Oleh pada 22 Jun 2017 kategori

sweden norway 739

Bila memikirkan tentang sempadan antara negara, kita pasti terbayangkan suatu tempat yang dikawal ketat, sukar dilepasi, terpencil, sunyi dan kadang-kadang ada juga yang langsung tidak dapat dilihat.

Namun, ada sesetengah sempadan yang menakjubkan dan sangat menarik. Berikut merupakan antara sempadan yang unik yang ada di muka bumi.

1. Norway - Sweden

norway sweden border

Bercakap tentang sempadan yang santai, salah satunya adalah di antara Norway dan Sweden - mereka hanya memotong laluan pokok untuk menandakannya. Orang ramai sering menggunakannya untuk menunggang kereta salji di musim sejuk(tidak semuanya boleh dilalui), dengan jarak lebih kurang 1000 batu.

norway sweden snowmobile

Apa yang membuatkan gambar di atas lebih menarik, memandu kereta salji di Norway, percaya atau tidak, adalah menyalahi undang-undang. Sebaliknya di Sweden, ia dibenarkan. Sebab ia tidak dibenarkan, pihak berkuasa Norway percaya bahawa ia boleh menakut-nakutkan hidupan liar dan menjejaskan alam sekitar.

Dan bukan itu sahaja sempadan yang menarik antara dua negara ini, lihat gambar di bawah.

sweden norway

norway sweden rock border

2. Korea Utara - Korea Selatan

north korea border sout korea

Tetapi tidak semua negara begitu santai tentang sempadan mereka - di sini anda boleh melihat cahaya lampu di waktu malam di Korea Utara dan Korea Selatan... hampir tidak ada lampu ketika malam di Korea Utara. Hanya ibu kota di Pyongyang nampaknya terang terhadap kegelapan. Ia juga salah satu sempadan ketat di dunia.

north south korea

3. Ethiopia - Somalialand

Tiada yang lebih ringkas daripada satu tali untuk menandakan satu sempadan.

ethiopia somalia

4. Argentina-Paraguay-Brazil

Apa yang kita boleh lihat di sini adalah sempadan yang unik antara tiga buah negara, Argentina, Paraguay dan Brazil, dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu.

triple border

5. Sepanyol - Portugal

Menaiki kereta salji merentasi sempadan Norway dan Sweden adalah satu perkara, tetapi flying fox dari Sepanyol ke Portugal menjadikan sesuatu ke tahap yang baru. Talian di sini adalah kurang dari setengah batu panjang dan mungkin dengan cara yang paling menarik untuk perjalanan, melintasi sempadan atau tidak. Sebagai tambahan, anda sebenarnya mendapat perbezaan masa satu jam ketika mendarat di Portugal kerana zon waktu yang berbeza daripada Sepanyol.

spain portugal border zipline photo

Saksikan bagaimana mereka melakukannya dalam video di bawah.

6. Argentina - Chile

Arca Jesus, seberat 4 tan, memisahkan sempadan antara Argentina dan Chile. Arca ini yang dikenali sebagai “Christ the Redeemer of the Andes” diletakkan sejak 1904 untuk menandakan keharmonian antara kedua-dua buah negara ini.

argentina chile 

7. Pakistan - India

Kedua-dua negara ini selalunya tidak sefahaman, tetapi mereka berkongsi majlis yang menarik dan luar biasa di persimpangan sempadan Wagah. Upacara di bawah ini berlaku setiap hari sebelum pintu masuk ke kedua-dua negara dikunci untuk malam itu. Di setiap sisi pintu, rakyat dari India dan Pakistan melaungkan slogan-slogan patriotik kerana tentera terlibat dalam satu set pergerakan berarak yang melibatkan tendangan tinggi dan pameran visual lain. Majlis 45 minit itu berakhir dengan tentera dari setiap negara berjabat tangan dan menutup pintu.

wagah crossing

wagah border1

Upacara unik itu boleh disaksikan di video ini.

8. Amerika Syarikat - Mexico

Dengan 350 juta lintasan yang sah setiap tahun, ini adalah sempadan yang paling kerap dilintasi di dunia, dan gambar ini menunjukkan perbezaan yang menarik di antara kedua-dua negara.

mexico united states border 253

Di sebelah kanan adalah Tijuana, Baja California, dan di sebelah kiri adalah San Diego, California. Bangunan di atas tanah lapang di sebelah San Diego adalah loji rawatan kumbahan yang dibina untuk membersihkan sungai Tijuana.

20 amazing photos of borders from around the world 2

Sempadan ini adalah sepanjang 2000km, dan kita dapat lihat padang pasir yang tandus Amerika di seblah kiri dan Mexico yang padat dan sibuk di sebelah kanan.

9. Poland - Ukraine

Ikan gergasi di sempadan Poland dan Ukraine ini bertujuan untuk mewakili perpaduan. Reka bentuk yang unik itu dicipta oleh artis Poland Jaroslaw Koziara sebagai sebahagian daripada Festival Seni Tanah. Sebagai lokasi yang digemari, NBC mencatatkan bahawa "ikan gergasi itu dicipta dengan menanam pelbagai jenis tanaman di lapangan antara sempadan Poland dan Ukraine."

poland ukraine fish1

10. Belgium - Belanda

Banyak sempadan di Kesatuan Eropah adalah sangat kasual, tetapi sempadan ini pasti mencuri tumpuan - di bandar Baarle, pergi dari satu negara ke negara yang lain semudah pergi dari satu sisi sebuah pub ke satu sisi yang lain. Untuk tujuan pelancongan, salib-salib putih menandakan sempadan di seluruh bandar, tetapi tidak ada kawalan sempadan dan tiada siapa yang benar-benar mengambil berat di negara mana anda sedang berada.

belgium netherlands

11. Jerman - Belanda

Bagaimana pula sempadan yang ada di dalam bangunan? Dinyatakan bahawa "di satu sisi bangunan ada peti mel Jerman dan seorang anggota polis Jerman. Di sisi lain, peti mel Belanda dan seorang anggota polis Belanda."

hans on line wide aee9bafb74377a6222093a10af67b997d7b325be s700 c85

Sempadan ini cukup terbuka sehingga satu bangunan boleh menjangkau. Tiada penjaga sempadan, tiada pusat pemeriksaan. Tetapi surat yang dihantar dari bahagian Jerman bangunan itu mengambil masa seminggu untuk sampai ke bahagian Belanda.

12. Haiti - Republic Dominica

8680957818 7c993dd81e b

haiti dominican border 158

Sekarang, anda pasti boleh meneka apakah yang berlaku di sini. Haiti(kiri) mempunyai dasar tersendiri mengenai penebangan hutan manakala Republik Dominica(kanan) pula adalah sebaliknya. Kesannya amat jelas kelihatan.

13. China - Mongolia

Tiada senarai akan lengkap tanpa menyatakan Tembok Besar China yang ikonik dan terkenal.

great wall of china 43

14. Slovakia - Austria - Hungary

2ec41444cbb795151eaf163791f7e24c 858

Anda boleh berkelah dengan pelbagai bangsa ... di satu meja! Meja berbentuk segitiga ini berfungsi sebagai sempadan tiga hala, dan anda boleh berada di Slovakia, berkongsi kek dengan rakan-rakan anda dari Austria atau Hungary tanpa perlu bangun.

15. China - Nepal (Gunung Everest)

Pasti ramai tidak tahu bahawa puncak Gunung Everest, titik tertinggi di Bumi sebenarnya adalah sempadan! Sempadan antarabangsa antara China dan Nepal terletak di puncak, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter, sudah tentu sempadan tertinggi di planet ini. Terdapat beberapa sempadan di puncak gunung, tetapi di pergunungan yang jauh lebih rendah.

mount everest 1

Rujukan

1. international borders world cool interesting

2. mind blowing international borders around world


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)