Ia bukan lagi rahsia bahawa perniagaan haram adalah salah satu bentuk perniagaan paling menguntungkan di seluruh dunia. Sebagai contoh, pengedaran dadah mempunyai keuntungan meliputi sebahagian besar seluruh aktiviti haram. Mengikut Perbadanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah, penyeludupan dan pengedaran dadah sahaja menjana keuntungan hampir RM 2.5 trillion setiap tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Aktiviti-aktiviti haram ini sentiasa menjadi cabaran besar bagi kerajaan sesebuah negara dan memberi ancaman besar kepada ekonomi dan alam sekitar. Walaupun kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang ketat terhadap aktiviti haram ini, ia tetap berkembang pada kadar yang membimbangkan. Berikut ada senarai perniagaan haram terbesar di seluruh dunia.

14. Penyeludupan arak

penyeludupan arak

Penyeludupan arak yang terawal dikenal pasti adalah pada sekitar tahun 1860-an di Amerika Syarikat ketika berlakunya Perang Saudara. Kapal-kapal pedangang mula membawa masuk arak murah dari Caribbean ke Amerika melalui Florida. Walaupun aktiviti ini sudah lama dilakukan, penyeludupan arak masih lagi diamalkan di kebanyakan negara oleh kumpulan penjenayah terancang.

Mereka mengedar arak secara haram untuk mengelak cukai yang dikenakan pada minuman yang mengandungi alkohol. Kerajaan United Kingdom gagal mengutip cukai yang dianggarkan bernilai RM 8 billion akibat aktiviti ini. Arak yang diseludup ini juga diketahui menyebabkan beribu-ribu kematian setiap tahun akibat kualitinya yang tidak menepati piawaian.

13. Penyeludupan harta kebudayaan

penyeludupan artifak

Mana-mana harta kebudayaan adalah entiti fizikal yang merupakan sebahagian daripada warisan sesebuah budaya. Ia mungkin termasuk monumen dalam apa-apa bentuk atau saiz, artifak atau lukisan. Kes kecurian harta kebudayaan adalah di tahap yang membimbangkan dan semakin meningkat.

Para sejarawan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyedari bahawa tinggalan sejarah yang dicuri dan dijual dalam pasaran gelap ini mengancam kewujudan identiti budaya kita.

12. Penyeludupan organ manusia

penyeludupan organ manusia

Perdagangan organ adalah melibatkan pembelian atau penjualan haram organ manusia bagi tujuan transplantasi dalam perubatan. Pemerdagangan organ secara kormesial ini adalah dilarang di seluruh dunia kecuali Iran. Menurut laporan berita, kira-kira 2000 orang rakyat India menjual buah pinggang mereka secara haram dengan harga serendah RM 20,000.

Buah pinggang itu kemudian dijual di pasaran gelap atau kormesial dengan harga ratusan ribu. Global Financial Integrity telah mengeluarkan satu laporan bahawa, anggaran perdagangan organ haram ini menjana keuntungan antara RM 2.5 billion sehingga RM 5 billion setahun.

11. Penyeludupan senjata api

penyeludupan senjata api

Pengedar senjata haram berurusan dengan pelbagai jenis senjata seperti bahan letupan, pistol kecil, senjata ringan hinggalah kepada mesingan berat. Perdagangan senjata haram secara langsung bertanggungjawab atas peningkatan aktiviti keganasan di seluruh dunia. Menurut satu laporan, dianggarkan lebih kurang 63 juta senjata telah diseludup masuk ke India dan Pakistan sahaja.

Sangat sukar untuk meneka saiz sebenar pasaran perdagangan senjata haram ini. Amerika Syarikat dan Afrika pula dianggap sebagai negara paling banyak memiliki senjata tidak sah. Nilai anggaran penyeludupan senjata haram dianggarkan bernilai RM 250 billion setahun, iaitu kira-kira 20% daripada jumlah perdagangan senjata komersial peringkat global.

10. Perdagangan haram minyak

penyeludupan minyak

Perdagangan haram minyak merupakan masalah utama di beberapa negara termasuk di Afrika dan Asia. Dianggarkan lebih daripada 100,000 tong minyak diseludup setiap hari di setiap penjuru dunia. Di Mexico, syarikat minyak kerugian sebanyak RM 2.9 billion setiap tahun akibat aktiviti ini. Di Afrika pula, sebahagian besar syarikat minyak sering diserang oleh lanun Somalia. Kegiatan haram berkaitan minyak ini dianggarkan menjana keuntungan sebanyak RM 62.6 billion setahun.

9. Penyeludupan hidupan liar

penyeludupan hidupan liar

Perdagangan haram hidupan liar melibatkan banyak bahagian termasuk haiwan peliharaan eksotik, daging dan kulit haiwan liar, kura-kura dan juga sirip ikan yu. Antara tahun 2007 hingga 2012, pemburuan haram badak telah meningkat sehingga 5000%. Beberapa contoh perdagangan utama ini termasuk gigi gajah dan kulit harimau. Pada tahun 2015, keuntungan yang dihasilkan melalui aktiviti ini dianggarkan bernilai RM 133 billion.

8. Penggubahan wang haram

penggubahan wang haram

Pada dasarnya, penggubahan wang haram adalah proses mengubah keuntungan atau aset dari perniagaan haram kepada keuntungan yang "sah". Salah satu cara yang sering dilakukan ialah dengan menubuhkan syarikat palsu, bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Walaupun penubuhan syarikat itu sah, namun apa yang menjadi pertanyaan adalah syarikat yang membuat keuntungan tanpa sebarang operasi perniagaan yang aktif.

7. Aktiviti perikanan haram

aktiviti perikanan haram

Aktiviti perikanan yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak diatur kerap berlaku dan kapal nelayan sering melanggar undang-undang yang ditakrifkan oleh kerajaan tempatan dan pusat untuk aktiviti perikanan. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan juga Jabatan Perikanan dan Akuakultur, penangkapan ikan secara haram telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 96 billion setahun. Daripada jumlah global itu, 30% daripadanya berlaku di Indonesia sahaja.

6. Perlombongan haram

perlombongan haram

Perlombongan haram adalah kegiatan perlombongan tanpa izin daripada sesebuah negara itu. Khususnya, aktiviti perlombongan ini dilakukan tanpa hak ke atas sesebuah tanah, tiada lesen perlombongan atau penerokaan dan juga permit memindahkan bahan galian. Penggalian mineral semula jadi semakin membimbangkan apabila harga mineral global melambung tinggi.

Perlombongan haram ini kadang-kala boleh jadi dilakukan oleh pelaku amatur atau ia boleh dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang berskala besar, didalangi oleh sindiket perlombongan dan kumpulan penjenayah.

5. Pemerdagangan manusia

pemerdagangan manusia 6

Pemerdagangan manusia adalah bertujuan untuk menjadikan mangsa sebagai buruh paksa, mangsa pencurian organ, pelacuran atau perkahwinan paksa. Pemerdagangan manusia merupakan salah satu aktiviti haram yang paling cepat berkembang di seluruh dunia.

Pada tahun 2010, pemerdagangan manusia di peringkat antarabangsa dianggarkan bernilai lebih daripada RM 125 billion. Antara keseluruhan jumlah mangsa aktiviti haram ini, 30% daripadanya melibatkan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 18 tahun.

4. Pembalakan haram

pembalakan haram 918

Pembalakan haram adalah istilah yang diberikan kepada proses di mana kayu atau balak dituai, dijual dan dibeli tanpa persetujuan kerajaan tempatan dan dalam pelanggaran undang-undang negara yang jelas.

Ketidaksahan proses pembalakan juga berlaku semasa proses pengangkutan, pemprosesan dan pengeskpotan yang tidak sah. Begitu juga dengan deklarasi palsu kepada kastam, pengelakkan cukai dan caj serta pensijilan palsu.

3. Penyeludupan dadah

penyeludupan dadah

Pengedaran dadah adalah salah satu perniagaan haram terbesar dan paling berbahaya di dunia. Menurut laporan PBB, pada tahun 2003, perdagangan dadah daram global menjana keuntungan sebanyak kira-kira RM 1.3 trillion dan jumlah itu meningkat kepada lebih daripada RM 2 trillion pada tahun 2016.

Walaupun penyeludupan telah menjadi satu fenomena yang tidak boleh dielakkan di seluruh dunia, namun negara-negara membangun seperti Amerika Syarikat adalah yang paling terjejas teruk oleh jenayah berkaitan dadah. Berdasarkan laporan FBI, pada tahun 1990-an sekitar 5% dari jumlah penduduk Amerika meninggal setiap tahun akibat penyalahgunaan dadah. Pengedaran dadah kecil dan sederhana secara dalam talian juga dilihat semakin meningkat saban tahun.

2. Aktiviti pemalsuan dan tiruan

aktiviti pemalsuan dan barang tiruan

Mana-mana replika produk yang tidak mendapat kebenaran adalah sebahagian daripada pemalsuan. Antara produk palsu yang sering disalin daripada produk asli termasuk pakaian, kasut, produk elektronik, perisian komputer, filem, logo dan juga jemana syarikat terkenal.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan , pasaran barangan tiruan melebihi daripada RM 1 trillion sejak tahun 2007 dan semakin meningkat dari tahun ke tahun. 

Pemalsuan wang

Pemalsuan wang menjadi kebimbangan di seluruh dunia dan dialami oleh banyak negara maju dari masa ke semasa. Aktiviti pemalsuan wang ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ahli sejarah percaya bahawa pemalsuan wang ini mungkin sama usia dengan mata wang mula diperkenalkan sejak dahulu lagi.

Secara ringkasnya, wang palsu ini dihasilkan tanpa kebenaran undang-undang dari kerajaan negara yang berkaitan. Sekiranya ia berlaku, mata wang tiruan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara dengan menyebabkan inflasi dan pelbagai lagi masalah ekonomi lain.

1. Serangan siber

serangan siber 361

Pernah suatu masa dahulu ketika "mastermind" komputer memecah masuk ke dalam sistem lain untuk mencapai agenda peribadi mereka dan hanya sekadar untuk berseronok. Kini pada abad ke-21 segala-galanya berubah. "Hacking" menjadi lebih kepada suatu perniagaan, di mana pasukan penggodam profesional akan menggodam syarikat-syarikat besar dan menuntut wang tebusan.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan, serangan siber di peringkat global pada 2016 telah mengakibatkan syarikat-syarikat dari seluruh dunia kerugian lebih daripada RM 1.9 billion. Selain itu, jutaan dokumen dan rekod juga turut dicuri.

Rujukan:

1. Daily Mail

2. OECD

3. CNBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)