

serangan sarin tokyo 1995

proses mencuci racun sarin

Apabila teracun oleh sarin, ia akan membuatkan saraf-saraf tidak dapat dikawal. Kematian disebabkan oleh otot-otot yang diperlukan untuk tujuan pernafasan hilang kawalan dan menyebabkan mangsa lemas. Kesan segera daripada sarin adalah hilang kawalan terhadap tubuh badan, diikuti dengan sawan, koma dan kematian, hanya dalam masa satu jam.

mangsa racun sarin

Penggunaan terbaru racun sarin ini adalah dalam serangan kimia ke atas Syria, pada April 2017 yang lalu. Seramai 72 nyawa orang awam terkorban termasuk 20 kanak-kanak. Penggunaan sarin yang diharamkan dalam serangan itu dilakukan melalui serangan bom.

Rusia menuduh pemberontak Syria terhadap serangan itu, namun tentera Syria menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia terlalu "terhormat" untuk melakukan jenayah "kejam" seperti itu.

4. VX

agen saraf vx

Seperti sarin, VX juga adalah sejenis agen saraf. Ia merupakan senjata kimia hasil buatan United Kingdom bertujuan untuk membunuh sasaran dengan secepat yang mungkin. V dalam VX bermaksud adalah "venom" atau racun, menunjukkan potentsi dan kebolehan VX untuk menembusi kulit.

pembunuhan kim jong nam menggunakan vx

Antara penggunaan VX paling terbaru adalah dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara yang telah racun ini ketika berada di KLIA. Jika anda menonton video pembunuhan Kim Jong Nam itu, ia berlaku dengan sangat pantas, hanya beberapa saat sahaja. Ia membuktikan betapa dasyatnya racun ini.

Hanya sejumlah 0.4 miligram VX diperlukan untuk membunuh orang dewasa seberat 100 kilogram jika ditelan, dan 8.6 miligram jika bersentuhan dengan kulit.Kekuatan VX adalah 100 kali ganda lebih dasyat daripada sarin. Kerana terlalu berbahaya, ia digelar sebagai "Purple Possum". Ia diharamkan di Amerika Syarikat dan dalam proses pengharaman di Rusia.

semakan terhadap vx

simpanan vx

Hanya satu titik yang mengandungi 10 miligram VX yang terserap masuk ke dalam kulit mampu menyebabkan gangguan sistem saraf dalam badan yang menyebabkan berlakunya sawan, tak sedarkan diri, lumpuh, kegagalan bernafas dan akhirnya kematian.

3. Racun katak emas

katak emas beracun 251

Ia juga sangat sukar untuk dikesan kerana berwarna jernih, tidak berbau dan likat seperti minyak enjin. UN mengklasifikasikan VX sebagai senjata pemusnah besar-besaran kerana kesannya yang terlalu dasyat.

Racun batrachotoxin pada beberapa spesis katak digunakan untuk menyaluti dart dalam tujuan memburu oleh puak India Amazon. Batrachotoxin ini diperolehi daripada rembesan kata dari keluarga Dendrobatidae. Ia juga boleh ditemui pada beberapa jenis kumbang dan burung.

nampak kecil tapi sangat berbahaya

Ia juga merupakan neurotoksin semulajadi yang palin berbahaya, yang mana jumlah sebesar 2 butir garam mampu membunuh seorang manusia dewasa. Ia mampu bertindak dengan dua cara, sebagai neurotoksin dengan menyebabkan lumpur, atau dengan cara kardiotoksin yang menjejaskan otot jantung. Dalam masa beberapa minit, kematian tak dapat dielakkan akibat racun ini.

2. Polonium

polonium

Polonium, adalah racun abad ke-21 yang paling dasyat dan tersangat toksik. Ia adalah elemen kimia dengan simbol Po dan nombor atom 84, logam radioaktif yang sangat aktif dan jarang ditemui, serta tanpa isotop yang stabil.

Bentuk polonium yang paling biasa adalah Polonium 210. Bentuk ini dikatakan 250,000 kali ganda lebih dasyat dari hidrogen sianida.

polonium 210

akibat racun polonium 210

Kesan Polonium 210

Bahan ini toksik secara semulajadi dan disebabkan oleh pelepasan partikel alfa. Partikel-partikel ini mengakibatkan kerosakan pada tisu organik. Walaupun partikel alfa ini tidak mampu untuk menembusi kulit, namun jika ia dihadam, dihidu atau disuntik, mampu menyebabkan kematian dengan hanya dos yang sedikit.

1 gram polonium 210 mampu membunuh 10 juta manusia secara teori. Dan jika kesan pantas daripada keracunan radiasi ini tidak membunuh anda, ia akan menyebabkan barah, yang akhirnya membunuh anda.

Walaubagaimanapu, polonium sangat sukar didapati dan dikendalikan kerana dalam bentuk radiokatif, yang mana hanya berada dalam tangan kerajaaan.

1. Toksin botulinum

bakteria 768

Racun yang paling berbahaya di atas muka bumi, adalah Botulinum Toxin. Ianya agak tidak praktikal untuk seseorang membunuh menggunakan toksin ini namun racun semulajadi ini adalah tersangat toksik. Ia merupakan bahan paling beracun kepada manusia. Dianggarkan jumlah toksin botulinum sebesar sudu teh mampu membunuh lebih daripada 1 billion manusia.

Toksin ini dihasilkan oleh bakteria Colstridium botulinum, yang boleh di jumpai diserata dunia. Ia sangat kerap ditemui dalam bentuk yang paling berbahaya sebagai botulisma, berlaku di mana makanan tercemar dengan bakteria.

botulinum toxin 801

Bentuk racun ini telah membunuh berjuta-juta manusia sehingga kini. Namun ia boleh dielakkan denga memanaskan makanan lebih daripada 100 darjah selsius selema beberapa minit. Walaupun ia tidak praktikal untuk digunakan bagi membunuh, namun terdapat kes dimana makanan sengaja dicemarkan dan diberikan kepada mangsa. 

Dan walaupun berbahaya, toksin botulinum mempunyai peranan dalam bidang perubatan dan dunia kosmetik. Paling popular, ia digunakan dalam bagi menghilangkan kedut pada dahi wanita, iaitu dalam bentuk Botox. Dianggarkan hanya 1 gram toksin ini mampu memenuhi permintaan tahunan Botox di seluruh dunia.

Namun terdapat kes-kes kematian bagi mereka yang menggunakan Botox, akibat daripada kesan toksin botulinum. Dan disebabkan terdapat di serata dunia dan sangat tidak menentu, toksin botulinum adalah racun yang paling membinasakan di atas muka bumi.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)