Oleh pada 22 May 2018 kategori

Dajjal. Satu nama yang kerap disebutkan oleh umat Islam seluruh dunia mengenai kedatangannya untuk menjajah dunia dan pemikiran manusia satu hari nanti. Bagaimanapun, kisah-kisah tentang Dajjal banyak bercampur gaul dengan kisah-kisah yang tidak diketahui dari mana puncanya, sehingga menimbulkan kekeliruan pada golongan Muslim yang mahu mempelajari tentangnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Benarkah Dajjal wujud?

sifat sifat dajjal

Soalan ini tidak lagi perlu ditimbulkan lagi kerana memang kewujudan Dajjal terbukti ada. Menerusi satu hadis Riwayat al-Bukhari, isteri Nabi Muhammad saw., Aisyah menceritakan tentang doa yang diamalkan oleh Rasulullah setiap hari selepas solat.

Doa tersebut yang bermaksud : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Ya Allah aku berlindung pada-Mu daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar"

Hadis ini secara jelas memberikan kita bukti untuk tidak lagi menyangkal kewujudan Dajjal al-masih.

Perkataan Dajjal itu sendiri sebenarnya membawa makna 'menutupi' atau 'melindungi' dari segi bahasa. Jadi perumpamaan 'dajjal' jika dijadikan frasa penuh, membawa maksud 'seseorang yang menutupi atau melindungi kebenaran dengan kebatilan.' Kebolehan utama Dajjal adalah mencantikkan perkara elok supaya manusia tertarik kepadanya, menggunakan tipu dayanya.

Sifat-sifat Dajjal

darth maul

Menurut hadis-hadis sahih, Dajjal boleh dikenali kerana dia menyerupai seorang manusia. Sifat manusianya pula agak unik kerana ada tanda-tanda tertentu yang hanya dimiliki oleh Dajjal pada tubuh badannya.

Dajjal dikatakan mempunyai tiga huruf yang membentuk perkataan kafir di antara dua matanya dan semua manusia mukmin akan mampu membaca huruf tersebut walaupun dia seorang yang buta huruf. Rambutnya kerinting dan kasar, serta kulitnya berwarna coklat kemerah-merahan. Tubuhnya besar tetapi tidak tinggi.

Matanya buta di sebelah kanan dan bukannya hanya bermata satu. Dajjal bermata satu sahaja adalah salah satu salah anggap paling popular yang kerap disebarkan.

Mengapa Dajjal tidak disebutkan dalam al-Quran?

bagaimana agaknya akhir zaman

Terdapat beberapa pendapat cuba menjelaskan mengapa nama Dajjal tidak disebut di dalam al-Quran. Bagaimanapun, ahli hadis dan ulama' bersetuju Dajjal sebenarnya sudah disebutkan dalam al-Quran cuma tidak disebutkan secara jelas dan terang (explicit). Sebagai contoh dalam surah al-An'am yang membawa makna;

“Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”. (al-An’am ayat 158)

kisak kemunculan dajjal

Maksud 'tanda-tanda' yang terkandung dalam ayat tersebut apabila dirujuk kepada sebuah hadis sahih dari riwayat Muslim yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah saw. bersabda - "Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”.

Wujud persamaan yang sangat jelas di antara firman Allah swt. dalam surah tersebut dan hadis yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. Peranan Rasulullah saw. sebagai Rasul yang bertanggungjawab menjelaskan sebarang ketidak fahaman umat Islam tentang ayat al-Quran perlu diambil kira.

Mungkinkah Dajjal itu bukan seorang manusia?

dajjal teori iluminati

Ada umat Islam yang percaya Dajjal ini adalah satu organisasi yang membawa kepercayaan batil secara besar-besaran. Dalam pada masa yang sama, kelompok ini juga dilihat seperti cuba menafikan kebenaran kewujudan Dajjal sebagai seorang manusia.

Bagaimanapun, hakikat yang harus diterima umat Islam adalah Dajjal yang keluar pada akhir zaman adalah menyerupai seorang manusia, berdasarkan kepada hadis-hadis sahih yang secara jelas menerangkan rupa paras Dajjal yang akan muncul nanti.

Adakah wujud Dajjal lain ketika ini?

askar israel menyerang kanak kanak palestin

Harus diperjelaskan, oleh kerana Dajjal membawa maksud 'menutupi kebenaran dengan kebatilan' jadi tidak salah untuk dikatakan akan ada individu-individu yang mampu menampakkan sifat-sifat yang sama dengan sifat Dajjal.

Namun kita harus memahami perbezaannya. Nama seperti Ibn Sayyad atau Musa bin Samiri boleh dianggap sebagai Dajjal jadi kita harus memahami wujudnya konsep 'Dajjal di antara para Dajjal' yang menunjukkan akan ada manusia-manusia yang mirip sifatnya dengan Dajjal yakni gemar menutup kebenaran dengan kebatilan.

Ada banyak pendapat berkenaan siapakah Dajjal yang sebenar dan tidak ada jawapan khusus yang diberikan dalam hal ini, jadi apa yang lebih baik bagi umat Islam amalkan adalah memahami Dajjal itu satu konsep perbuatan buruk dan pada masa yang sama, turut mempercayai akan muncul seorang manusia yang bergelar Dajjal merosakkan kepercayaan manusia di bumi ini.

Sekiranya selama ini anda turut sama percaya Dajjal adalah televisyen atau skrin telefon, perkara itu mungkin boleh dipandang sebagai alat nak men-dajjal-kan umat manusia. Tetapi Dajjal itu sendiri, adalah seorang manusia.

Langkah menghadapi kedatangan Dajjal

manfaat membaca dan menghafal surah al kahfi

Hanya Allah swt. mengetahui bilakah Dajjal akan hadir, tetapi umat Islam sentiasa diperingatkan tentang perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghadapi kedatangan Dajjal. Ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan dalam diri kita bagi menghadapi cabaran yang pasti berlaku satu hari nanti;

1. Kepentingan surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi merupakan surah yang perlu kita baca dan hafalkan dalam menentang kekeliruan yang dibawa oleh Dajjal. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”.

2. Mengamalkan doa yang diajar Rasulullah saw.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّا

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.

Rujukan

Mufti WP




Hakcipta iluminasi.com (2017)