Siapa tak sukakan wi-fi percuma kan? Sambil anda boleh melayari internet percuma, anda juga boleh menjimatkan data internet anda yang semakin berkurangan. Wi-fi percuma kini terdapat di kebanyakan tempat sepert kafe, restoran, hoten dan sebagainya.

Namun, disebalik keasyikan melayari internet percuma ini pasti anda tak menyedari bahawa anda sedang diperhatikan oleh mereka yang berniat jahat untuk menggodam akses internet yang anda gunakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 2

Pelbagai masalah boleh dihadapi jika anda berjaya digodam, jadi dengan itu iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 3 kesilapan besar yang selalu dilakukan oleh kebanyakan ketika mengakses wi-fi awam atau percuma.

1. Mengakses dan menghantar maklumat sensitif anda

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 3

Biasanya kita akan mengakses maklumat yang paling penting dan sensitif dengan lebih kerap ketika melancong atau bercuti terutamanya di luar negara. Anda akan menyemak bank akaun dengan lebih kerap, bagi memastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk pulang, atau untuk membeli dan menempah hotel, kereta sewa dan sebagainya.

Amat digalakkan untuk tidak menggunakan wi-fi awam jika anda ingin mengakses atau menghantar maklumat yang tersangat penting ini. Tunggu sehingga anda mempunyai akses internet yang selamat. 

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 4

Tetapi jika anda berada dalam kecemasan, mungkin dikecualikuan. Ini kerana ia adalah mudah untuk penggodam dalam mencuri maklumat-maklumat dengan hanya beberapa klik, yang dihantar melalui akses Wi-fi yang anda gunakan.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa penggodam-penggoda ini yang mampu melakukan sesuatu yang lebih menguntungkan seperti menggodam laman kerajaan atau syarikat besar, berminat dengan maklumat bank atau kad kredit anda, kan?

Ia disebabkan orang biasa seperti anda, dan penulis sendiri seringkali gagal untuk melindungi maklumat dalam talian mereka, manakala kerajaan dan syarikat-syarikat besar mempunyai kumpulan profesional yang melindungi institusi ini daripada digodam.

2. Mengendahkan teks "terma dan syarat"

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 22

Ini antara yang paling kerap dilakukan, malah boleh dikatakan 99% daripada kita melakukannya. Adakah anda pernah mengambil masa untuk membaca teks panjang terma dan syarat yang keluar di skrin telefon anda apabila cuba untuk mendaftar menggunakan wi-fi awam?

Tak kan, kerana terlalu panjang dan membosankan, apa yang anda hanya mahukan adalah menggunakan wifi sahaja kan? Kebanyakan di antara kita hanya akan klik pada "I accept" dan terus menggunakan wi-fi. Ini adalah satu kesilapan.

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 6

Antara faktor mengapa begitu banyak syarikat yang sanggup menyediakan akses internet percuma kepada pelanggan adalah kerana mereka ingin "melombong" data mereka untuk sama ada menjual di masa hadapan atau memberikannya kepada pihak ketiga yang sanggup membayar sejumlah wang untuk mengetahui history pelayaran internet anda.

Biasanya, terma dan syarat yang anda setuju tidaklah berniat jahat, namun kadang-kadang ia telah memberitahu dengan jelas bahawa penyedia internet sementara yang anda guna berniat untuk menjejaki dan menghantar maklumat anda ke tempat lain.

Jika anda ragu-ragu dan ingin mengelakkan ini berlaku, dinasihatkan supaya anda mencari sumber internet lain yang lebih selamat.

3. Melayari internet tanpa VPN

3 kesilapan besar ketika mengguna wifi awam percuma 23

Tak kiralah betapa berjaga-jaga anda ketika berada di luar atau melancong, atau betapa berhemah anda dalam mengaskses internet dan menghantar maklumat sensitif secara atas talian, tapi kadang-kadang anda tetap perlu menggunakan kad debit atau kredit, akses maklumat bank dan lain-lain.

Sebab itulah anda harus install VPN (Virtual Private Network) seperti Akses Internet Persendirian VPN adalah sangat penting. Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat menyekat penggodam yang berniat jahat dan perisik kerajaan daripada mengakses maklumat peribadi anda.

Ia juga akan mematikan penjejak laman sesawang (web trackers) dan iklan-iklan yang keluar pada skrin anda tanpa henti. Dengan langkah ini, anda boleh melayari internet secara anonymous dan selamat, tanpa sebarang sekatan tak kiralah di mana sahaja anda berada.

VPN juga berguna apabila anda ingin memintas sekatan geografi yang menghalang anda daripada menonton rancangan kegemaran anda atau mengakses e-mel anda semasa berada di luar negara.

Rujukan:

1. USA Today

2. Curiosity

3. Mirror 




Hakcipta iluminasi.com (2017)