Kebanyakkan tempat yang menjadi tumpuan para pelancong adalah kerana keindahan alam semula jadinya. Namun ada di antara tempat-tempat alam semulajadi ini yang lebih aneh bukan sahaja kerana keindahannya. Sesetengah daripadanya sangat berharga dan dilindungi oleh negara-negara di mana terletaknya tempat itu.

Anda bernasib baik kerana melalui jurugambar profesional, anda boleh melihat keindahan tempat paling aneh di atas muka bumi ini tanpa perlu membeli tiket atau memperbaharui passport anda. Di sini kami kongsikan bersama anda beberapa tempat paling aneh di dunia.

1. Puerto Mosquito, Puerto Rico

puerto mosquito puerto rico

Di pantai Puerto Mosquito ini, keindahannya terserlah kerana air pantainya yang bercahaya dan berkilauan pada waktu malam. Ini adalah disebabkan pantainya dipenuhi dengan plankton bioluminescent yang banyak membuatkan ia kelihatan seperti bintang di angkasa. Terletak di selatan Vieques, pulau kecil ini merupakan salah satu tempat di Puerto Rico yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Pada tahun 2017 pantai ini telah terjejas teruk akibat taufan Maria, dan seperti tiada lagi plankton berharga yang bercahaya kelihatan. Namun begitu kini ia kembali beransur pulih dengan kehadiran semula plankton kecil yang bercahaya ini.

2. Fly Geyser, Nevada 

fly geyser nevada

Tempat ini sebenarnya terjadi kerana tidak sengaja pada tahun 1964 apabila para pengkaji menebuk permukaannya untuk ujikaji suhu. Air panas terpancut keluar dari tempat galian semanjak dari kejadian itu. Kandungan mineral yang banyak pada air di situ membuatkan terbentuknya satu lapisan kalsium yang unik dan menyebabkan ia berwarna merah dan hijau pada permukaan batunya. Tempat ini dilindungi dan tidak dibuka untuk orang awam.

3. Pulau Easter, Chile 

easter island chile 

Terletak di kepulauan lautan Pasifik, kawasan jajahan Chile ini mempunyai pantai yang berwarna merah jambu. Namun bukan itu yang menjadi perhatian akan tetapi kehadiran kepala patung-patung gergasi yang banyak jumlahnya. Terdapat hampir 900 patung gergasi yang dinamakan moai ini yang tersebar di seluruh pulau ini. Ianya dipercayai diukir oleh kaum Rapa Nui di antara tahun 1100 hingga 1500 masihi. Arkeologi juga mendapati kepala-kepala patung ini sebernarnya mempunyai badan yang tertanam di dalam tanah.

4. Giant's Causeway, Ireland Utara

giant s causeway ireland utara

Di Ireland Utara terletaknya salah satu persisir pantai paling unik di dunia. Terdapat lebih 40,000 batu berbentuk heksagon dan ianya 100% semulajadi. Batu-batuan ini dianggarkan berusia lebih 60 juta tahun dan terjadi adalah disebabkan aktiviti letusan gunung berapi pada zaman purba. Nama pulau ini iaitu Giant’s Causeway diberi berdasarkan mitos setempat, di mana satu gergasi telah membina jambatan untuk menyeberang ke pantai di seberang yang juga mempunyai batu-batuan yang berbentuk aneh ini. 

5. Tasik Hillier, Australia

lake hillier australia

Terletak di Barat Australia, tasik ini tidak sama seperti tasik-tasik lain di dunia. Walaupun ianya hanya berukuran 2000 kaki panjang, namun ianya sangat mudah dilihat dari jauh kerana airnya yang berwarna merah jambu. Para saintis berpendapat ini mungkin disebabkan sejenis alga yang mendiami tasik ini namun ianya masih belum dapat dibuktikan. Tasik ini bukanlah satu-satunya tasik berwarna merah jambu di dunia. Pihak kerajaan menutup kawasan ini untuk kunjungan orang awam atau pelancong.

6. Garisan Nazca, Peru

garisan nazca peru

Garisan Nazca di Peru merupakan salah satu misteri dunia. Tujuan wujudnya garisan ini mencetuskan pelbagai teori dari ritual keagamaan sehingga kepada penglibatan makhluk asing. Mempunyai garisan dalam pelbagai bentuk geometric dan juga haiwan tempatan seperti monyet dan labah-labah. Garisan ini terlah wujud selama ribuan tahun dan dipercayai dibuat oleh bangsa Nazca bertujuan untuk mempersembahkannya kepada dewa hujan.

7. Gunung Tianzi, China

gunung tianzi china

 Tidak seperti gunung yang anda bayangkan, kawasan gunung Tianzi di daerah Hunan ini berbentuk seperti tiang-tiang yang tegak berdiri. Para saintis berpendapat kejadian ini terbentuk kerana dahulunya tempat ini menjadi laluan air laut. Para pelancong boleh menaiki kereta kabel untuk melihat keindahan gunung ini. Keunikan ini juga menarik perhatian James Cameron—pengarah filem yang menjadikan gunung Tianzi ini sebagai ilhamnya untuk planet Pandora di dalam filemnya Avatar.

8. Laut Mati, Jordan

laut mati jordan

Laut mati yang juga dikenali dengan laut garam ini teletak di antara Palestin dan Jordan. Ianya juga merupakan kawasan paling rendah di dalam dunia. Kandungan garamnya yang sangat tinggi membuatkan ianya adalah mustahil untuk sebarang kehidupan di dalamnya melainkan bakteria. Laut mati ini semakin diancam kekurangan airnya yang teruk kerana disedut oleh negara Israel untuk kegunaan rakyatnya. Dengan hujan yang sedikit, laut mati ini berkurangan sebanyak 3 kaki setiap tahun. 

9. Tasik Bertompok, Canada

tasik bertompok canada

Berdasarkan namanya jelas menceritakan tentang keadaan tasik ini. Setiap musim panas, tasik ini akan menyejat dan meninggalkan bentuk seperti polka-dot. Para pengkaji berpendapat hal ini terjadi kerana kandungan mineralnya yang unik. Lebih mengagumkan ialah setiap tompok mempunyai warna air yang berbeza berdasarkan kandungan mineralnya dan membuatkan pemandangannya begitu indah.

10. Bukit Cokelat, Filipina.

bukit cokelat filipina

Di pulau Bohol di Filipina, anda akan dapati pemandangan yang sangat aneh. Terdapat lebih dari 1000 bukit yang dikenali sebagai Bukit Cokelat, tempat ini merupakan kawasan yang paling kerap dilawati di Filipina. Semasa musim kering, rumpur dan tumbuhan di sini akan mengering dan bertukar kepada warna coklat.

11. Salinas Grandes, Argentina

salinas grandes argentina

Gambar yang anda lihat ini bukanlah salji. Salinas Grandes bermaksud dataran garam di dalam bahasa melayu. Kawasan yang luas ini dipenuhi oleh ketulan-ketulan garam. Dahulunya kawasan ini merupakan kawasan berair dan setelah sekian lama menyejat, kawasan ini menjadi kering kontang. Tidak banyak kehidupan yang mampu bertahan di sini. Anda boleh menggunakan garam ini untuk memasak walaupun dan garamnya jauh lebih tulin dan pekat berbanding garam yang biasa kita gunakan.

12. Lagoon Biru, Iceland

lagoon biru iceland

Sepertimana yang anda tahu Iceland merupakan negara yang beriklim sejuk namun begitu di Lagoon Biru ini anda boleh menikmati mandian kolam air panasnya yang semulajadi dan dikelilingi oleh salji dan batu gunung berapi. Iceland juga merupakan kepulauan gunung berapi yang mempunyai banyak kolam air panas semulajadi namun Lagoon Biru ini yang menjadi tumpuan para pelancong. Banyak spa mewah yang telah dibina berdekatannya. Dengan suhu purata 100 darjah selsius sepanjang tahun, ia menghasilkan warna air biru muda. Kandungan garamnya juga dikatakan baik untuk kesihatan kulit.

13. Pulau Aoshima , Jepun

pulau aoshima jepun

Setiap penggemar kucing pasti mengimpikan untuk datang ke pulau Aoshima ini. Ianya yang juga dikenali sebagai ”Pulau Kucing” dipenuhi dengan begitu banyak kucing sehingga melebihi populasi manusia 6 kepada 1. Pada asalnya kucing dibawa ke pulau ini untuk mengatasi masalah tikus. Selepas tahun 2000 bilangan kucing di sini dicatatkan meningkat dengan begitu tinggi sekali. Malangnya pulau ini menjadi begitu terkenal sekali dan menerima ramai pelancong dan ini membuatkan penduduk tempatan yang kebanyakkannya nelayan berasa tertekan kerana kurangnya privasi.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)