Sebelum ini kami telah berkongsikan Bahagian 1 mengenai senarai pesawat perang paling terkenal dalam sejarah. Ini adalah sambungan 5 lagi jenis pesawat daripada bahagian tersebut.

5. Pesawat Pejuang Bf 109 (German)

Pesawat Bayerische Flugzeugwerke 109 juga dikenali sebagai Me 109 (sempena perekanya Willy Messerschmitt) merupakan pesawat bertempur Nazi German yang paling penting dari segi perkhidmatan dan juga pengeluarannya. Pesawat Bf 109B yang dilengkapi dengan enjin Jumo dan 4 mesingan 0.3 inci (7.92 mm) ini mula diperkenalkan pada 1937 dan diuji kebolehannya pada Perang Saudara Sepanyol.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia berjaya mengatasi pesawat I-16 dan I-15 milik Kesatuan Soviet kerana menggunakan sistem radio Luftwaffe yang canggih untuk penyampaian maklumat ketika di udara. Pada waktu itu, enjin suntikan minyak Daimler-Benz DB601 dengan 1000 kuasa kuda telah diperkenalkan dan dipasang pada pesawat Bf 109E. Pesawat ini dilengkapi dengan 2 meriam 0.8 inci (20 mm) pada sayapnya dan 2 mesingan pada bahagian enjinnya.

Bf 109E merupakan pesawat utama pihak German di dalam Penaklukan Poland pada tahun 1939 dan Pertempuran Britain (1940-41). Ia mempunyai kelajuan maksimum 570km/jam dengan ketinggian maksimum 11,000 kaki di udara. Pesawat ini mengatasi hampir kesemua jentera tempur Tentera Bersekutu pada ketinggian rendah dan sederhana, akan tetapi dikalahkan oleh pesawat Spitfire tentera British pada ketinggian 15,000 kaki ke atas.

4. P-51 Mustang (Amerika Syarikat)

p 51 mustang

Pesawat P-51 yang juga digelar Mustang ini merupakan pesawat tempur yang mempunyai tempat duduk tunggal dengan enjin tunggal yang direka dan dihasilkan oleh syarikat penerbang Amerika Utara kepada Tentera Udara Diraja British (RAF). Ia kemudiannya diambil dan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAAF).

P-51 Mustang ini dianggap sebagai pesawat pejuang berenjin omboh terbaik di Perang Dunia ke-2 dan telah dihasilkan dengan banyaknya. Dianggarkan lebih kurang 1,500 pesawat Mustang yang dilengkapi enjin Merlin ini telah digunakan oleh RAF untuk tugasan waktu siang di Eropah. Pesawat ini telah dilesenkan untuk dibina di Australia sehingga ke penghujung perang. Beberapa unit P-51 telah dihantar ke negara China.

Model pesawat ini yang paling banyak dihasilkan ialah P-51D. Ia dipadankan dengan cermin tahan lasak Plexiglas di kesemua versi pesawatnya dan mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 700km/jam serta ketinggian maksimum 42,000 kaki di udara. Ia juga disertakan dengan 6 mesingan bersaiz 0.5 inci (12.7mm) pada bahagian sayapnya.

3. Dassault-Breguet Mirage (Perancis)

mirage iii

Mirage ialah nama yang diberikan kepada setiap pesawat tempur yang dihasilkan oleh syarikat aeronautik Dassault-Breguet di Perancis. Ia merupakan pesawat tahan lasak dan mampu milik yang banyak digunakan oleh negara-negara dengan pertahanan udara yang kecil sejak 1960. Pesawat Mirage yang pertama dibangunkan menggunakan enjin tunggal dan sayap delta ialah Mirage III yang kemudiannya telah ditambah baik.

Terdapat beberapa versi Mirage yang dihasilkan di antaranya ialah pesawat pemintas asas, pesawat pengebom dan juga pesawat peninjau. pada tahun 1960-an, pesawat Mirage III merupakan pesawat tempur tentera udara Israel yang banyak digunakan dan disaksikan kebolehannya pada Perang Enam Hari pada 1967.

Negara lain yang menggunakan perkhidmatan pesawat tempur Mirage III ini termasuk Brazil, Lubnan, Afrika Selatan, Argentina, Pakistan, Sepanyol, Australia dan juga Switzerland.

2. Mitsubishi Zero (Empayar Jepun)

mitsubishi zero

The Zero, yang juga dikenali sebagai Mitsubishi A6M atau Navy Type O, adalah sejenis pesawat ekasayap rendah dengan satu tempat duduk yang digunakan oleh pihak Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Kapal terbang ini direka oleh Horikoshi Jiro dan merupakan kapal terbang pejuang berpenumpang pertama yang mampu menumpaskan musuh di darat. Ia direka dengan spesifikasi yang ditulis pada tahun 1937, diuji buat kali pertama pada tahun 1939 dan mula dibina serta beroperasi di China pada tahun 1940.

Walaupun Angkatan Tentera Bersekutu menggelarnya "Zeke", ia sering dipanggil "Zero" kerana istilah yang diambil bersempena namanya dalam bahasa Jepun iaitu Reisen Kanjikisen (Kapal Terbang Pejuang Berpenumpang Kelas Sifar). Tahun ia mula dibina iaitu 1940 juga merupakan ulang tahun ke-2,600 Maharaja Jepun yang terkenal, Jimmu, diangkat menaiki takhta.

1. A-10 Thunderbolt II (Amerika Syarikat)

a 10 thunderbolt ii

Kapal terbang A-10A Thunderbolt II keluaran Fairchild merupakan sebuah pesawat enjin kembar dengan dua tempat duduk yang mula diterbangkan pada tahun 1972. Pada pertengahan tahun 70-an, ia mula menjadi pesawat penyerang utama bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Persenjataan utamanya adalah penembak tujuh laras 30mm yang dipasang di muncung pesawat yang dikatakan sebagai 'pemusnah kereta kebal' paling efektif. A-10 Thunderbolt II pernah berkhidmat dalam Perang Teluk, Perang Iraq, Perang Afghanistan dan juga Perang menentang ISIL.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)