Jika ditanyakan, apakah perkara yang membuatkan Malaysia hebat dan dikenali di seluruh dunia? Adakah dalam ekonomi, sukan atau pendidikan?

Sebenarnya, negara tercinta kita ini memegang pelbagai rekod yang mana dilihatkan sebagai sangat cool dan juga pelik. Dan rekod-rekod ini diperakui dan terdapat dalam Guinness Book of World Records.

iluminasi.com kongsikan 10 rekod dunia yang sangat cool dan pelik milik Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Perdana Menteri paling tua di dunia - 2018

perdana menteri paling tua di dunia tun mahathir

Berikutan kemenangan mengejutkan oleh Pakatan Harapan terhadap penyandang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad secara rasmi menjadi perdana menteri tertua di dunia pada usia 92 tahun dan 141 hari.

Beliau memadamkan pemegang rekod terdahulu iaitu Raja Fahd bin Abdul Aziz dari Arab Saudi yang berusia 84 tahun ketika beliau meninggal dunia pada tahun 2005.

Tun Mahathir yang dilahirkan pada 20 Disember 1925 merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia di antara tahun 1981 dan 2003, bermakna beliau berusia 56 tahun ketika pertama kali dilantik memegang jawatan ketua negara.

Gelaran Perdana Menteri yang tertua untuk dilantik buat kali pertama adalah bekas Perdana Menteri India Morarji Ranchhodji Desai, yang berusia 81 tahun ketika beliau mengambil alih jawatan itu pada tahun 1977.

2. Wang kertas paling besar di dunia - 2017

rekod duit paling besar malaysia biggest notes

Wang kertas terbesar di dunia yang bersaiz 22 cm x 37 cm dihasilkan oleh Bank Negara Malaysia pada 29 Disember 2017.

Hanya 6,000 keping wang kertas sahaja dibuat untuk memperingati ulang tahun ke-60 peristiwa menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun setiap wang kertas ini secara teknikal adalah bernilai RM600, namun nilai jualan sebenarnya ialah RM1,700.

Malah, satu daripada wang kertas ini dijual dengan harga setinggi RM78,000 dengan pembida dari China, Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

3. Kereta api paling berat di dunia yang ditarik menggunakan gigi - 2003

  rekod dunia rathakrishan velu

Pada 18 Oktober 2003, Rathakrishan Velu telah mengejutkan dunia dengan menarik dua kereta api komuter KTM seberat 260,800 kilogram, hanya dengan menggunakan gigi!

Rathakrishan yang merupakan veteran Hindu dengan nama gelaran "Raja Gigi", telah menarik kedua-dua kereta api itu sejauh 4.2 meter di sepanjang laluan keretapi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Rathakrishan memberitahu wartawan bahawa beliau mendapat kekuatan sebegini daripada sejenis meditasi India.

Menurut laporan, Velu bangun pada pukul 4.30 pagi setiap hari untuk menjalani latihan rahang, mengangkat 250 kilogram pemberat dan berlari sekurang-kurangnya 25 kilometer.

Rathakrishan akan cuba untuk menarik pesawat Airbus A380 seberat 277,000 kilogram pada April tahun depan.

4. Manusia paling pantas di dunia menebuk 4 buah kelapa menggunakan jari - 2011

ho eng hui rekod guiness malaysia

Pakar seni mempertahankan diri dari Johor iaitu Ho Eng Hui telah mencipta rekod dunia apabila dia berjaya menebuk empat buah kelapa dengan jari telunjuk hanya dalam masa 12.15 saat sehingga air di dalamnya mengalir keluar.

Ho Eng Hui yang ketika itu berusia 58 tahun melakukan aksi hebat tersebut di set di set Lo Show Dei Record, Milan pada 21 April 2011.

Buah-buah kelapa itu telah dipetik daripada pokoknya sekurang-kurangnya 10 hari sebelum itu.

Ho mempelajari seni mempertahankan diri satu jari dari rakan yang juga pakar dalam qi gong, Choo Kong Leong yang berasal dari Singapura.

Beliau bermula dengan menusuk batang pisang ketika berusia 17 tahun, sebelum beralih kepada kotak kadbod dan kemudiannya buah kelapa muda.

Dalam cubaan untuk melakukan aksi ini, Ho mengalami patah jari sebanyak tiga kali pada masa lalu.

5. Menara kawalan lapangan terbang paling tinggi di dunia - 2013

menara kawalan lapangan paling tinggi di dunia klia2

Tahukah anda, Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 (juga dikenali sebagai Tower West) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah menara kawalan lapangan terbang yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 133.8 meter?

Dibina pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada terminal KLIA2 yang baru, menara ini terdiri daripada 33 tingkat dan menelan kos RM55 juta untuk disiapkan.

Pemegang rekod sebelum ini iaitu menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Thailand, hanya sedikit lebih rendah, berketinggian 132,2 meter.

6. Telur paling banyak dipecahkan menggunakan pergelangan tangan dalam 30 saat - 2005

balakrishnan sivasamy2

Seorang pembantu restoran bernama Balakrishnan Sivasamy menjadi pemegang rekod dunia pada tahun 2005 selepas menghancurkan 25 biji telur dengan pergelangan tangannya dalam masa 30 saat.

Balakrishnan yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah restoran di Ipoh, meletakkan telur di belakang pergelangan tangannya dan membengkokkan jari ke belakang untuk memecahkan telur-telur tersebut. 

Untuk melakukan aksi ini, beliau berlatih selama sebulan dengan memecahkan 10,000 biiji telur yang disediakan oleh majikannya, Abdul Kader Muhammad.

7. Manusia terpantas berlari 1.6 kilometer sambil mengimbangi bola atas kepala - 2010

low yee ming rekod imbang bola sambil lari

Pada tahun 2010 di Stadium MPSJ Selangor, Low Yee Ming telah berjaya mencipta rekod dengan "melekatkan" bola sepak di atas kepalanya sambil bergerak sejauh 1.6 kilometer dalam masa 8 minit dan 35 saat.

Low yang berusia 19 tahun pada ketika itu menamatkan jarak itu tanpa hilangan kawalan terhadap bola tersebut walaupun peraturan membenarkan peserta untuk menjatuhkan bola hanya sekali.

Remaja ini yang pernah menghadiri akademi bola sepak di bawah Lyme College di Newcastle, ditemani oleh sahabatnya sebagai pemandu.

Low memberitahu bahawa beliau telah menghabiskan masa setahun untuk berlatih mengimbangi bola menggunakan kepalanya.

Pada tahun 2012, Low memegang rekod mengimbang bola menggunakan kepala dengan jarak terpanjang iaitu 11.129 kilometer, namun telah ditewaskan oleh Manoj Mishra dari India pada 2016 dengan jarak 49.17 kilometer.

8. Pesta LAN paling panjang di dunia - 2009

rekod pesta lan paling panjang di universiti multimedia cyberjaya

Pesta maraton LAN yang paling lama pernah berlaku adalah selama 40 jam, di Universiti Multimedia kampus Cyberjaya, sebagai sebahagian daripada acara permainan Cyber Fusion tahunan.

Para peserta seramai 291 orang yang datang dari Malaysia, China, Yaman, Brunei and Korea Selatan bermain permainan video Defense of the Ancients, Call of Duty 4, FIFA ’09 dan Sudden Attack.

Walaupun berjaya mencapai 36 jam yang diperlukan untuk memecahkan rekod itu, para peserta memutuskan untuk terus bermain untuk mencapai tempoh 40 jam.

Dalam acara ini, setiap peserta dibenarkan berehat selama 5 minit untuk setiap 1 jam permainan.

Di pengakhiran acara itu, seramai 17 pemain telah menarik diri kerana pelbagai alasan termasuklah keletihan, dan kebanyakan peserta berusia antara 19 dan 25.

9. Jumlah salinan kostum ilusi paling banyak di dunia dalam seminit - 2017 

rekod salin pakaian ilusi paling banyak di dunia dalam seminit

Pada tahun 2017, ahli silap mata Avery Chin dan Sylvia Lim telah berjaya menyalin pakaian secara ilusi sebanyak 24 kali dalam seminit di majlis di George Town, Pulau Pinang.

Walaupun dengan peraturan yang sangat ketat di mana setiap pakaian tidak boleh terdiri daripada yang sebelumnya, Sylvia berjaya menukar kepada pakaian baru dalam setiap 2.5 saat.

2 tahun kemudian, pasangan ini juga telah memecahkan rekod untuk bilangan pakaian yang ditukar paling banyak secara ilusi dalam tempoh 30 saat. 

10. Jumlah manusia paling ramai di dunia berpakaian seperti kucing - 2017

rekod pakaian kostum kucing paling ramai di dunia

Ini mungkin antara rekod yang paling unik dan menarik dipegang oleh Malaysia, di mana kita telah memenangi rekod dunia selepas mengumpulkan 440 orang yang memakai kostum kucing di Pesta dan Anugerah Filem ASEAN di Kuching, Sarawak.

Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang sangat teruja dengan aktiviti itu. 

Menurut peraturan, kostum kucing tersebut haruslah menutupi keseluruhan badan peserta, dan harus mempunyai misai, telinga dan juga ekor.

Rujukan:

1. Business Insider

2. The Star

3. Oddity Central




Hakcipta iluminasi.com (2017)