Oleh pada 06 Apr 2017 kategori

Beberapa hari lepas, dunia dikejutkan dengan satu siri pembantaian etnik yang dilakukan oleh Rejim Basyar ke atas rakyatnya di Syria. Insiden yang meragut hampir 100 nyawa dan 300 lagi cedera akibat terhidu bahan kimia yang dilepaskan melalui udara oleh jet pejuang mereka. Kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Basyar itu mula tersebar diseluruh dunia melalui video yang berdurasi 2 minit yang dirakam penduduk tempatan. Kelihatan puluhan mayat bertebaran di tengah jalan raya, ada yang sudah menemui ajal, ada juga yang sedang nyawa-nyawa ikan. Ternyata ianya satu jenayah kemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah Gas Sarin?

gambar hiasan pd35

Sarin atau GB, adalah larutan organoposphorus dengan formula (CH3)2CHO]CH3P(O)F. Ia merupakan cecair yang tidak berwarna dan tidak berbau yang digunakan sebagai senjata kimia yang memberi kesan yang sangat dasyat sehinggakan boleh melumpuhkan sistem saraf (nerve agent). Gas Sarin telah dikategorikan sebagai " Senjata Pembunuh Massal" pada Resolusi PBB 687. Pada Konvension Senjata Kimia 1983, negara-negara yang terlibat telah dilarang daripada menggunakan, menyimpan atau memproses Gas Sarin kerana ianya diklasifikasikan sebagai senjata kimia level 1. 

Kesan Gas Sarin

gambar hiasan pd97

Gas Sarin merupakan senjata kimia yang paling cepat berkesan ke atas mangsanya. Ia boleh merebak melalui sentuhan pada kulit ,mata dan bau. Jadi, apabila terhirup atau diserap melalui kulit, gas ini membunuh dengan melumpuhkan pusat pernafasan dari sistem saraf pusat dan melumpuhkan otot-otot sekitar paru-paru. Gejala yang muncul apabila seseorang terkena gas ini antara lain mual dan sakit kepala parah, penglihatan kabur, kejang otot, gangguan pernapasan dan kehilangan kesadaran.

Penawar?

Ada penawar bagi Gas Sarin, tetapi disebabkan tindak balas agen saraf ini yang begitu pantas, mereka yang terjejas perlu segera dirawat untuk diselamatkan, 

Pencabulan Hak Asasi Manusia

gambar hiasan pd82

Namun, ini bukanlah kali pertama mereka melepaskan senjata kimia ini keatas orang awam, tetapi kali ketiga sejak 2011. Pihak Basyar telah menafikan perkara ini dan menuding jari kepada pihak pemberontak. Siapa pun yang melakukannya, ia dianggap perlakuan keji kerana membunuh orang awam yang tidak berdosa, kanak-kanak dan wanita khususnya.

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)