pesawat perang

Sejarah selalunya terbentuk melalui perang. Ketika abad ke-20 dan 21, pesawat udara memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan keputusan sesuatu perperangan. Kapal terbang tentera pula banyak dihasilkan dan digunapakai semasa Perang Dunia ke-2. Berikut adalah senarai beberapa pesawat perang terhebat yang pernah disaksikan dunia.

11. Hawker Hurricane (Great Britain)

hawker hurricane

The Hurricane merupakan kapal terbang pejuang British yang dihasilkan oleh Hawker Aircraft pada tahun 1930-an dan 40-an. Ia merupakan jentera terpenting British ketika peringkat awal Perang Dunia ke-2. Ia berkongsi kemenangan bersama Supermarine Spitfire di Pertempuran Britain (1940-41) dan ketika pertahanan Malta (1941-42). The Hurricane ini digunapakai di kesemua perang yang melibatkan pihak tentera British.

The Hurricane muncul dari hasil usaha Ketua Pereka Hawker Aircraft iaitu Sydney Camm, yang telah membangunkan pesawat bersayap sepasang berprestasi tinggi. Sejak dari Mac 1935, Pertahanan Udara mengarahkan buat julung kalinya pemasangan 8 senjata berat mesingan 0.303 inci (7.7 mm) pada sayap pesawatnya.

Pesawat ini juga dilengkapi 12 enjin silinder Rolls-Royce dengan 1200 kuasa kuda yang merupakan evolusi dari ciptaan Camm yang lebih awal iaitu pesawat pejuang Fury. 

10. Pesawat Perisik U-2 (Amerika Syarikat)

u 2

U-2 ialah pesawat jet beraltitud tinggi dengan tempat duduk tunggal yang digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai peninjau, pemerhati dan pengumpul maklumat. Pesawat yang juga dikenali sebagai Dragon Lady ini merupakan pesawat pengintip paling terkenal dan mula digunakan sejak dari tahun 1956 sehingga yang terakhir dibina pada tahun 1989.

Pada 1 May 1960, sebuah pesawat U-2 telah ditembak jatuh oleh Kesatuan Soviet dan mencetuskan 'U-2 Affair'. Pada 1962 pula semasa krisis peluru berpandu Cuba, pesawat ini berjaya mengambil gambar yang mengesahkan kehadiran peluru berpandu nuklear Soviet di Cuba. Pesawat U-2 ini telah digunapakai di dalam banyak perperangan yang melibatkan Amerika Syarikat sejak Perang Vietnam pada tahun 1960-an.

Sejak dari 1980, NASA telah menggunakan pesawat U-2 yang telah diubahsuai kepada model ER-2 (Earth Resources) untuk mengumpul data tentang keadaan bumi, atmosfera dan fenomena di langit.

9. B-52 Stratofortress (Amerika Syarikat)

b 52

B-52 juga dikenali sebagai Stratofortress merupakan pesawat pengebom jarak jauh yang direka oleh Syarikat Boeing pada tahun 1948 dan memulakan penerbangan pertamanya pada 1952. Ia mula digunapakai sebagai sebagai pesawat tentera pada 1955. Pada asalnya ia dibina sebagai pembawa bom atom yang berupaya menjangkau kawasan Kesatuan Soviet.

Pesawat ini terbukti sesuai digunakan dalam banyak misi penting dan dijangka akan bertahan pekhidmatannya pada abad ke-21. Pesawat ini mempunyai lebar sayap sepanjang 185 kaki (56 meter) dan panjang pesawat 160 kaki 10 inci (49 meter). Ia dilengkapi 8 enjin jet di bawah sayapnya. Kelajuan maksimum pesawat ini ialah Mach 0.9 (960km/jam) pada ketinggian 55 ribu kaki (17 ribu meter) tinggi di udara. Manakala pada penerbangan rendah pula ia mampu mencapai kelajuan Mach 0.5 (600km/jam)

Pada asalnya ia mampu membawa 6 orang anak kapal, dengan sistem pertahanan senjatanya di bahagian ekor pesawat. Pada 1991, senjata pesawat ini telah dibuang dan dikurangkan tempat duduk anak kapal kepada 5 orang sahaja. Rangka pesawat B-52 ini agak besar dan ia digelar dengan nama "Big Ugly Fat Fellow" (BUFF). Namun begitu, ia dilengkapi dengan sistem kendalian, kawalan senjata dan sistem tindakbalas elektronik yang canggih. Sehingga kini terdapat lebih dari 70 pesawat B-52 yang masih kekal digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

8. F-16 Fighting Falcon (Amerika Syarikat)

f 16 fighting falcon

F-16 yang juga dikenali sebagai Fighting Falcon ialah pesawat yang mempunyai tempat duduk tunggal dengan enjin jet pejuang tunggal yang dibina oleh General Dynamics Corperation (kini sebahagian dari Lockheed Martin Corperation) untuk Amerika Syarikat dan juga banyak lagi negara lain. F-16 terhasil dari pesawat pejuang udara kos rendah yang dibina pada tahun 1972 dan model ini juga sesuai dengan semua keadaan cuaca serta sangat efektif untuk serangan darat. Tentera Udara Amerika Syarikat mula menggunakannya pada tahun 1978.

Pesawat ini mempunyai badan sepanjang 49 kaki (15 meter) dan lebar sayap sepanjang 31 kaki (9.45 meter). Ia dibekalkan dengan enjin kipas turbo tunggal Pratt & Whitney atau Gerenal Electric, apabila dihidupkan mampu menjana sebanyak 23,000 hingga 29,000 paun teras dan mampu memecut lebih 2 kali ganda kelajuan bunyi.

F-16 dilengkapi dengan senjata meriam berputar 0.8 inci (20 mm) dan juga beberapa bahagian senjata lain di sayap dan badannya untuk menampung pelbagai jenis bom dan peluru berpandu. Dengan isian senjata dan peluru bertempur yang standard, F-16 mempu mencapai berat sebanyak 10,000 kg.

Pesawat ini juga telah dijual kepada sekutu Amerika di Timur Tengah, di mana ia telah terbukti sangat efektif dalam pertempuran udara dan serangan darat semasa konflik Israel-Syria pada tahun 1982 dan Perang Teluk Parsi pada 1990-91. Dari segi penjualannya pula, F-16 merupakan pesawat tempur yang sangat laku dan kini ia digunakan oleh lebih 20 negara.

7. Pesawat Pejuang MiG-21 (Kesatuan Soviet)

mig 21

Biro angkasa lepas Russia telah mencipta MiG-21, sebuah pesawat ringan dengan enjin pemintas tunggal yang berupaya terbang dengan 2 kali ganda kelajuan bunyi dan diperkenalkan pada tahun 1955. Versi asas pesawat ini yang mula digunakan pada 1958, adalah pesawat pejuang kos rendah yang mudah alih, diselenggara dan dikawal.

Biro reka cipta telah menghasilkan lebih 9000 pesawat MiG-21 dan diedarkan dalam lebih 32 versi untuk kegunaan tentera udara Kesatuan Soviet dan lebih 40 negara dengan satu versi dilesenkan untuk dihasilkan di China. Pesawat ini menjadi pemintas beraltitud tinggi yang digunakan oleh Vietnam Utara dan menjadi tulang belakang kepada pertahanan udara negara-negara Arab pada tahun 1970-an.

6. Pengebom Tupolev Tu-95 (Kesatuan Soviet/Russia)

tupolev tu 95

Setelah menyesuaikan penggerak jet pada beberapa omboh enjin pesawatnya, akhirnya Tupolev diperkenalkan pada tahun 1952 sebagai Tu-16 ("Badger"). Ia merupakan pesawat pengebom berjarak sederhana yang mempunyai sayap terentang ke belakang dengan binaan aloi ringan.

Satu pasukan di bawah bimbingan Aleksandr A. Arkhangelsky, yang merupakan kenalan lama kepada pengasas syarikat ini iaitu Andrey Tupolev telah menghasilkan pesawat Tupolev Tu-95 ("Bear"). Tu-95 merupakan sebuah pesawat pengebom yang besar dengan turboprop (Sejenis enjin yang serupa dengan enjin turbojet kecuali mempunyai turbin kuasa yang digunakan untuk memacu kipas).

Pesawat ini memulakan penerbangan pertamanya pada tahun 1954 dan menjadi salah satu pesawat tentera paling lasak pernah dibina dan yang paling lama digunakan di dalam strategi pertahanan Kesatuan Soviet. Sehingga kini Russia masih menggunakan lebih dari 50 unit Tu-95 sebagai pesawat pembawa peluru pandu.

Rujukan:

1. britannica

2. aircraftaces


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)