Oleh pada 29 Sep 2019 kategori

Muammar Gaddafi muncul dari kawasan pendalaman Libya dan berjaya mengetuai rampasan kuasa di negara yang kurang membangun tetapi kaya dengan hasil minyak itu pada tahun 1969. Beliau kemudian memerintah Libya selama lebih daripada 40 tahun.

muammar gaddafi libya

Pemerintahannya berakhir pada 2011 apabila dia terbunuh di tangan pemberontak Libya yang dibantu oleh Liga Arab dan Amerika Syarikat ketika Pertempuran Sirte. Ada yang menganggap Gaddafi sebagai seorang pengganas dan ada juga yang mengganggap dia sebenarnya seorang wira. Berikut adalah beberapa fakta menarik yang tidak diketahui ramai mengenai Muammar Gaddafi.

1. Tiada siapa tahu bila dia dilahirkan

muammar gaddafi

Muammar Mohammed Abu Minyar Gaddafi dipercayai dilahirkan pada tahun 1942. Namun, tiada siapa tahu bilakah tarikh yang tepat dia dilahirkan. Gaddafi adalah dari suku Badwi dan kaum itu diketahui tidak merekodkan sebarang kelahiran bayi mereka.

2. Bermula sebagai seorang pengembala

muammar gaddafi berpakaian badwi

Suku kaum Gaddafi sangat miskin. Mereka hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dengan bekerja sebagai pengembala kambing dan unta. Gaddafi tidak pernah melupakan permulaannya sebagai seorang pengembala.

Setelah menjadi terkenal bertahun-tahun kemudian, dia kelihatan menangis di televisyen apabila terkenang zaman mudanya ketika melawat sahabat-sahabat lamanya.

3. Orang pertama dari sukunya memasuki sekolah

muammar gaddafi muda

Pendidikan bukanlah percuma ketika Libya baru merdeka. Tiada siapa dari suku kaum Gaddafi menghantar anak mereka ke sekolah. Namun, bapa Gaddafi melihat potensi pada anaknya dan menghantar Gaddafi untuk belajar agama di Sirte.

Sekolah itu agak jauh dari penempatan mereka. Gaddafi yang berusia 7 tahun ketika itu tidur di masjid pada hari persekolahan. Pada hari minggu, dia akan berjalan sejauh 40 km untuk berjumpa ibu dan bapanya.

4. Dibuli di sekolah

khemah badwi

Walaupun cemerlang ketika belajar di Sirte tetapi Gaddafi sering dibuli. Kanak-kanak suku Arab sering membuli kanak-kanak Badwi kerana perbezaan taraf etnik.

Gaddafi mula menukar keadaan itu di sekolahnya dengan menjadi ketua kepada kanak-kanak suku Badwi yang lain. Dia menyeru agar mereka bersatu menentang pembuli dan bangga dengan etnik mereka. Tidak lama selepas itu, kumpulan suku Badwi telah menguasai sekolah itu.

5. Memulakan rusuhan di usia 18 tahun

riot di libya

Dari Sirte, Gaddafi dan keluarganya berpindah ke bandar Sabha di Fezzan. Gaddafi memasuki sekolah menengah di sana dan menjadi terkenal dengan cepat kerana sifat kepimpinannya.

Banyak gurunya di Sabha berasal dari Mesir. Buat pertama kalinya, Gaddafi mempunyai akses kepada radio dan akhbar Arab. Dia mengagumi perubahan politik yang dilaksanakan di Mesir di bawah pimpinan President Gamal Abdel Nasser yang merupakan wiranya.

Tidak lama kemudian, Gaddafi mula aktif dalam politik jalanan. Pada usia 18 tahun, dia mengetuai satu demonstrasi di mana mereka memecahkan tingkap-tingkap hotel tempatan kerana menjual arak. Dia kemudian ditahan dan dibuang dari Sabha.

6. Menerima latihan tentera British

gaddafi di london

Selepas sekolah menengah, Gaddafi ditawarkan belajar di Universiti Benghazi. Dia sering ke perpustakaan universiti untuk membaca semua buku tentang Revolusi Perancis dan pelbagai karya tulisan nasionalis Pan-Arab.

Di universiti, dia mengelak daripada terlibat dalam mana-mana kumpulan yang dipantau polis. Pihak berkuasa telah mengabaikan rekod jenayah Gaddafi kerana berkelakuan baik dan mendaftarkannya ke dalam akademi ketenteraan Libya. Dia kemudian dihantar ke England untuk dilatih sebagai pegawai isyarat.

7. Mengetuai rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah

muammar gaddafi

Menjelang tahun 1964, Gaddafi telah menubuhkan persatuan rahsia dengan pegawai-pegawai bahawannya. Mereka mengumpul gaji mereka dan menganjurkan gerakan politik bawah tanah untuk menggulingkan Raja Libya. Pada 1 September 1969, mereka telah melakukan rampasan kuasa di seluruh negara ketika Raja Idris mendapatkan rawatan di Turki.

Rampasan kuasa yang berlangsung selama satu hari itu berakhir tanpa satu tembakan pun dilepaskan. Kejadian tanpa keganasan itu digelar sebagai "Revolusi Putih". Pemerintahan beraja berakhir dan Gaddafi membentuk jawatankuasa pembimbing untuk memacu revolusi itu ke arah sebuah negara Arab bersatu.

8. Sering letak jawatan sebagai pemerintah

gaddafi bersama suku badwi 656

Menjadi seorang pemerintah ternyata satu tugas yang sukar. Dalam tahun pertama pemerintahannya, perisik Amerika memberi amaran kepada Gaddafi bahawa terdapat pegawai berkuasa merancang untuk menggulingkannya tetapi dia berjaya mematahkannya.

Selepas itu, dia mula menghadapi tentangan daripada ahli-ahli jawatankuasa pusat tentang bagaimana dia mentadbir Libya. Solusi Gaddafi adalah meletak jawatan dan kembali ke suku Badwi semula.

Kemudian ahli jawatankuasa pusat telah memujuknya untuk kembali semula dan dia bersetuju. Namun, dia sekali lagi meletak jawatan pada 1974. Kali ini Gaddafi dirayu dan dijanjikan pula kuasa pemerintahan mutlak. Dia kemudian mempunyai kawalan penuh ke atas negara yang kaya dengan minyak itu.

9. Meningkatkan GDP negara 600% dalam dekad pertama berkuasa

industri minyak libya

Walaupun menjadi sebahagian daripada Republic Arab Bersatu atau United Arab Republic (UAR) bersama Mesir dan Syria tetapi Libya disisihkan semasa perancangan Perang Enam Hari (perang antara Arab-Israel). Ini kerana Hafez al-Assad (bekas Presiden Syria) dan Anwar Sadat (bekas Perdana Menteri Mesir) tidak mempercayai Gaddafi.

Gaddafi bertindak balas dengan menarik diri dari perikatan UAR dan memberi tumpuan kepada reformasi domestik. Dengan menasionalisasikan sumber minyak Libya, Gaddafi menjadi ketua negara Arab pertama untuk memperoleh semula sebahagian besar keuntungan minyak daripada syarikat luar.

Beliau menggunakan wang itu untuk pembinaan awam, pendidikan dan diagihkan kepada rakyat kelas bawahan. Keluaran Dalam Negeri Kasar atau Gross Domestic Product (GDP) Libya meningkat daripada USD 3.5 billion pada tahun 1969 kepada USD 20 billion pada 1979.

10. Membuat kemajuan besar dalam pendidikan

muammar gaddafi mengimamkan solat

Ketika Gaddafi mula berkuasa, hanya 25 peratus orang dewasa di Libya boleh membaca. Beliau telah mengubah keadaan ini dengan memperkenalkan kempen agresif di sekolah luar bandar dan inisiatif pendidikan suku Badwi.

Dalam hanya beberapa tahun, jumlah itu meningkat sehingga 83 peratus orang dewasa yang boleh membaca. Ia merupakan salah satu peningkatan celik huruf paling tinggi dalam sejarah.

11. Membawa khemah sendiri ke mana sahaja

khemah muammar gaddafi

Walaupun menjadi pemerintah tertinggi negara, Gaddafi tidak pernah melupakan asal-usulnya sebagai suku Badwi. Dia membawa khemahnya sendiri ke mana sahaja dia mengembara (suku Badwi tinggal dalam khemah). Khemahnya bersaiz besar dan memelukan pesawat khas apabila mengembara ke luar negara.

12. Fobia tempat tinggi

gaddafi fobia tempat tinggi

Salah satu lagi sebab mengapa Gaddafi sering membawa khemahnya sendiri mungkin kerana dia takutkan tempat tinggi. Dia dikatakan akan mengelak untuk menaiki pesawat seboleh yang mungkin. Selain itu, Gaddafi juga sering menolak untuk menggunakan lif atau eskalator. Dia juga dikatakan tidak akan menaiki tempat tinggi melebihi 35 anak tangga.

13. Mengupah wanita sebagai pengawal peribadi

pengawal wanita gaddafi

Pada penghujung tahun 1970-an, Gaddafi telah menunjukkan pelbagai sifat peliknya. Dia sering dilihat memakai jubah dengan warna yang menjolok mata di khalayak umum. Selain itu, dia juga tidak suka disentuh oleh orang lain.

Antara sifat aneh yang menjadi tumpuan ialah dia telah mengupah wanita ala-ala "Pahlawan Amazon" untuk menjadi pengawal peribadinya ke mana sahaja dia pergi.

Rujukan:

1. Perkara menarik mengenai Muammar Gaddafi

2. Fakta mengenai Muammar Gaddafi yang tidak diketahui ramai

3. Kisah unik mengenai Muammar Gaddafi



Hakcipta iluminasi.com (2017)