Salah satu jenis pengangkutan tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini adalah sistem kereta api. Sistem pengangkutan ini telah mula wujud sejak lebih satu abad yang lalu dan kita juga telah melihat sendiri evolusi kereta api daripada enjin wap sehinggalah ke kereta api elektrik terkini.

Banyak stesen kereta api yang dibina semasa awal kurun ke-19 ketika kereta api masih lagi popular dan baru. Ketika itu, kebanyakan stesen merupakan satu karya seni dan menjadi tempat ramai pengunjung beristirehat. Ada stesen yang telah dibentuk semula dan ada yang masih mengekalkan struktur dan binaan asal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut 10 stesen kereta api yang tercantik dalam dunia:

10. Grand Central Terminal, New York

Perhentian penghabisan yang mula dibuka sejak 1913 ini merupakan stesen yang paling popular di Amerika Syarikat dan pernah dinobatkan sebagai stesen kereta api paling cantik di dunia. Dengan jumlah pengunjung mencecah 26 juta orang setiap tahun, stesen Grand Central ini menjadi tempat keenam paling banyak dikunjungi di seluruh dunia.

Bangunan terminal yang direka oleh dua syarikat seni bina berbeza ini mempunyai 44 platform yang terbahagi pada dua aras. Reed & Stem mereka dan membina bangunan stesen secara keseluruhan manakala Warren & Wetmore telah memperincikan dengan rekaan Seni Beaux. Jam Tiffany ikonik yang terletak di jalan ke-42 di sini dibangunkan oleh Henry Bedford.

9. Stesen Kuala Lumpur, Malaysia

stesen kuala lumpur stesen kereta api paling cantik di dunia

Stesen kereta api yang pernah digelar Victoria Avenue ini direka oleh Arthur Hubback, seorang arkitek yang berasal dari England. Perhentian penghabisan ini merupakan gabungan seni bina timur dan barat di mana Hubback telah menggunakan pelbagai elemen daripada tradisi Moor beserta corak gerbang dan kubah Chhatri yang sering dibina dalam bangunan di India.

Stesen berwarna putih yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin ini dibuka kepada orang awam pada tahun 1910 dan menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur sehinggalah pembukaan stesen baru yang terletak di KL Sentral. 

8. Chhatrapati Shivaji Maharaj, Mumbai

chhatrapati shivaj stesen kereta api paling cantik di dunia

CSMT (Chhatrapati-Shivaji Maharaj train station) yang dahulunya dikenali sebagai Victoria Terminus merupakan stesen bersejarah yang indah di Mumbai sehinggakan UNESCO mengiktirafnya sebagai salah satu tapak warisan dunia. Nama stesen ini ditukar kepada Chhatrapati Shivaji untuk memberi penghormatan kepada pengasas Empayar Maratha pada tahun 1996.

Ia direka oleh Frederick Stevens pada tahun 1887 dengan matlamat untuk memperkenalkan seni bina Gothik India iaitu seni bina yang menggabungkan Gothik Victoria dan seni bina tradisi India. Stesen ini merupakan satu tanda tempat yang unik di Mumbai dan menerima lebih daripada 3 juta rakyat India yang menggunakannya setiap hari.

7. Milano Centrale, Milan

milano centrale stesen kereta api paling cantik di dunia

Milano Centrale dibuka kepada orang awam pada tahun 1931 dan menggantikan stesen lama yang telah dibina pada tahun 1864. Direka oleh Ulisse Stacchini, ia merupakan stesen paling sibuk di Eropah dengan anggaran 500 kereta api melintasinya setiap hari.

Stacchini mendapat idea rekaan daripada Union Station di Amerika Syarikat namun Mussolini telah membumbui rekaan tersebut, menjadikan bangunan ini begitu unik ketika zaman pemerintahannya.

6. Union Station, Los Angeles

union station los angeles stesen kereta api paling cantik di dunia

Los Angeles Union Station (LAUS) adalah stesen utama di California dan merupakan terminal penumpang terbesar di bahagian barat Amerika Syarikat. Stesen yang mula dibuka sejak 1939 ini menggantikan dua stesen terdahulu iaiti the Central dan the La Grange.

John Parkinson dan anaknya, Donald Parkinson menyumbangkan hasil rekaan dengan menggabungkan gaya Deko Seni kontemporari dan warisan kolonial Sepanyol. Ketika ini, LAUS merupakan hab utama di California dengan memberikan perkhidmatan kepada lebih 110,000 penumpang setiap hari.

5. Antwerpen-Centraal Railway Station, Antwerp

antwerpen centraal railway station stesen kereta api paling cantik di dunia

Antwerpen-Centraal mungkin adalah salah satu stesen tercantik di dunia kerana dihiasi menggunakan lebih 20 jenis batuan dan marmar berbeza. Pembinaan stesen ini telah bermula sejak 1895 lagi namun ia mula beroperasi pada tahun 1905. Kubah besar dan bangunan perhentian ini direka oleh Louis Delacenseries manakala jejambat yang merupakan struktur penting di stesen ini pula dibangunkan oleh Jan Van Asperen.

4. Station Atocha, Madrid

atocha madrid stesen kereta api paling cantik di dunia

Sebelum pengubahsuaian stesen ini dan penambahan taman tropika tertutup pada tahun 1985, stesen Sepanyol ini merupakan satu bangunan yang sangat indah dengan rekaan unik oleh Gustave Eiffel dan Alberto-de-Palacio. Stesen pertama di Madrid ini dibuka pada 9 Februari 1851 namun musnah dijilat api sebelum dibuka semula pada 1892.

Pada tahun 1985, Rafael Moneo telah mengubah suai stesen ini dan menukarkan bangunan stesen asal kepada kawasan pelbagai guna dengan taman tertutup yang indah.

3. Dunedin Station, Dunedin

dunedin stesen kereta api paling cantik di dunia

Walaupun ia adalah stesen paling sibuk di New Zealand, Dunedin adalah kecil sahaja dari segi saiz dengan menara jam setinggi 120 kaki yang boleh dilihat dari bandar. George Troup telah mereka bentuk stesen ini dengan gaya seni bina Flemish-Renaissance. Bumbung stesen ini dilengkapi jubin genting terracotta manakala binaan bangunan pula menggunakan basalt gelap dengan kemasan batu Oamaru yang berwarna putih terang. Stesen ini mula dibuka pada tahun 1906.

2. Centraal Station, Amsterdam

centraal station amsterdam stesen kereta api paling cantik di dunia

Stesen terbesar di Amsterdam yang juga dikenali sebagai Amsterdam Centraal ini merupakan hab utama negara kerana menerima pengulang-alik seramai 162,000 orang setiap hari menjadikan ia perhentian penghabisan kedua paling sibuk di negara itu.

Centraal Station direka oleh Pierre Cuypers dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1889. Sejak tahun 1997 ia telah menjalani beberapa proses pengubahsuaian untuk menempatkan laluan metro utara-selatan yang bakal beroperasi bermula 2018.

1. St. Pancras International, London

st pancras london

Stesen St. Pancras ini terletak di Euston Road di London. Stesen yang mempunyai ruang besar tertutup ini direka oleh William Barlow pada tahun 1868. Ia mempunyai 15 platform dan pernah menjadi tempat perlindungan orang awam daripada serangan bom semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Selepas tamat peperangan, stesen ini ditinggalkan begitu sahaja selama bertahun lamanya. Namun para pengaktivis tempatan telah menyelamatkannya daripada dimusnahkan sekitar 1960-an. Bangunan ini kemudian menjalani proses pemulihan dan pengubahsuaian dari tahun 2001 hingga 2007.




Hakcipta iluminasi.com (2017)