Orang di seluruh dunia mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga minda, badan, dan jiwa mereka.

Ia sehinggakan seolah-olah hampir semua benda boleh digunakan untuk membuat rawatan wajah termasuklah emas atau coklat. 

terapi pelik

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika kita lihat ke seluruh dunia, kita akan mendapati bahawa semua orang mempunyai pelbagai cara yang tersangat aneh dan unik bagi meningkatkan kesihatan dan kecantikan mereka, yang mana sering ditawarkan oleh spa dan pusat perubatan tempatan.

iluminasi.com kongsikan 10 terapi dan rawatan kesihatan yang paling pelik di dunia.

1. Apitherapy

apitherapy

Sekiranya anda takut disengat lebah, ia mungkin akan mengejutkan anda untuk mengetahui apa yang anda ketinggalan.

Apitherapy melibatkan rawatan yang menggunakan semua produk yang berasal dari lebah, termasuklah racun lebah.

Rawatan ini boleh digunakan untuk membantu penyakit sklerosis pelbagai (MS), arthritis, jangkitan, dan keradangan saraf ganglia.

Sesetengah orang juga menggunakan apitherapy untuk menghilangkan rasa takut terhadap lebah. Pastikan anda mengetahui mengenai alahan yang ada sebelum anda mencuba ini.

2. Terapi ikan lumba-lumba - Peru

terapi ikan lumba lumba

Banyak jenis haiwan yang digunakan dalam rawatan terapi. Di Peru, berenang dengan ikan lumba-lumba di taman laut telah digunakan untuk terapi pertuturan, kerja, dan fizikal.

Wanita yang sedang hamil juga mendapatkan rawatan ini. Ikan lumba-lumba dilaporkan akan menyentuh atau menekan perut wanita dan mengeluarkan frekuensi bunyi tinggi yang dikatakan merangsang otak bayi.

3. Urutan ular - Israel

urutan ular

Ladang Tanaman dan Spa Karnivorous Ada Barak di Israel menawarkan perkhidmatan urut yang juga menggunakan haiwan.

Kira-kira 6 ekor ular akan melingkari sekeliling badan seseorang bagi memberikan pelannga urutan urut penuh, termasuk wajah.

Ular diawasi semasa rawatan dan pelanggan mendakwa bahawa ia membantu masalah migrain dan sakit otot.

4. Rawatan wajah menggunakan plasenta - Belanda dan Amerika Syarikat

rawatan wajah menggunakan plasenta

Bagi orang yang mempunyai masalah kulit, dari jerawat kepada psoriasis hingga rosacea, plasenta digunakan di seluruh dunia sebagai rawatan utama.

Di Belanda, pemain bola sepak Belanda juga terkenal dengan menggunakan plasenta kuda bagi merawat ligamen pergelangan kaki yang terkoyak. 

5. Spa bir - Eropah

spa bir

Mandian hangat boleh membantu mengurangkan rasa sakit, tetapi orang ramai telah mencari alternatif yang berbeza terhadap air.

Di Jerman, Austria, dan Republik Czech, banyak hotel dan spa menawarkan peluang kepada orang ramai untuk berendam dalam bir.

Rawatan ini dikatakan boleh membantu masalah kulit, tekanan, dan bahkan meningkatkan aktiviti kardio!

6. Mandi pasir gunung berapi - Jepun

mandi pasir gunung berapi

Anda mungkin pernah mendengar tentang mandi lumpur dan juga mandi pasir, tetapi adakah anda fikir sesuatu dari gunung berapi boleh digunakan sebagai rawatan spa?

Bukan sahaja rawatan ini menggunakan pasir vulkanik, sesetengah kawasan mandi tradisional seperti Yamakawa Sand Baths, sebenarnya dipanaskan oleh gunung berapi berhampiran.

7. Cryotherapy

cryotherapy

Orang menggunakan haba untuk merawat diri apabila mereka sakit seperti menghirup sup panas, teh panas dan berselimut.

Jadi menggunakan benda yang sejuk untuk merawat diri mereka adalah satu perkembangan baru yang menarik.

Cryotherapy hanyalah mana-mana rawatan yang menggunakan suhu beku atau hampir beku dan bentuk rawatan yang paling terkenal adalah melibatkan duduk dalam tangki sejuk.

Kononnya, duduk dalam tangki ini dapat meningkatkan kesihatan mental anda dan memanjangkan umur anda. Namun, kerana ini merupakan rawatan yang agak baru, dakwaan tak semestinya terbukti berkesan.

8. Terapi jerami tapai - Itali

terapi jerami

Hotel Heubad di utara Itali menawarkan rawatan spa yang melibatkan melitupi pelanggan menggunakan jerami basah yang ditabai.

Idea ini wujud selama berabad-abad dari golongan petani yang tidur dalam jerami dengan tujuan untuk bangun keesokan harinya dengan penuh bertenaga.

Dikatakan, rawatan ini membantu masalah kekejangan otot, sendi kaku dan juga obesiti.

9. Equine Reiki - Australia

equine reiki

Reiki adalah pseudoscience yang melibatkan perkonggsian "tenaga hidup" dalam kalangan orang, yang mana biasanya menggunakan sentuhan.

Satu trend yang semakin berkembang di Australia menawarkan variasi amalan ini yang menggunakan kuda.

Pada dasarnya, pelanggan akan berbaring di atas katil urut atau duduk di kerusi sementara kuda bergerak di sekitar mereka untuk berkongsi tenaga mereka.

10. Mandi ramen - Jepun

mandi ramen

Ramen tersangat ikonik sehinggakan ia dijadikan rawatan spa.

Yunessun Spa House, sebuah taman tema spa di Hakone, Jepun, menawarkan para pengunjung untuk berendam dalam mangkuk ramen gergasi yang dikatakan dapat meningkatkan metabolisme dan memperbaiki keadaan kulit, semuanya hanya menggunakan kuah daging babi.

Sup di dalam mangkum tersebut adalah sup sebenar, tetapi kebimbangan terhadap kesihatan membuatkan mi sintetik terpaksa digunakan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)