filem 2012

Tiada ada seorang pun yang mempunyai pengetahuan mengenai masa dan ketika dunia akan sampai ke hujung.

Penghujung hayat manusia atau hari kiamat adalah antara salah satu rahsia yang tidak diketahui manusia, tak kira betapa canggih teknologi yang mampu kita cipta.

Namun begitu, ramai bijak pandai dari barat yang cuba untuk menidakkan hal ini dengan membuat andaian dan ramalan mengenai bagaimana dunia akan menemui penghujung.

ramalan hari kiamat dan pengakhiran bumi

Artikel ini tidak mencadangkan mana-mana daripada senarai ini sebagai benar. Walaupun agak tak masuk akal, namun ada di antaranya yang boleh membuatkan kita mengetahui cara bagaimana bijak pandai Barat berfikir dan sekadar perkongsian.

iluminasi.com kongsikan 12 ramalan menakutkan oleh orang Barat tentang bagaimana dunia akan menemui penghujungnya.

12. Penyakit berjangkit

pandemik 1918

Bill Gates telah memberi amaran bahawa pandemik selesema yang akan datang akan berlaku tak lama lagi dan ketika ini kita masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

Dengan peningkatan populasi manusia dan keupayaan untuk mencipta penyakit berjangkit sudah menjadi sangat lazim, beliau meramalkan bahawa jika kita tidak melakukan sesuatu, 30 juta orang akan mati dalam tempoh 6 bulan pertama dan itu hanya permulaan kepada segala-galanya.

11. Asteroid

asteroid menghentam bumi

Menurut seorang profesor dari Universiti Oxford, Nick Bostrom, sebutir asteroid yang bertembung dengan bumi hanya perlu bersaiz kira-kira 1 kilometer diameter untuk memusnahkan dan menghancurkan seluruh umat manusia.

Ia sangat menakutkan kerana saiz asteroid yang diperlukan ini hanyalah 0.0078% sahaja dari saiz Bumi yang berdiameter 12,742 kilometer.

Nick menganggarkan asteroid seperti ini akan menghentam Bumi sekali dalam tempoh 500,000 tahun.

10. Pembalikan medan magnet Bumi 

medan magnet bumi terbalik

Sekitar 780,000 tahun yang lalu, kutub-kutub Bumi telah terbalik dan para saintis meramalkan bahawa perkara yang sama bakal berlaku sekali lagi.

Keterbalikan kutub-kutub Bumi ini mungkin mempunyai kesan yang sangat dahsyat pada grid elektrik dan satelit. Kedua-dua perkara ini membantu mengekalkan sistem kita untuk terus berfungsi.

Tanpa perkara-perkara ini, ia dapat menjejaskan dunia dan tidak banyak yang boleh kita lakukan mengenainya.

9. Populasi Bumi yang semakin bertambah

populasi manusia yang terlalu tinggi

Walaupun masih luas kawasan daratan di Bumi yang boleh dihuni, namun ia hanya dapat menampung manusia dalam jumlah yang tertentu sahaja, lebih-lebih lagi dengan peningkatan penggunaan tenaga.

Para saintis, termasuk saintis terkenal Stephen Hawking telah meramalkan bahawa berdasarkan kepada trajektori populasi semasa kita, Bumi mempunyai sekitar 600 tahun lagi sebelum mencapai keadaan di mana ia tidak dapat didiami lagi.

8. Black Hole

black hole 419

Para saintis telah meramalkan bahawa lubang hitam yang tersangat besar mungkin sedang mengembara ke arah Bumi dan akan "menelan" kita.

Apa yang lebih menakutkan ialah kita mengetahui mengenai perkara ini selama bertahun-tahun lamanya dan tidak dapat melakukan apa-apa pun mengenainya.

Setakat ini, mereka telah menemui 60 lubang hitam ini dan para saintis berharap satu daripadanya tidak akan mendekati Bumi dalam masa terdekat.. 

7 . Makhluk asing

makhluk asing 985

Sesetengah pakar meramalkan bahawa manusia bakal bertembung dengan makhluk asing tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, jika perkara ini benar, menurut Stephen Hawking, ia tidak akan menjadi pertemuan yang memberikan kebaikan kepada kita.

Beliau membandingkannya pertemuan ini dengan situasi apabila orang asli Amerika menemui Columbus.

Makhluk asing ini mungkin lebih maju secara teknologi berbanding manusia dan boleh membawa penyakit yang akan menghapus kebanyakan daripada populasi manusia.

6 . Apocalypse Kristian

apocalypse kristian

Kitab Injil mempunyai beberapa gambaran masa yang paling menakutkan dalam sejarah, meramalkan bahawa apabila dunia berakhir ia akan penuh dengan peperangan, kelaparan, gempa bumi, kesusahan, dan penderitaan.

Dipimpin oleh Dajjal, 10 kerajaan akan bangkit dan tentera-tentera mereka akan berarak ke Israel. Ramai yang telah mencuba namun gagal dalam meramalkan bila ia akan berlaku.

Ahli teori konspirasi ketika ini percaya bahawa ia bakal berlaku pada tahun 2025.

5. Penggodaman (Hacking)

penggodaman

Dengan dunia kita ketika ini menjadi lebih terlindung, ramai yang bimbang ia boleh bertukar menjadi bahaya kepada kita.

Pakar-pakar teknikal telah meramalkan bahawa penggodam sedang menjadi semakin maju dan boleh menjadikan grid elektrik, loji tenaga nuklear, dan kemudahan rawatan air sebagai sasaran dan menggodam lalu membuatkan tamadun manusia menjadi kacau bilau.

Dan sudah tentu, jika sistem-sistem menjadi terlalu tidak stabil, ia akan mempunyai kesan buruk di seluruh dunia contohnya kepada sistem kewangan, populasi, dan bermacam lagi.

4. Perang nuklear

perang nuklear

Perang nuklear digelar sebagai "zero sum game" di mana jika satu pihak mendapat keuntungan daripadanya maka pihak yang lain pasti akan mengalami kemusnahan yang dahsyat.

Sebaik sahaja satu bom diletupkan, maka bom-bom yang lain akan menurutinya mengakibatkan kehilangan nyawa dan tercetusnya bencana yang tak dapat digambarkan.

Mana-mana di antara kita yang terselamat akan hidup dalam dunia yang penuh kegelapan.

Ramai yang meramalkan bahawa dengan peningkatan tegangan di antara kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Rusia, China dan Korea Utara, maka perang nuklear mungkin akan berlaku.

3. Ramalan Hopi

orang asli hopi

Keluarga suku asli Amerika Latin yang dikenali sebagai Hopi, meramalkan bahawa di penghujung hayat dunia, dunia akan dipenuhi oleh ular besi, sungai batu, dan sarang labah-labah gergasi.

Jika ini tidak cukup untuk membuatkan anda berasa seram, mereka juga meramalkan bahawa Bumi akan dihentam oleh bintang biru gergasi.

2. Teras Bumi menyejuk

teras bumi menyejuk

Sesetengah saintis telah meramalkan bahawa teras dalam bumi yang sangat panas boleh menjadi sejuk dengan begitu cepat, mengakibatkan pemecahan atmosfera dan menghancurkan segala hidupan yang ada di muka Bumi.

Mereka percaya bahawa perkara yang sama telah berlaku kepada planet Marikh berbilion tahun lalu.

1. Sebuah planet bertembung dengan Bumi

planet bertembung dengan bumi

Para saintis juga percaya kita mungkin sudah hampir dengan kejadian perlanggaran planet-planet lain dengan Bumi yang dikenali sebagai Bencana Nibiru.

Ini akan berlaku jika planet-planet tersasar yang memasuki sistem suria kita dan terus menuju ke arah kita.

Menurut para saintis, mereka beranggapan ia bukanlah kali pertama ia berlaku tetapi sudah terjadi kepada Bumi berbilion tahun yang lalu yang menyebabkan terbentuknya Bulan.



Hakcipta iluminasi.com (2017)