Oleh pada 10 Dec 2017 kategori

peta dunia 314

Pelancongan boleh menjadi lubuk emas dalam sektor ekonomi jika diuruskan dengan baik, dan kebanyakan negara di seluruh dunia menyambut kedatangan pengunjung dengan tangan yang terbuka. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa lokasi dari segenap pelusuk dunia yang menyatakan negara mereka adalah lebih baik tanpa kehadiran orang luar.

Berikut adalah senarai 10 negara mengamalkan dasar tutup pintu kepada warga Amerika dan juga banyak lagi negara lain dari seluruh dunia.

1) Arab Saudi

arab saudi 467

Setiap pelancong dikehendaki mendapat tajaan kerakyatan atau kewarganegaraan yang sah. Walaupun ditaja dengan cara betul, tiada jaminan seseorang itu akan diberikan visa kerana proses pengeluarannya adalah sangat teliti. 

2) Iran

rakyat iran 8

Iran kini tidak lagi mempunyai Kedutaan Amerika, hasil daripada peristiwa tebusan yang tegang berlaku di sana pada tahun 1979. Jika anda berjaya mendapatkan visa Iran melalui kedutaan Pakistan di Washington, D.C., anda masih perlu membuktikan bahawa anda datang bersama kumpulan pelancong.

3) Korea Utara

korea utara 788

Setiap pelancong perlu mendapatkan pakej pelancongan yang lengkap sebelum melawat Korea Utara. Sepanjang lawatan, anda dikehendaki berada bersama pemandu pelancong setiap masa. Ketiadaan kedutaan Korea Utara di Amerika bermaksud anda perlu berkunjung ke China terlebih dahulu sebelum menempah pakej pelancongan.

4) Syria

syria 417

Syria ketika ini masih lagi di dalam konflik, tetapi jika konflik ini tidak menggugat anda, kemungkinan untuk mendapatkan visa adalah hampir mustahil. Disebabkan setiap visa perlu diluluskan melalui proses yang rumit, kemungkinan besar pelancong terpaksa menunggu lebih lama ataupun langsung tidak diluluskan.

5) Cuba

rakyat cuba

Hubungan antara Cuba dan Amerika Syarikat adalah sedikit tenang, tetapi peraturan pelancongan semasa masih tidak membenarkan sesiapa sahaja memasuki negara tersebut dengan mudah. Kecuali anda boleh membuktikan bahawa anda berada di sana di atas urusan yang rasmi, jika tidak anda perlu mengunggu lebih lama untuk melawat negara tersebut.

6) Somalia

rakyat somalia

Somalia sangat dikenali dengan kehadiran ramai lanun yang menguasai laut di sekitarnya, yang menjadi sebab terbaik untuk tidak pergi ke sana. Walaupun anda berjaya melepasi lanun-lanun tersebut, anda tetap memerlukan tajaan dan jemputan untuk mengunjungi negara tersebut.

7) Angola

angola

Jika Angola berada dalam senarai lokasi yang anda mesti kunjungi, anda perlu mempunyai wang perbelanjaan yang mencukupi sebelum anda tahu samada anda boleh pergi ke sana. Sebelum anda memohon visa, terlebih dahulu anda perlu membayar yuran permohonan dan yuran jemputan, kemudian menempah tiket penerbangan dan juga penginapan hotel.

8) Republik Afrika Tengah

republik afrika tengah

Sehingga tahun 2014, Republik Afrika Tengah tidak mempunyai Kedutaan Amerika, dan semua pelawat A.S. mesti memohon visa melalui Kedutaan Perancis. Tambahan pula  sempadan CAR(Central African Republic) adalah sangat terhad, dan terdapat satu lokasi di mana warganegara Amerika langsung tidak diterima kehadiran mereka.

9) Libya

rakyat libya

Libya dan Amerika memiliki hubungan yang tegang hampir dalam kesuluruhan abad ke-21, dan, Kedutaan Amerika telah ditutup di sana pada tahun 2014. Tanpa visa, warganegara Amerika tidak mempunyai banyak cara untuk mengunjungi negara yang bergolak ini, dan punca utamanya adalah sentimen anti Amerika dan juga kadar jenayah yang tinggi.

10) Algeria

rakyat algeria

Algeria adalah sebuah lagi negara yang memerlukan pelancong membuktikan bahawa mereka mampu untuk menanggung segala perbelanjaan sebelum mereka tiba di sana. Pertama sekali, tempah penginapan hotel, kemudian dapatkan dokumen penginapan. Setelah anda memiliki kesemua itu, anda perlu berurusan dengan agensi pelancongan tempatan untuk jaminan jemputan. Akhir sekali barulah permohonan visa boleh dibuat.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)