Tren atau kereta api merupakan salah satu pengangkutan awam yang sangat penting dalam sesebuah negara, sama ada sebagai kenderaan penghubung komersial bagi manusia, mahupun sebagai pengangkutan barangan. Rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita mempunyai sistem kereta api yang berteknologi tinggi dan bertaraf dunia.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini, MRT telah dilancarkan di Malaysia yang menjadi kereta api transit ke-9 di Malaysia dan kereta api automatik tanpa pemandu kedua di Lembah Klang dengan kos RM21 billion. Juga, perjalanan ke utara kini lebih mudah dengan kereta api ETS yang berkelajuan 140km sejam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 4 kereta api komersial terpantas di dunia.

4. Siemens Velaro E/ AVS 103

siemens velaro e avs 103 205

Negara : Sepanyol

Kelajuan : 350km sejam

Tren berkelajuan tinggi yang beroperasi di Sepanyol ini berada di tempat ke-4 terpantas di dunia dengan kelajuan 350km sejam. Namun, tren Velaro ini pernah mencatatkan kelajuan maksimum sepantas 403.7km sejam. Ia merupakan milik keluarga Velaro yang beroperasi menghubungkan Barcelona dan Madrid bermula tahun 2006.

siemens velaro e avs 103 2

Dilengkapi dengan 8 gerabak yang mampu memuatkan 404 penumpang, ia hanya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk meliputi jarak sejauh 504 kilometer.

3. AGV Italo

agv italo

Negara : Itali

Kelajuan : 360km sejam

Dibina oleh syarikat Perancis, Alstom, tren AGV merupakan tren ke-3 terpantas di dunia dengan kelajuan komersial 360km sejam. Ia direka untuk membawa 7 hingga 14 gerabak yang mampu memuatkan penumpang maksimum seramai 446 orang. Penciptaan tren ini bermula pada tahun 2000 dengan nama "Pegase", dan dihasilkan padaa tahun 2008.

Tren ini kemudianya dibeli oleh syarikat kenderaan Itali, NTV pada tahun 2008 sebanyak 25 buah dengan harga RM3.28 billion dan mula beroperasi pada tahun 2012. Walaupun berada di tangga ke-3 tren komersial terpantas di dunia, namun AGV pernah memecahkan rekod dunia dengan kelajuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, iaitu 574km sejam.

agv italo 2

Ia menyambungkan bandar Napoli, Roma, Bologna dan Milano. Ia hanya mengambil masa kurang satu jam untuk bergerak dari Roma ke Napoli sejauh 189.7 kilometer. Apa yang menarik mengenai tren AGV ini adalah 98% daripada bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula.

2. Harmony 380 A

harmony 380 a

Negara : China

Kelajuan : 380km sejam

Tren CRH380A merupakan satu tren elektrik berkelajuan tinggi yang merupakan projek CSR Corporation Limited. Ia merupakan kesinambungan tren CRH2-350 yang diperbaharui dengan menggantikan teknologi asing dengan teknologi China dan kelajuan maksimum nya diperhebat. Ia dilancarkan pada tahun 2010 dan mampu membawa 494 penumpang disempurnakan dengan teknologi bebas gegaran. Tren ini sangat mesra pengguna dan mempunyai lampu bacaan soket elektrik.

harmony 380 a 2 823

Ia direka untuk bergerak secara komersial dengan kelajuan 350km sejam dan kelajuan maksima 380km sejam, namun ketika ujian dilakukan, tren yang mempunyai 8 gerabak telah mencatatkan kelajuan maksimum 416.6km sejam. Namun, ia telah memecahkan rekod dunia sebagai tren pengeluaran terpantas di dunia dengan kelajuan 486.1km sejam.

1. Shanghai Maglev

shanghai maglev 1

Negara : China

Kelajuan : 430km sejam

Tempat pertama, juga jatuh kepada negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia, iaitu China. Purata kelajuan tren terpantas di dunia ini, Shanghai Maglev, adalah 250km sejam, namun ia mampu mencapai kelajuan maksimum 430km sejam yang menjadikannya tren komersial terpantas di dunia dan juga merupakan tren ketiga dalam sejarah yang menggunakan pengapungan magnetik.

shanghai maglev 3

shanghai maglev 2 24

Dengan kos RM5.14 billion dan mengambil masa 3 tahun untuk dibina, ia dibuka kepada penumpang pada tahun 2004. Ia mampu membawa penumpang maksima seramai 574 dalam satu masa dan tiket dianggarkan berharga RM34 sehingga RM68 yang menghubungkan stesen Pudong dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong.

Rujukan : 

1. CN Traveler

2. Wikipedia

3. Wonderslist




Hakcipta iluminasi.com (2017)