Oleh pada 05 Jul 2018 kategori

Dalam bidang apa sekalipun, berkemungkinan besar anda akan bertemu dan bekerja bersama-sama, dengan individu yang anda tidak suka.

Sama ada bekerja di pejabat atau di atas padang bola sepak, bersama-sama orang-orang yang sama seharian pasti akan membuatkan anda tidak senang dengan 1 atau 2 individu, yang harus dihadapi secara berterusan.

10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai pemain bola sepak, permusuhan sesama pemain sepasukan boleh berlaku dengan mudah. Ia disebabkan setiap pemain mempunyai ego masing-masing dan setiap posisi akan menjadi persaingan.

Dan persaingan ini membuatkan mereka bermasam muka yang akhirnya mencetuskan pergaduhan. iluminasi.com ingin berkongsi 10 rakan sepasukan bola sepak terkemuka yang membenci antara satu sama lain.

5. Andy Cole dan Teddy Sheringham

andy cole dan teddy sheringham 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri

Andy Cole dan Teddy Sheringham bermain bersama-sama untuk Manchester United dan England selama bertahun-tahun dan membentuk duo serangan yang sangat hebat.

Melihatkan hubungan mereka di atas padang, anda tak akan perasan jika terdapat sebarang pergolakan; mereka profesional dan lakukan apa yang sepatutnya untuk pasukan, melupakan perbezaan mereka, namun di sebalik itu berlaku permusuhan yang nyata antara satu sama lain.

Rasa tidak puas hati ini bermula ketika Andy Cole membuat penampilan pertamanya dengan England. Apa yang sepatutnya menjadi satu detik gembira, telah bertukar menjadi duka apabila Andy dimasukkan menggantikan Terry.

Andy yang ketika itu berdebar-debar untuk masuk ke padang buat kali pertama mewakili England, mahu bersalaman dengan Terry, namun tidak disambut, tanpa sebab.

Andy Cole mengulas akan insiden itu: "Sejak saat itu, saya tahu Terry bukan untuk saya, kami bermain dan menjaringkan gol bersama-sama selepas kejadian itu, namun saya tak pernah bercakap dengannya. Saya lebih rela duduk dengan orang yang mematahkan kaki saya (Neil Ruddock), tetapi dengan Teddy Sheringham? Lupakan saja,".

Andy Cole terus membenci Teddy Sheringham secara peribada selama lebih 15 tahun. Berdasarkan video di atas, kelihatan seperti Teddy mungkin tertekan dikeluarkan dan bukannya sengaja untuk mengguris hati Andy.

Mungkin Andy Cole yang terasa hati leibih?

4. Rafael Van Der Vaart dan Zlatan Ibrahimovic

zlatan ibrahimovic dan rafael van der vaart 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri

Dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, Zlatan Ibrahimovic telah bermusuhan dengan ramai pemain disebabkan oleh sikapnya. Pertengkaran yang lebih menjadi bualan hangat adakah ketika Zlatan bermain untuk Ajax.

Beliau dan rakan sepasukan, Rafael Van Der Vaart masih memupuk reputasi mereka sebagai pemain dan kelihatan baik antara satu sama lain, sehinggalah Sweden bertemu dengan Holland pada perlawanan persahabatan selepas Euro 2004.

Dalam perlawanan tersebut, Zlatan melakukan bentesan yang agak keras, sehingga menyebabkan kecederaan pada ligamen buku lali Rafael, memaksa pemain Belanda itu diusung keluar padang.

Rafael kemudiannya memberitahu pihak media bahawa Zlatan mencederakannya dengan sengaja, membuatkan Zlatan berang. Zlatan memberitahu Rafael bahawa jika dia menuduhnya sekali lagi, beliau akan mematahkan kaki Rafael dan kali ini betul-betul dengan sengaja.

Anda rasa sengaja atau tidak tindakan Zlatan dalam video di atas? Penulis rasa memang macam sengaja.

3. Jens Lehmann dan Oliver Kahn

jens lehmann dan oliver kahn 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri

Kedua-dua individu ini merupakan antara penjaga gol terbaik di planet. Oliver Kahn menempa namanya semasa bermain untuk Bayern Munich dan selama bertahun-tahun beliau juga menjadi pilihan utama untuk pasukan kebangsaan Jerman.

Manakala Jens Lehmann juga mencuba sehabis baik, dan jika beliau merupakan rakyat negara lain, sudah pasti menjadi pemain utama juga. Namun disebabkan Jens bersaing dengan Oliver, penampilannya dengan pasukan Jerman adalah jarang-jarang sekali.

Sehingga tahun 2006, Oliver Kahn merupakan penjaga gol pilihan utama, namun pengurus baru pasukan, Jurgen Klinsmann telah mengubah nasib Jens Lehmann.

jens lehmann dan oliver kahn 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri 2

Jens dipilih untuk mengambil alih tempat seterunya itu dan Oliver berasa sangat berang lantas mengkritik keputusan Jurgen secara terbuka.

Jens kemudiannya membalas kembali dan perang mulut itu menjadi semakin peribadi, dengan Jens kemudiannya menyerang kekasih Oliver di media.

Ia tidak berakhir di situ, Oliver kemudiannya menyerang Jens selepas bersara pada tahun 2008, mengejek penjaga gol Arsenal kerana posisinya dirampas oleh Manuel Almunia.

2. John Terry dan Rio Ferdinand

john terry dan rio ferdinand 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri

Pada tahun 2011, John Terry disiasat berikutan dakwaan tindakan perkauman yang dilakukannya. Beliau telah didakwa melakukan perkara tersebut kepada Anton Ferdinand, sehingga pihak polis terlibat sama. Melihatkan rakaman yang dibuat, dakwaan itu diambil alih oleh persatuan bola sepak.

Rakaman tersebut menunjukkan dengan jelas penghinaan perkauman keluar daripada mulut John Terry. Walaupun tidak dapat memastikan apa yang sebenar diperkatakan oleh beliau, namun mereka menyimpulkan bahawa John merujuk kepada warna kulit dan bangsa mereka.

Beliau akhirnya didakwa kerana menghina dengan merujuk kepada asal usul etnik dan / atau warna dan / atau bangsa Anton Ferdinand.

Tindakan diambil dan beliau dilucutkan daripada menjadi kapten England, dan jelas sekali ia membuatkan abang Anton, Rio Ferdinand tidak senang dengan perkara ini.

Insiden ini telah membuatkan persahabatan di antara kedua-dua pemain England ini terkubur.

1. Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale

cristiano ronaldo dan gareth bale 10 rakan sepasukan bola sepak terkenal yang membenci sesama sendiri

Adalah tidak pelik untuk melihat Cristiano Ronaldo menunjukkan rasa berangnya di atas padang. Beliau suka menjaringkan gol dan itu sahaja yang penting baginya.

Namun apabila Gareth Bale datang ke Real Madrid, beliau juga mempunyai keinginan yang sama seperti Ronaldo, membuatkan Ronaldo berasa tercabar dengannya.

Perkataan "benci" mungkin agak tidak kena untuk menggambarkan hubungan Cristiano Ronalo dengan Gareth Bale, namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kedua-dua pemain bintang ini tidak begitu senang dengan masing-masing.

Ketidakpuasan hati mula menggelegak pada musim 2014/2015. Ronaldo kerap menunjukkan rasa kecewanya terhadap Bale yang lebih memilih untuk membuat percubaan gol berbanding menghantar bola kepadanya.

Contoh paling jelas pada Januari 2015 ketika perlawanan menentang Espanyol, apabila Ronaldo menunjukkan rasa marahnya pada Bale membuatkan penonton mula membuat bunyi siulan kepadanya.

Selain itu, Ronaldo adalah satu-satunya pemain yang tidak memeluk Bale ketika pemain Wales itu menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, dan agen Bale terlepas cakap pada Oktober 2015 dengan memberitahu kepada stesen radio bahawa kedua-dua pemain ini tidak serasi.

Kedua-duanya menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai masalah namun anda boleh melihat sendiri bahasa badan mereka membuktikan sebalknya.

Rujukan:

1. What Culture

2. Sportster

3. 90 Min




Hakcipta iluminasi.com (2017)