iluminasi.com ada berkongsi artikel penuh mengenai Raja Dadah dunia yang satu ketika dulu pernah menjadi antara manusia paling kaya di dunia. Pablo Escobar juga diiktiraf sebagai penjenayah paling kaya di dunia.

Di tahap kemuncaknya, 80% daripada kokain yang diseludup masuk ke Amerika Syarikat adalah kokain yang dihasilkan Pablo Escobar. iluminasi.com kongsikan 10 fakta menarik mengenai Pablo Escobar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

fakta menarik mengenai pablo escobar

1. Pablo Escobar lahir dalam keluarga biasa, bapanya merupakan seorang petani dan ibunya pula seorang guru. Sebelum terlibat dalam bisnes dadah, Pablo menjual batu nisan kepada penyeludup dan juga terlibat dalam bisnes mencuri kereta.

fakta menarik mengenai pablo escobar 3

2. Ketika keluarga Pablo berada dalam persembunyian dari pihak berkuasa, anak perempuannya iaitu Manuela jatuh sakit. Dalam cuaca yang sejuk, Pablo cuba untuk memanaskan badan anaknya dengan membakar wang kertas bernilai kira-kira RM7.84 juta.

fakta menarik mengenai pablo escobar 8

Pablo juga menghabiskan wang setiap bulan hampir RM10,000 untuk membeli gelang getah yang digunakan untuk mengikat wang tunainya yang sangat banyak. Hampir 10% daripada harta Pablo musnah disebabkan ditanam di dalam tanah dan dimakan oleh tikus.

fakta menarik mengenai pablo escobar 2

3. Pablo menggunakan kekayaannya yang sangat dahsyat dan kemahsyurannya untuk dipilih menyertai Kongres di Colombia. Dengan kekayaannya jugalah, Pablo cuba untuk mengubah undang-undang ekstradisi, dengan menawarkan untuk membayar hutang kerajaan Colombia yang dianggarkan sebanyak RM39 juta pada ketika itu.

fakta menarik mengenai pablo escobar 0

4. Kekayaan yang dimiliki Pablo membuatkan beliau tersenarai dalam senarai bilionaire Forbes sebagai antara manusia terkaya di dunia untuk 7 tahun berturut-turut. Kemuncaknya adalah pada tahun 1989 di mana Pablo merupakan manusia ke-7 terkaya di dunia.

fakta menarik mengenai pablo escobar 10

5. Setelah Pablo melarikan diri daripada mahligainya pada hujung tahun 1980-an, pihak berkuasa Colombia telah merampas pelbagai harta miliknya. Antaranya termasuklah 142 buah pesawat, 20 buah helikopter, 32 buah kapal layar, 141 buah rumah dan pejabat. 

fakta menarik mengenai pablo escobar 20

6. Disebabkan bisnes Pablo yang terlalu besar dan semakin memuncak, penggunaan pesawat, helikopter, kereta, truk dan bot tidak cukup untuk membawa dadahnya ke Amerika Syarikat. Beliau terpaksa membeli 2 buah kapal selam bagi memudahkan kerja penyeludupan.

7. Di kemuncak kerjayanya sebagai Raja Dadah dunia, Pablo menyeludup masuk 15,000 kilogram kokain setiap hari ke AS. Kekayaannya ketika itu dianggarkan sebanyak RM117 billion.

Penyeludupan kokain tunggal terbesar ke AS yang pernah dilakukan adalah seberat 23,133 kilogram.

fakta menarik mengenai pablo escobar 14

8. Walaupun bergelumang dengan bisnes dadah, Pablo tidak lupa untuk membantu mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Pablo mendermakan wang kepada gereja dan hospital, menubuhkan program pemakanan, membina taman-taman dan stadium bola sepak dan membina kejiranan. 

Penyokong-penyokong Pablo menggelarkan beliau sebagai "Robin Hood".

fakta menarik mengenai pablo escobar 07

9. Walaupun ganas dan bengis, sehingga bertanggungjawab terhadap 4,000 pembunuhan termasuklah 200 orang hakim dan 1,000 orang polis, wartawan dan pegawai kerajaan, namun Pablo mempunyai satu kelemahan dan ketakutan yang amat sangat.

Ia adalah undang-undang ekstradisi dimana beliau akan diserahkan kepada pihak berkuasa AS. Walau apa sekalipun yang berlaku Pablo tak akan pernah mahu menghabiskan sisa hidupnya di penjara Amerika.

Pablo pernah berkata, "Lebih baik aku mati di tanah airku daripada hidup di penjara di Amerika Syarikat".

10. Ketika berusia 44 tahun, sehari selepas ulang tahun kelahirannya, Pablo telah terbunuh dalam satu pergelutan dengan pihak berkuasa Colombia. Beliau dikatakan telah ditembak oleh agen DEA Amerika Syarikat. Namun ada yang mengatakan Pablo menembak dirinya sendiri.

Kedua-dua abang Pablo juga menegaskan bahawa Pablo mati kerana membunuh diri, mendakwa lokasi luka yang membunuhnya bukti bahawa ia dilakukan Pablo sendiri.

fakta menarik mengenai pablo escobar 13

Salah seorang abang Pablo memberitahu, "Sepanjang tahun di mana pihak berkuasa Colombia memburunya, Pablo memberitahu saya setiap hari jika beliau dikepung dan tiada jalan keluar, beliau akan menembak dirinya sendiri di bahagian telinga,".

Kira-kira 25,000 rakyat Colombia menghadiri pengebumian Raja Dadah dunia ini di Medellin.

Rujukan:

1. Biography

2. Independent

3. Fact Ninja




Hakcipta iluminasi.com (2017)