Dengan keluasan bumi yang tak terjangkau ini, pastinya terdapat kawasan-kawasan yang tidak dihuni manusia. Antaranya termasuklah hutan lipur yang luas dan kawasan laut yang terbentang.

Namun, terdapat kawasan dan infrastruktur yang pada dahulunya wujud berpenghuni, kini ditinggalkan terbiar begitu sahaja atas faktor-faktor tertentu. iluminasi.com ingin kongsikan 10 tempat terbengkalai yang sangat menakjubkan yang dijumpai dalam Google Earth.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Spreepark, Berlin

spreepark berlin 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Dibina oleh komunis di Berlin Timur pada tahun 1969, Spreepark mendapat sambutan hangat oleh penduduk tempatan, sehinggalah berlakunya runtuhan Tembok Berlin. Ketika taman tema ini diambil alih oleh Norbert Witte, segalanya merosot akibat pengurusan yang tidak baik dan aktiviti penyeludupan haram.

Taman tema ini ditutup pada tahun 2002.

2. Hotel Lama Grossinger, New York

hotel lama grossinger 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Hotel Gorssinger's Old yang terletak di New York ini bermula sebagai perniagaan keluarga pada tahun 1917. Ia berkembang menjadi satu lokasi pelancongan popular dan mendapat sambutan daripada penduduk New York dan dikunjungi oleh hampir 150,000 orang setiap tahun.

Namun, kehebatan dan populariti hotel ini berakhir apabila tiket penerbangan menjadi semakin murah membuatkan orang ramai mempunyai pilihan yang lebih baik untuk bercuti di tempat lain.

3. Joyland, Kansas

joyland kansas 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Dibuka pada tahun 1949, Taman Hiburan Joyland yang terletak di Witchita, Kansas menjadi tempat yang popular untuk beberapa dekad, sehinggalah masalah kewangan melanda yang membawa kepada penutupannya pada tahun 2004.

Semenjak itu, roller coaster yang rosak dan struktur-struktur lain telah bertukar menjadi lokasi taman permainan tak rasmi oleh peminat-peminat sukan paintballs.

4. Rumah Kubah, Florida

rumah kubah 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Dibina pada tahun 1981 di bahagian hujung Pulau Marco di Florida, rumah kubah ini sepatutnya mampu mengekalkan diri dan menahan bencana ribut taufan. Malangnya, pemiliknya tidak mahu mengubah landskap sekitar rumah ini dan masalah hakisan telah membuatkan rumah ini tidak selamat untuk didiami lalu ditinggalkan begitu sahaja.

5. Panggung wayang terpencil, Mesir

panggung wayang terpencil mesir 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth 2

Kisahnya bermula apabila orang kaya dari Perancis ingin membina panggung wayang outdoor yang sangat besar di hujung Selatan Semenangjung Sinai, di Mesir. Namun, rupa-rupanya penduduk tempatan tidak senang dengan idea tersebut, membuatkan mereka melakukan sesuatu diluar dugaan.

Penduduk tempatan telah mensabotaj penjana elektrik pada malam pembukaan panggung wayang ini. Sejak itu, panggung wayang ini tidak pernah menayangkan apa-apa filem dan ditinggalkan terbiar sehingga kini.

6. Jazzland, Los Angeles

jazzland los angeles 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth 2

Taman tema di New Orleans, Los Angeles ini dipanggil sebagai Jazzland pada asalnya, namun telah dibeli oleh Six Flags pada tahun 2002. Malang sekali taman tema ini hanya bertahan selama 3 tahun sebelum fautan Katrina melanda kawasan pada tahun 2005 yang memaksa penutupannya, dan ditinggalkan selama-lamanya.

7. Port Lockroy, Antartika

port lockroy 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Port Lockroy bermula sebagai pangkalan untuk penjelajah Perancis di Antartika dan merupakan tempat perlindungan yang terkenal untuk pemburu ikan paus. Tentera meluaskan pangkalan ini ketika Perang Dunia Kedua, namun akhirnya ia ditinggalkan terabai pada tahun 1964.

Kini, lokasi ini menjadi tapak warisan dan destinasi pelancongan.

8. Hawthorne Plaza Mall 

hawthorne plaza mall 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth 2

Hawthhorne Plaza Mall adalah sebuah pusat beli-belah yang meliputi 6 blok di sepanjang Hawthorne Boulevard, namun ia telah ditinggalkan kosong sejak tahun 1990-an. Ia dibina pada tahun 1970-an bagi tujuan beli-belah dan mempunyai panggung wayang.

Namun plaza ini dilanda masalah perniagaan yang teruk dan tidak pernah pulih, membuatkannya menjadi sebuah pasaraya gagal. Apa yang menariknya adalah disebabkan struktur luarannya yang usang, membuatkan ia dipilih menjadi lokasi penghasilan video muzik oleh Taylor Swift dan Beyonce.

9. Taman negara Bannack

taman negara bannack 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth

Pada asalnya sebuah bandar perlombongan lama di Montana, Taman Negara Bannack pernah menjadi ibu kota Montana dan kekal sehingga tahun 1950an. Namun, Bannack yang pernah mempunyai populasi seramai 10,000 orang telah menjadi bandar hantu, dan kini ia dibuka kepada pelancong untuk dilawati.

10. Craco, Itali

craco itali 10 tempat terbengkalai menakjubkan yang dijumpai dalam google earth 2

Wujud di sekitar tahun 540, Craco satu ketika dahulu pernah menjadi pusat monastik dan pusat pendidikan yang mempunyai universiti, istana dan plaza. Penduduk di sini tinggal di bandar ini sehingga tahun 1964, apabila mereka dipaksa berpindah ke tempat lain.

Kini ia masih kekal wujud sebagai bandar hantu purba.




Hakcipta iluminasi.com (2017)