Oleh pada 20 Jan 2018 kategori

10 model hot wheel paling mahal

Hot Wheels bukanlah sejenis permainan kanak-kanak yang terlalu mahal, dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik, Hot Wheels boleh didapati dalam pelbagai model dan warna untuk dijadikan koleksi. Dengan Hot Wheels, kanak-kanak boleh berimaginasi dan mencipta pengembaraan mereka sendiri dengan trak besar berwarna hijau atau kereta lumba berwarna kuning, sebagai contoh.Namun, sesetengah model Hot Wheels yang lebih lama usianya atau yang jarang- jarang dikeluarkan boleh menjadi lebih mahal. Bagi pengumpul barang-barang unik, ia bukan sekadar barang permainan biasa, malah Hot Wheels adalah koleksi yang boleh mencecah ribuan ringgit, tambahan jika mereka memiliki model-model yang mungkin hanya terdapat beberapa unit sahaja di dunia ini. Mungkin model-model seperti ini tidak sesuai untuk digunakan pada trek perlumbaan mini anda!

Berikut adalah 10 model Hot Wheels termahal yang pernah dikeluarkan

1971 Purple Olds 442

1971 purple olds 442

Apa yang membuatkan model ini sangat bernilai adalah warna ungunya. Kebanyakan model lain untuk Olds 442 dikeluarkan dengan warna 'magenta' - yang lebih terarah kepada merah jambu berbanding ungu - dan hanya sedikit model berwarna ungu seperti ini masih wujud dengan kondisi terbaik. Harganya? Sekitar $1400 (RM 5511.64) sehingga $2000 (RM 7,874.87)

1968 Custom Volkswagen Without Sunroof

1968 custom volkswagen without sunroof 157

Pada asalnya, model Hot Wheel ini hanya boleh didapati di Eropah. Walaupun dibuat di Hong Kong, kebanyakan model ini dijual di Jerman dan United Kingdom. Model ini juga mempunyai ruang dalam yang berbeza dan tiada cermin tingkap plastik seperti model-model Volkswagen lain yang biasa. Disebabkan perbezaannya dengan model-model lain, bahagian-bahagiannya tidak boleh ditukar dengan versi Amerika untuk kenderaan ini.

Biasanya, model ini didatangkan dengan warna biru atau aqua(biru kehijauan). Ada juga yang berwarna oren, merah, hijau dan copper(coklat kemerahan), tetapi jarang-jarang dijumpai. Jika anda ingin memilikinya, harganya adalah sekitar $1500(RM5,905.98).

1968 White Enamel Camaro

1968 white enamel camaro

Lagenda mengatakan model ini adalah Hot Wheel pertama yang telah dihasilkan dan mungkin sukar didapati di pasar-pasar karat, atau dalam pek lepuh. Jika anda terjumpa model ini untuk dijual, dianggarkan anda perlu membayar sebanyak $2500(RM9,842.73)

1970 Red Baron With White Interior

1970 red baron with white interior

Berdasarkan kiraan terakhir, kurang dari 10 unit bagi model 1970 Red Baron ini dikatakan masih wujud. Model ini tidak pernah dijual secara meluas dan hanya dikeluarkan sebagai prototaip. Jika anda terjumpa model ini, anda mungkin perlu membelanjakan sebanyak $3000(RM11,809.86) untuk ditambah ke dalam koleksi anda.Sejarah kereta ini juga menarik. Diinspirasikan oleh juruterbang tempur Jerman pada Perang Dunia Pertama, Manfred von Richthofen (lebih dikenali sebagai Red Baron), model Hot Wheel ini direka untuk kelihatan seperti kapal terbang perang Perang Dunia Pertama jika dilihat dari banyak sudut.

1995 Collector Number 271 Funny Car

1995 collector number 271 funny car

Dilaporkan hanya 12 unit bagi model ini pernah dihasilkan, menjadikannya mungkin model Hot Wheel paling sukar didapati pada 1990-an. Model ini dikeluarkan dengan nombor pengumpul '271' yang dicetak di atas kertas biru pada peknya. Sehingga April 2016, hanya enam unit dijumpai dan tiada sebarang variasi untuk model ini. Oleh itu, jumlah yang dianggarkan bagi model Hot Wheel ini adalah $3500(RM13,781.95)Sekiranya anda terjumpa kereta yang kelihatan seperti model ini di stor anda, anda perlukan peknya yang telah ditanda untuk membuktikan nilainya.

1970 Ed Shaver Custom AMX

1970 ed shaver custom amx

Model ini, yang secara eksklusifnya boleh didapati di United kingdom, hanya dikeluarkan dalam warna biru dan pada asalnya dijual sebagai sebahagian daripada "Exclusive Racing Car Series"Apa yang membuatkan model ini sangat bernilai adalah pelekat Ed Shaver. Shaver ialah seorang 'serviceman' dari Amerika yang berpusat di United Kingdom dan Mattel (yang berjaya membuatkan Hot Wheels) menaja kerjaya 'Drag Racing' yang diceburinya. Sebahagian daripada model ini diedarkan di litar perlumbaan di mana Shaver berlumba dan turut diedarkan di dalam promosi penghantaran kotak makanan. Hanya sedikit model ini yang masih wujud pada hari ini dan bernilai sekitar $4000(RM15,748.22)

1970 “Mad Maverick” Base Mighty Maverick

1970 mad maverick base mighty maverick

Model ini sangat unik hanya disebabkan oleh perkataan 'mad.' Mad Maverick adalah nama asalnya, tetapi kemudian ditukar kepada Mighty Maverick. Ketika ini, hanya terdapat empat unit edisi Mad Maverick yang diketahui masih wujud, - dua unit berwarna biru, satu unit berwarna ungu, dan satu unit masih yang masih belum dipasang dan belum diberikan warna - dan nilainya sukar untuk diduga.

1974 Blue Rodger Dodger

1974 blue rodger dodger

The Rodger Dodger adalah model biasa bagi Hot Wheel 'muscle car' dan dengan carian di eBay, ia akan mencadangkan model berwarna merah, kuning dan ungu. Namun, model yang berwarna biru, jarang didapati kerana hanya terdapat tujuh unit yang dihasilkan sebagai edisi istimewa Rodger Dodger, dikeluarkan pada pertengahan 1970-an. Model berwarna biru juga mungkin hanya eksklusif untuk United Kingdom.Apa yang aneh adalah, seorang lelaki bernama Bob Parker berurus niaga dengan pengumpul-pengumpul di England dan menerima dua Rodger Dodger berwarna biru di dalam kotak pertama yang diterimanya. Beliau terus meminta lebih banyak dan menerima lima unit lagi lalu dijualkan kesemua tujuh unit tersebut kepada pengumpul di Amerika. Mungkin mengagak beliau akan mendapat bayaran yang tinggi, beliau tidak menyimpan satu unit pon untuk dirinya sendiri. Jika anda menjumpai satu unit model ini dijual secara 'online,' anda memerlukan $8000(RM31,495.22) berdasarkan rekod jualannya sebelum ini.

1968 “Cheetah” Base Python (Hong Kong Base)

1968 cheetah base python

1968 “Cheetah” Base Python Hot Wheel mendapat namanya dari buatan logam dari Hong Kong. Satu isu yang membuatkannya unik adalah model ini yang kini dikenali sebagai Python - berkongsi nama tersebut dengan model Corvette, 'Cobra Killer' milik eksekutif General Motors, Bill Thomas.

Hasilnya, hanya sedikit model ini yang dihasilkan sebelum namanya ditukar, dan kesemuanya berwarna merah. Hanya beberapa unit boleh didapati dan berharga sekitar $10,000(RM39,371.55) atau lebih.

1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb

1969 pink rear loading volkswagen beach bomb

Hanya terdapat satu unit bagi model 1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb ini yang dihasilkan sebagai prototaip pada tahun 1969. Dimiliki oleh Bruce Pascal - yang mungkin memiliki koleksi Hot Wheels terbanyak dan paling bernilai di dunia. 

Ia menampilkan papan luncur air di bahagian belakang yang dimasukkan melalui tingkap belakang. Untuk versi alternatif yang dikeluarkan, papan luncur air tersebut diletakkan di bahagian tepi.

Model ini tidak pernah dikeluarkan sebagai produksi kerana ia dikatakan terlalu sempit untuk dimuatkan pada litar Hot Wheels Super Charger. Hasilnya, keseluruhan bahagian model ini telah dimansuhkan oleh Mattel. Mengikut laporan, Pascal telah membeli model ini dengan harga yang sangat tinggi, $72,000(RM253,860.83) - menjadikannya koleksi paling mahal dalam senarai ini. Turut dilaporkan terdapat unit kedua bagi model ini namun tiada fakta mengenainya yang disahkan.

Bonus: Mungkin model ini adalah model yang paling unik dan menarik pernah dihasilkan dan hanya terdapat di Malaysia sahaja. Harganya? Tidak dapat dipastikan.

hot wheel tanah kubur

Rujukan: www.completeset.com


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)