Setiap negara mempunyai identiti mereka sendiri yang sangat dikenali di seluruh dunia. Sebagai contoh, Brazil dikenali sebagai pemenang Piala Dunia FIFA terbanyak iaitu sebanyak 5 kali manakala pada tahun 2017, Norway dinobatkan sebagai negara paling gembira di dunia.

Namun, tak semua negara memegang rekod mengenai perkara yang indah sahaja. Dalam banyak-banyak negara, iluminasi.com ingin kongsikan 6 negara yang berada di kedudukan teratas berkaitan perkara buruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Negara dengan jumlah perokok paling tinggi - Austria

austria negara yang paling ramai perokok di dunia

Seperti yang dunia tahu, merokok adalah "loteri" kanser yang sangat mahal, dengan kata lain penyebab kanser yang mahal. Namun mungkin orang Austria tidak menyedari akan perkara ini kerana mereka memegang rekod sebagai negara dengan kadar perokok paling tinggi di dunia.

Kira-kira 36.4% daripada populasi Austria adalah perokok dan angka ini menjadikan lebih 1 daripada 3 rakyat negara ini merupakan perokok. Anggaran sebanyaak 60% daripada kumpulan umur 20 hingga 50 tahun, iaitu kira-kira 2.5 juta orang mengaku merokok secara rutin pada tahun 2010.

Dan situasi ini dilihatkan tiada perubahan dengan 41% daripada kumpulan umur 15 hingga 20 tahun juga merupakan perokok tegar manakala 8% lagi mengaku merokok sekali-sekala.

austria negara yang paling ramai perokok di dunia 2

Obses negara terhadap nikotin telah menghasilkan menyebabkan pergeseran dengan negara jiran.

Pada tahun 2009, menguatkuasakan arahan anti-merokok yang memerlukan restoran dan bar besar untuk mengasingkan sekurang-kurangnya 50% daripada tempat duduk mereka untuk bukan perokok.

Langkah ini menyebabkan kemarahan berleluasa yang mana melihatkan ramai pemilik perniagaan mengatakan mereka secara terbuka tidak akan mengendahkan undang-undang itu kerana bimbang kehilangan pelanggan.

Pada tahun 2010, hanya 19% daripada rakyat Austria yang menyokong pengharaman sepenuhnya terhadap merokok di restoran dan ruang tertutup yang lain, menjadikan 3.5 juta perokok bebas meneruskan tabiat buruk mereka entah sampai bila.

2. Negara paling paling tinggi pembedahan plastik - Korea Selatan

korea selatan negara paling banyak melakukan pembedahan plastik

Di zaman yang mana rupa seolah-olah segalanya bagi manusia, tidak menghairankan bahawa sesetengah orang merasakan tekanan yang amat sangat untuk mematuhi piawaian kecantikan masyarakat walaupun terpaksa menjalani pembedahan wajah yang mahal, menyakitkan dan sangat berbahaya.

Keadaan kini amatlah teruk sekali terutamanya di Korea Selatan, di mana pembedahan plastik menjadi rutin harian di negara ini. Dianggarkan 1 daripada 5, atau 20% daripada wanita Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik, 4 kali ganda daripada wanita Amerika Syarikat.

Pakar bedah plastik di Korea Selatan telah membina reputasi antarabangsa yang menyebabkan kira-kira 7.5 juta orang telah datang ke negara ini untuk menjalani pembedahan plastik.

pembedahan plastik korea selatan lelaki

Mengapa rakyat Korea Selatan sangat obses untuk menjalani pembedahan? Tak ada siapa yang tahu, namun bukti mencadangka bahawa wanita Korea berasa sangat dihakimi tentang rupa paras mereka.

Antara pembedahan yang popular termasuklah membesarkan mata dan membentuk semula hidung serta rahang. Salah seorang daripada mereka yang menjalani pembedahan memberitahu:

pembedahan plastik korea selatan

"Saya rasa semua orang ingin memadam rupa "Korea" mereka. Di Korea, jika anda berjalan di lorong, anda akan melihat seorang gadis. Dan apabila anda berjalan di lorong lain, anda terjumpa gadis tadi sekali lagi. Tapi ia sebenarnya adalah gadis yang berbeza tetapi dengan rupa yang sama,".

3. Negara paling tinggi purata orang pendek umur - Chad

chad negara paling pendek jangka hayat

Dengan jangka hayat hanya 49 tahun, Chad secara rasminya merupakan negara yang "terburuk" jika dilahirkan di sini. Kekurangan nutrisi adalah faktor utama dalam purata jangka hayat yang sangat mengejutkan ini.

Sebagai sebuah negara padang pasir, Chad adalah tersangat terdedah terhadap kemarau dan bencana alam yang lain. Apa memburukkan lagi keadaan adalah konflik di negara jiran iaitu Sudan yang telah mewujudkan krisis pelarian yang dahsyat dengan beribu-ribu orang melarikan diri ke sempadan untuk berlindung.

Chad juga mengalami perang saudara untuk beberapa dekad dan konflik yang kejam dengan rejim Muammar Gadhafi dari Libya.

chad negara paling pendek jangka hayat 2

Seolah-olah keadaan itu masih belum cukup teruk, Chad berada di tengah-tengah penularan wabak HIV/AIDS, dianggarkan 3.4% daripada populasi dewasa menghidap penyaakit ini dan lebih daripada 120,000 kanak-kanak kehilangan ibu bapa disebabkan HIV/AIDS.

Air merupakan komoditi yang semakin jarang didapati, hanya sekitar 4% penduduk luar bandar mempunyai bekalan selamat sebagai sumber air minuman yang bersih. Situasi ini membawaa kepada penularan wabak cirit-birit, kolera dan demam kepialu.

Di negara yang mana nisbah doktor kepada orang awam adalah 1:38,000, penyakit-penyakit ini adalah tersangat berbahaya dan membunuh.

4. Negara tertinggi melakukan kekejaman terhadap haiwan - Jepun

japan killing whale and dolphin

Tiadaa satu pun cara yang mudah untuk menentukan negara mana yang mempunyai rekod terburuk apabila bercakap mengenai kekejaman haiwan, namun rekod buruk Jepun yang mengerikan berbanding negara maju lain menjadikannya calon teratas sebagai negara dengan kekejaman terhadap haiwan paling dahsyat.

Jelas sekali bahawa Jepun meneruskan aktiviti pemburuan ikan paus dan lumba-lumba pada skala perindustrian dengan menegaskan bahawa pasukannya terlibat dalam "penyelidikan saintifik" untuk mengatasi sekatan antarabangsa terhadap ikan paus.

orang jepun tangkap dolfin

Sejak permintaan untuk daging ikan paus menurun sejak 50 tahun yang lalu, industri ini tidak begitu menguntungkan namun kerajaan Jepun terus memberikan subsidi sehingga RM40 juta setahun.

Daging ikan paus yang berlebihan sering kali diberi makan kepada kanak-kanak di sekolah dengan alasan mendidik mereka "mengenai makanan tengah hari di sekolah satu ketika dahulu".

Pemburuan ikan lumba-lumba Taiji menyaksikan kira-kira 2,500 ekor dikepung menggunakan bot dan terperangkap semalaman. Pada keesokan harinya ikan-ikan ini ditikam sehingga mati menggunakan tempuling, cangkuk dan pisau yang menjadikan air laut bertukar merah.

jepun dengan kekejaman haiwan paling dahsyat 2

Di daratan pula, keadaan seolah-olah serupa. Undang-Undang Kebaajikan dan Pengurusan Haiwan 1973 menyatakan bahawa jika seorang pemilik tidak datang mengambil anjing atau kucing terbiar untuk dipelihara, haiwan-haiwan ini mestilah "dilupuskan" dengan betul.

Malangnya, ia biasanya dilupuskan dengan memasukkan ke dalam kebuk gas di mana haiwan-haiwan ini akan lemas disebabkan oleh gas karbon dioksida dan proses ini boleh mengambil masa sehingga 15 minit.

Walaupun keadaan agak teruk, namun terdapat gerakan yang cuba untuk menyelamatkan keadaan.

Pusat Kebajikan Haiwan Kumamoto mula untuk bertanya mengapa orang ramai membawa haiwan-haiwan ke pusat itu untuk tujuan pelupusan dan dalam kebanyakan kes mereka akan menasihati supaya ia tidak dilakukan.

Hasilnya, agak ramai di antara mereka yang berubah fikiran dan memutuskan untuk terus memelihara haiwan-haiwan tersebut. Pada tahun 2002, pusat itu "melupuskan" hampir 400 ekor haiwan dalam setahun dan menjelang tahun 2009, jumlah tersebut menurun menjadi 7 ekor.

5. Negara paling tinggi jumlah tentera kanak-kanak - Somalia

somalia negara paling ramai tentera kanak kanak

Pengunaan kanak-kanak sebagai tentera dikutuk secara universal namun tetap berterusan di banyak konflik di seluruh dunia. Dan masalah ini mungkin terburuk di Somalia di mana kumpulan militan telah merekrut kanak-kanak semuda usia 10 tahun sebagai tentera tambahan dalam memerangi pemerintah.

Kumpulan Al-Shahab yang terkenal dianggap sebagai salah satu kumpulan terdahsyat melakukan jenayah ini, telah dituduh menggunakan ramai remaja sebagai pelindung bagi pejuang berpengalaman.

Seorang yang terselamat mendakwa bahawa daripada 100 teman sekelasnya, 98 daripadanya telah terbunuh serta-merta apabila Al-Shahab menghantar mereka bertempur.

"Kanak-kanak "dibersihkan". Anak-anak semuanya terbunuh dan tentera yang lebih dewasa melarikan diri," katanya. Kumpulan ini sering menggunakan kanak-kanak sebagai umpan untuk memerangkap kanak-kanak lain.

Menurut sumber, seorang kanak-kanak diajak untuk bermain bola sepak namun apabila tiba di padang, dia dan rakannya ditangkap dan dihantar ke kem latihaan.

Masalah ini tidak terhad kepada kumpulan pemberontak sahaja, malah kerajaan traansisi Somalia juga dituhud menggunakan tentera kanak-kanak dalam perjuangan mereka menentang Al-Shahab.

6. Negara dengan pemerdagangan manusia tertinggi - Bangladesh

bangladesh dengan kadar pemerdagangan manusia paling dahsyat 1

Antara jenayah yang paling dahsyat pernah berlaku dalam tamadun manusia sudah pastinya perdagangan manusia. Lebih menakutkan, ia berlaku secara rutin dan lebih biasa daripada apa yang anda sangkakan.

Setiap tahun sekurang-kurangnya 600,00 hingga 800,000 orang diperdagangkan di sempadan antarabangsa dan beberapa laporan lain menganggarkan jumlah yang lebih tinggi.

Mangsa-mangsa dipaksa menjadi hamba paksa dan hampir separuh dariapdanya dipercayai diperdagangkan untuk tujuan eksploitasi seksual. Walaupun penguatkuasaan undang-undang global secara ketat dijalankan namun jenayah ini semakin berkembang.

bangladesh dengan kadar pemerdagangan manusia paling dahsyat

Situasi yang terburuk dipercayai berlaku di Bangladesh dengan anggaran seramai 50,000 wanita dan kanak-kanak dibawa ke luar negara setiap tahun.

Tiada statistik yang boleh dipercayai melibatkan angka pemerdagangan lelaki namun anggaran berpuluh-puluh ribu telah diperdagangkan ke luar negara untuk bekerja di India atau Timur Tengah.

Dan tidak tahu berapa ramai lagi yang dipaksa menjadi hamba di Bangladesh sendiri. Pedagang-pedagang ini mensasarkan wanita muda yang cenderung untuk tertipu dengan janji kehidupan yang lebih baik di luar negara.

Walaupun keadaan bertambah baik namun penguatkuasaan tidak mampu untuk berurusan dengan masalah yang semakin berleluasa ini. Di aantara tahun 1999 hingga 2004, hanya 53 orang pedagang manusia dibicarakan di mahkamah Bangladesh dan hanya 21 daripadanya sahaja yang disabitkan kesalahan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)