Bagi atlet, mereka memerlukan bakat dan kemahiran dalam sukan yang mereka ceburi untuk memastikan mereka terserlah daripada orang lain. Selain itu, fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting untuk seseorang berjaya dalam sukan. Sebagai contoh, atlet lari pecut memerlukan bentuk fizikal yang tinggi dan tegap manakala atlet marathon memerlukan tubuh yang lebih ringan dan jantung yang kuat.

Bagi sukan bola keranjang pula, faktor ketinggian memang tidak dapat dinafikan merupakan salah satu aspek utama bagi memastikan atlet itu berjaya. iluminasi.com ingin berkongsi 4 pemain bola keranjang yang paling tinggi dalam sejarah dunia.

4. Paul Sturgess

paul sturgess

Tempat ke-4 dipegang oleh Paul Sturgess yang merupakan pemain bola keranjang England dan bermain untuk kelab Cheshire Phoenix pada tahun 2015. Beliau juga merupakan pemain bola keranjang profesional ketika ini dengan ketinggian 231.8 sentimeter dan berat 147 kilograam.

paul sturgess 2

Sebelum menceburi sukan bola keranjang, Paul lebih fokus kepada sukan golf dan american football. Namun ketika berusia 14 tahun beliau beralih arah ke sukan bola keranjang, dengan ketinggian normal ketika iaitu 168 sentimeter. Ketika berusia 16 tahun ketinggian Paul meningkat secara mendadak menjadi 210 sentimeter dan bertambah menjadi 218 sentimeter pada usia 18 tahun. Jika Paul mengangkat tangannya ke atas, ia boleh mencapai setinggi 300 cm.

3. Ri Myung-Hun

ri myung hun 2

Atlet bola keranjang dari Korea Utara, Ri Myung-Hun memegang rekod sebagai pemain bola keranjang ke-3 tertinggi di dunia. Beliau yang berdiri dengan ketinggian 235 sentimeter menjadikan Michael Jordan sebagai idolanya. Bekas pemain bola keranjang Korea Utara ini pernah bercadang untuk bermain di Amerika Syarikat namun tidak berjaya kerana hubungan politik antara kedua-dua negara yang tegang.

ri myung hun

Namun pada tahun 2000, kerajaan Amerika Syarikat membenarkan Ri untuk bermain di Amerika Syarikat dengan syarat gaji yang diterima tidak dihantar pulang ke Korea Utara. Kim Jong-Il, pemerintah Korea Utara ketika itu membalas beliau akan membenarkan Ri untuk bermain secara professional di Amerika jika mereka membayarnya dengan gandum.

2. Sun Mingming

sun mingming

Atlet bola keranjang kelahiran wilayah Heilongjiang, China ini merupakan pemain kedua tertinggi dengan ketinggian 236 sentimeter. Sun Mingming lahir pada 23 Ogos 1983 dan mempunyai 3 adik beradik. Beliau mula menjinakkan diri dalam sukan bola keranjang ketika berusia 15 tahun. 

sun mingming 2

Sun Mingming kemudiannya menyambung pelajarannya di sebuah kolej komuniti di Ventura, California dan kemudiannya mula bermain secara professional di Amerika Syarikat. Belia juga pernah bermain di Mexico dan Jepun. Pada tahun 2013, Sun Mingming telah berkahwin dengan seorang atlet kickboxing, Xu Yan yang berketinggian 184 sentimeter dan mereka telah diisytiharkan sebagai pasangan tertinggi di dunia dengan jumlah ketinggian 423.47 sentimeter.

1. Suleiman Ali Nashnush

suleiman ali nashnush

Pemain bola keranjang yang tertinggi dalam sejarah dunia jatuh kepada Suleiman Ali Nashnush yang berasal dari Tripoli, Libya dengan ketinggian 239 sentimeter. Suleiman merupakan pemain bola keranjang Libya dan juga seorang pelakon. Beliau merupakan salah seorang daripada 16 orang di dunia yang mempunyai ketinggian melebihi 8 kaki (243.8 sentimeter).

Walaubagaimanapun, ketinggian Suleiman semakin meningkat selepas beliau bersara dari dunia sukan iaitu daripada 239 sentimeter kepada 246 sentimeter. Beliau telah menjalani pembedahan pada tahun 1960 bagi membetulkan pertumbuhannya yang tidak normal. Pada tahun 1991, Suleiman Ali yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia di kampung halamannya di Tripoli, Libya.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)