Oleh pada 20 Oct 2018 kategori

Seperti mana yang diketahui, ramai pemerintah paling berkuasa dalam sejarah adalah kaum lelaki. Namun, terdapat beberapa wanita yang boleh dikatakan setaraf malah lebih hebat berbanding lelaki. Wanita-wanita ini mempamerkan kepimpinan, kekuatan, keberanian dan kecerdasan yang hebat.

Mereka ini telah mempengaruhi sejarah dunia dengan memperlihatkan kuasa sebenar golongan wanita. Mereka ini adalah ikon, legenda dan pemimpin yang dihormati sepanjang zaman. Berikut adalah senarai 10 wanita paling berkuasa dalam sejarah manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Olga of Kiev - Rusia

Olga of Kiev ialah salah seorang pemerintah wanita pertama di Rusia. Pemerintah dari Kievan Rus (Rusia lama) ini adalah seorang Saintisme Kristian yang berkuasa dan dihormati. Dia merupakan isteri kepada Igor I of Kiev yang telah mati dibunuh.

olga kiev wanita paling berkuasa dalam sejarah

Selepas Olga menaiki takhta menjadi pemerintah, dia perlahan-lahan menguatkan pengaruh Kristian di Eropah dengan meminta rakyatnya menukar agama kepada Kristian tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Agama telah membantu Olga untuk menjalinkan hubungan dengan beberapa empayar besar seperti Byzantine dan Rom.

Olga akan menghapuskan sesiapa sahaja yang menjadi penghalangnya. Semasa memerintah, suku kaum Drevlian yang bertanggungjawab membunuh suaminya juga semakin berkembang. Dia telah merancang untuk membalas dendam terhadap suku itu dan melakukannya dengan ganas. Olga juga bertanggungjawab menjadikan Kievan Rus sebagai salah satu kuasa besar di Eropah semasa pemerintahannya.

9. Cleopatra VII - Mesir

Cleopatra adalah seorang wanita cantik yang bijak dan berkuasa. Dia berjaya mengawal dua orang lelaki yang sangat agung iaitu Julius Ceasar dan Marc Anthony dari kerajaan Rom. Sebenarnya, dengan kecantikannya itu, dia mampu mengawal mana-mana lelaki yang diinginkannya.

cleopatra wanita paling berkuasa dalam sejarah

Menggunakan kelebihan itu, dia telah menjalinkan hubungan dengan Julius Ceasar dan Marc Anthony untuk membantunya berkuasa di Mesir dengan kekuatan Empayar Rom. Cleopatra merupakan pemerintah terakhir Kerajaan Ptolemaik terakhir di Mesir. Semasa memerintah, dia merupakan ketua angkatan tentera laut, diplomat, penulis dan mempunyai kebolehan bertutur dalam beberapa bahasa.

8. Maharani Balu Cixi - China

Maharani Balu Cixi ialah salah seorang pemerintah wanita paling berkuasa pada zaman Dinasti Qing yang mengubah China menjadi kuasa dunia. Tokoh sejarah ini membawa China daripada zaman pertengahan kepada dunia moden. Dinasti Qing adalah salah satu kerajaan paling berkuasa dalam sejarah purba dunia.

maharani balu cixi wanita paling berkuasa dalam sejarah

Maharani yang kejam ini mencabar musuh-musuhnya dari dalam dan luar negeri. Dia juga diketahui telah mengawal kerajaan China selama 47 tahun dari 1861 hingga dia mangkat pada 1908. Sebelum Dinasti Qing, Dinasti Ming tidak pernah berjaya mengawal jajahan seperti Tibet, Mongolia dan Turkestan.

Semasa kemunculan Dinasti Qing, kesemua wilayah itu berada di bawah kawalan China. Cixi juga adalah satu-satunya wanita yang memiliki kuasa mutlak di China. Dia bertanggungjawab dalam pembaharuan strategi ketenteraan dan kemajuan teknologi di negara Tembok Besar itu.

7. Hatshepsut - Mesir

Hatshepsut ialah salah seorang pemerintah Mesir yang paling berkuasa dan disahkan menjadi Firaun wanita kedua dalam sejarah di Mesir. Dia memerintah paling lama iaitu dari tahun 1478-1458 SM sewaktu dinasti ke-18 Empayar Mesir.

hatshepsut wanita paling berkuasa dalam sejarah

Selain menjadi pemerintah yang berjaya, Hatshepsut juga adalah seorang yang inovatif, pintar dan diberi pelbagai lagi gelaran hebat yang lain. Semasa tamadun lain seperti Greek, Mesopotamia dan India sedang membangun dan mendapat momentum dalam peradaban mereka, wanita ini sudahpun memiliki kerajaan yang paling berkuasa atas muka Bumi.

6. Merneith - Mesir

Mesir kuno merupakan salah satu kerajaan paling misteri dan berkuasa dalam dunia purba. Lebih 5,000 tahun yang lalu, Mesir kuno mempunyai seorang raja wanita iaitu Merneith yang memerintah sekitar tahun 2950 SM. Berdasarkan beberapa rekod rasmi, Merneith adalah pemerintah wanita yang amat berkuasa di Mesir.

merneith wanita paling berkuasa dalam sejarah

Bukan itu sahaja, dia juga adalah Firaun, permaisuri dan penguasa wanita yang pertama dalam kerajaan purba itu. Nama Merneith muncul beberapa kali dalam penulisan sejarah dan penemuan artifak purba. Merneith merupakan wanita yang berkuasa ketika dinasti pertama Mesir itu sedang berkembang maju dan empayar yang pernah diterajuinya itu bertahan sehingga hampir 3,000 tahun lamanya.

5. Catherine the Great - Rusia

Catherine the Great adalah wanita yang paling berkuasa pada abad ke-18 dan pemimpin wanita yang paling lama memerintah Rusia. Dia telah mengambil alih Rusia semasa negara itu berada dalam keadaan zaman pertengahan dan memimpinnya menjadi Rusia moden.

catherine the great wanita paling berkuasa dalam sejarah

Rusia telah berkembang maju di bawah pemerintahannya dan menjadi salah satu kuasa besar di Eropah. Ratu Rusia yang bercita-cita besar dan bijaksana itu telah mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera. Ratu itu juga telah berperang dengan Turki dan memenanginya.

Catherine the Great telah memperkasakan bidang ketenteraan, politik, ekonomi dan permodenan. Malah, dia telah mengasaskan banyak bandar di negara itu, polisi luar dan banyak lagi. Tempoh pemerintahannya yang berlangsung dari 1762 hingga 1796 dikenali sebagai Era Catherine atau Zaman Keemasan Empayar Rusia.

4. Theodora - Turki

Theodora adalah Maharani Rom Timur dan merupakan salah seorang individu paling berpengaruh dan berkuasa dari Empayar Rom Timur atau Empayar Byzantine di Turki. Dia yang berasal dari sebuah keluarga yang dihormati itu adalah pemerintah bersama dengan Justinian I dan berkuasa seperti seorang Maharaja.

theodora wanita paling berkuasa dalam sejarah

Theodora memerintah Rom Timur dari tahun 527 Masihi hingga 548 Masihi. Dia dikatakan begitu berkuasa sehingga mampu memecat Pope Silverius kerana tidak mahu mematuhi arahannya.

Semasa berlaku rusuhan di Nika, Theodora telah meyakinkan Maharaja Justinian I untuk terus tinggal di Constantinople, mendapat sokongan rakyat seterusnya berjaya menyelamatkan Empayar Rom Timur dan mematahkan rusuhan dengan mudah.

Theodora juga telah menjalankan beberapa projek infrastruktur dan menjadikan Constantinople sebagai salah satu bandar paling canggih pada zaman itu sambil membantu mempromosikan hak-hak wanita dalam pelbagai perkara.

3. Ratu Victoria, United Kingdom

Ratu Victoria adalah wanita paling berkuasa di dunia semasa zaman kegemilangan pemerintahannya. Ratu Victoria mengambil alih pemerintahan salah satu empayar terkuat yang diasaskan oleh Ratu Elizabeth I. Pada satu tahap, Ratu Victoria mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada Ratu Elizabeth I.

queen victoria wanita paling berkuasa dalam sejarah

Ratu Victoria rapat dengan Perdana Menteri pertamanya iaitu Lord Melbourne. Pada suatu ketika, dia berjaya memerintah kawasan yang merangkumi sehingga enam benua dengan menguasai jajahan seluas 14.2 juta batu persegi milik Australia, India, Kanada, Afrika Selatan, New Zealand dan banyak negara lagi.

Sepanjang zaman pemerintahannya selama 63 tahun yang lebih dikenali sebagai Era Victoria, beliau telah menghapuskan sistem hamba, meningkatkan kualiti ketenteraan, politik, ekonomi dan juga memberikan hak kesamarataan untuk semua rakyat British dalam mengundi.

2. Ratu Elizabeth I - United Kingdom

Ratu Elizabeth I adalah salah seorang ratu yang paling berkuasa pernah wujud di England. Kita tahu bahawa Ratu Victoria lebih terkenal dan mempunyai jajahan yang lebih luas namun Ratu Elizabethlah yang mengasaskan empayar dan kedudukan sebelum Victoria mengambil alih.

queen elizabeth wanita paling berkuasa dalam sejarah

Pada ketika itu, Ratu Elizabeth I menjadikan England sebagai salah satu kuasa dunia menentang Sepanyol yang merupakan sebuah empayar besar. Ketika England berhadapan dengan ancaman kemuflisan dan kejatuhan akibat krisis Tudor, Ratu Elizabeth telah berjaya menarik England keluar dari masalah dan menjadikannya gemilang semula dalam Zaman Keemasan.

Ratu Elizabeth I juga menerajui pelbagai perubahan di England dengan menjadikannya sebagai sebuah negara Protestan. Zaman pemerintahannya juga dikenali sebagai Era Elizabeth dan ramai ahli sastera terkenal seperti William Shakespeare dan Christopher Marlowe wujud pada zaman ini.

1. Empress Wu Zetian, China

Wu Zetian adalah seorang Maharani China yang berkuasa dari Dinasti Tang (618-906 AD). Wu Zetain dilaporkan merupakan "maharani sebenar" yang pertama di China. Sekitar 700 A.D, pemerintah tertinggi itu mempunyai kuasa terhadap hampir satu perempat daripada jumlah penduduk dunia. Isteri kepada Maharaja GaoZong ini merupakan pemerintah yang paling meninggalkan kesan dan juga menimbulkan kontroversi dalam sejarah China.

wu zetian wanita paling berkuasa dalam sejarah

Sejak berusia 13 tahun lagi dia sudah dikenali kerana kecantikan, kecerdasan dan kepintarannya. Selepas kematian Maharaja GoaZong, Wu mula mengambil alih takhta secara rasmi dan memperluaskan China dari segi ketenteraan dan politik. Penguasaan wilayah ke Asia Tengah juga berjaya dikembangkan dengan menyerang Semenanjung Korea. Kerajaan China di bawah pemerintahan Wu juga berjaya memenangi perang menentang Tibet dan Turki.

Setelah meninggal, Wu Zetian dikebumikan di Makam Qianling, namun pintu masuk ke tempat persemadiannya itu masih belum dijumpai sehingga ke hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)