Salah satu peristiwa aneh dalam dunia haiwan adalah apabila sekumpulan besar haiwan itu mati sekaligus. Walaupun selalunya ia dikaitkan dengan sebab tertentu, terdapat beberapa kematian yang masih lagi menjadi misteri. Kami ingin kongsikan bersama anda senarai beberapa jenis haiwan yang kematian besar-besarannya masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

10. Ketam Velvet Yang Mungkin Hipotermia

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada Januari 2010, lebih dari 40,000 ekor ketam Velvet mati dihanyutkan di persisir pantai Thanet, England. Setahun kemudian pula sebanyak 25,000 ekor mati dan hanyut di pantai yang sama. Dalam kedua-dua kejadian itu, pantai Thanet dipenuhi dengan bangkai dan telah menarik banyak burung untuk datang, seterusnya menjadikan keadaan itu berbahaya bagi penduduk.

Pada mulanya, penyelidik berpendapat bahawa ketam velvet itu mungkin dibunuh oleh sejenis virus, tetapi selepas tahun kedua kejadian mereka percaya mungkin cuaca sejuk menyebabkan ketam itu mengalami hipotermia. Namun begitu, para penyelidik masih belum mempunyai jawapan yang tepat apa yang menyebabkan ketam-ketam itu mati sekaligus secara besar-besaran.

9. Gajah Pigmy Borneo 

kematian gajah pigmy di gunung rara

Gajah pigmy Borneo adalah baka gajah terkecil di dunia dan hanya mempunyai populasi kira-kira 1,500 ekor sahaja. Disebabkan jumlah yang sedikit ini, kematian 14 ekor gajah pigmy di Hutam Simpan Gurung Rara di Sabah telah dianggap satu kematian yang banyak. Ujian telah dilakukan dan satu-satunya kesimpulan yang didapati adalah bahawa ia mungkin berpunca daripada toksin berbahaya yang dimakan oleh gajah ini.

Masih tidak jelas jika gajah-gajah itu memakan toksin secara segaja atau tidak atau mungkin juga mereka diracun. Ini kerana terdapat ladang kelapa sawit dan konsesi pembalakan berhampiran yang melihat gajah-gajah ini sebagai satu gangguan. Namun, penyiasatan yang dilakukan tidak menunjukkan salah laku gajah-gajah ini dianiaya. Kematian 14 ekor gajah pigmy terus kekal misteri.

8. Sotong Humboldt Di California

kematian sotong humbloldt di california

Salah satu makhluk paling misteri dalam dunia haiwan adalah sotong Humboldt. Sotong ini mempunyai saiz enam kaki panjang, mempunyai sesungut yang kuat dan kulit berwarna merah. Apa yang menjadikan ia misteri adalah 95% daripada mereka hidup di kedalaman 200 hingga 700 meter di dasar laut pada waktu siang dan 65 meter dalam pada waktu malam.

Disebabkan kedalaman yang tidak dapat dicapai oleh penyelam ini menjadikan ekspidisi mengkaji makhluk ini menelan belanja yang sangat mahal. Salah satu lagi misteri haiwan ini berlaku di beberapa kejadian berasingan. Salah satunya di California pada tahun 2005 apabila beribu-ribu ekor haiwan laut dalam ini ditemui mati di persisiran pantai.

Salah seorang penyelidik berpendapat ia mungkin berlaku disebabkan sesuatu yang mereka makan sehngga mereka menjadi tertekan ditambah pula berada dalam air yang semakin memanas terlalu lama. Namun, itu semua cuma satu tekaan yang tidak dapat lagi dibuktikan benar.

7. Kematian Anjing laut Harpa Di Kanada

anjing laut harpa

Pada bulan Disember 2010, penduduk di utara Labrador, Kanada telah menemui beberapa ekor anjing laut Harpa mati di bawa ombak ke persisir pantai. Dalam tempoh sebulan, lebih daripada 200 anjing laut dewasa ditemui mati di situ. Ahli biologis dan Jabatan Perikanan Kanada telah melakukan beberapa ujian pada bangkai-bangkai tersebut namun tidak menemui sebarang jawapan.

Kajian menunjukkan sebelum anjing laut harpa itu mati, mereka berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang penyakit yang ditemui. Ada yang berpendapat anjing laut itu lemas, namun ia agak mustahil untuk kesemua 200 daripadanya mengalami masalah yang sama.

6. Kematian Antelop Saiga Di Kazakhstan

antelop saiga mati dengan banyak

Antelop Saiga adalah haiwan yang mudah dikenali kerana saiz hidungnya yang besar. Mereka adalah spesies haiwan terancam sejak dari tahun 2014, dengan hanya 257,000 ekor di dalam empat kumpulan.

Haiwan ini hanya boleh ditemui di beberapa bahagian di Rusia dan Kazakhstan. Pada musim sejuk, kesemua mereka akan berkumpul untuk mengawan dan berpisah pada musim bunga untuk melahirkan anak.

Pada bulan Mei 2015 semasa musim melahirkan anak, terjadi satu bencana dan hanya dalam masa dua minggu sahaja, 134,000 antelop Saiga ini mati, separuh daripada populasi keseluruhannya. Penyelidik percaya ia disebabkan oleh bakteria, namun ia membingungkan bagaimana satu bakteria boleh menjadi sangat berbahaya dalam masa begitu singkat dan berjangkit dengan begitu pantas.

Kini penyelidik masih berhempas pulas untuk mencari punca masalah dan menyelesaikan misteri bagi menyelamatkan saki-baki antelop Saiga yang masih tinggal.

5. Kematian Kambing Biri-Biri Di Turki

kambing biri biri melompat di turkey

Pada Julai 2005, di pinggir bandar Istanbul, Turki, sekumpulan pengembala biri-biri telah meninggalkan haiwan ternakan mereka di padang untuk meragut rumput buat seketika untuk pergi bersarapan. Apabila mereka kembali, mereka melihat sesuatu yang luar biasa telah berlaku.

Seekor kambing telah berjalan di tebing setinggi 50 kaki dan melompat ke bawah sehingga mati. Apa yang peliknya, seluruh gerombolan kambing itu kemudian turut terjun dari tebing itu sehingga hampir 1,500 ekor kesemuanya dan para pengembala tidak dapat berbuat apa-apa selain menyaksikannya sahaja.

Secara keseluruhannya lebih 400 ekor biri-biri mati dan yang lainnya terselamat apabila jatuh ke atas kambing yang terjun terlebih dahulu dan berfungsi sebagai pelapik kepada yang selebihnya. Pihak pengkaji gagal menemui sebarang punca yang menyebabkan kambing itu berkelakuan sedemikian.

4. Kematian Paus Pilot Di New Zealand

paus pilot mati di pantai

Ikan Paus Pilot adalah sama dengan Paus Pembunuh kerana mereka didalam keluarga ikan Lumba-lumba tetapi sedikit kecil dan hampir keseluruhan badannya berwarna hitam atau kelabu. Ia banyak ditemui di kedua hemisfer utara dan selatan lautan tropika.

Paus Pilot juga terkenal kerana kecenderungan luar biasa untuk membunuh diri beramai-ramai dengan berenang naik ke pantai. Pada tahun 2009, lebih daripada 400 spesies paus ini mati terdampar di Tasmania. Pada tahun 2015 pula, lebih 100 ekor ditemui mati di New Zealand.

Bukan itu sahaja, fenomena ini turut berlaku di beberapa tempat lain di dunia seperti di Florida, Ireland dan Kanada. Tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa ia berlaku. Para pengkaji berpendapat ia mungkin kerana mereka mempunyai masalah untuk menentukan arah dalam air cetek. Tekaan lain pula adalah ia mungkin berlaku kerana penyakit atau trauma yang membawa mereka ke kawasan air cetek.

3. Lagun Sungai India, Florida

dugong di florida

Lagun ini adalah muara yang mempunyai paling banyak kehidupan biologi di Florida dan ia merangkumi 40 peratus daripada pantai Florida. Namun, apa yang menarik mengenainya adalah ia juga merupakan tempat kematian haiwan secara besar-besaran paling misteri di Amerika.

Pada Julai 2012, sebanyak 43 ekor dugong telah ditemui di sini. Sepanjang bulan seterusnya lebih banyak dugong ditemui mati dan menjadikan jumlah keseluruhannya 111 ekor kesemuanya.

Pada Januari hingga Jun 2013 pula, lebih dari 300 ekor burung undan ditemui mati. Kebanyakan bangkai yang ditemui sangat kurus dan penuh dengan parasit. Pada waktu yang sama iaitu Januari 2013, 46 ekor ikan lumba-lumba bottlenose juga ditemui mati dengan keadaan kurus dan sakit.

Ahli biologi percaya bahawa salah satu punca kematian adalah perubahan dalam ekosistem. Sejenis alga telah dikenalpasti berkembang dan membunuh lebih 60% rumpai laut di situ yang menjadi makanan utama dugong. Namun, ia hanyalah satu sebab sahaja dan pengkaji masih tidak menemui sebarang jawapan yang pasti.

2. Kehidupan tepi laut Chile

sardine mati di chile

Chile merupakan sebuah negara yang merangkumi pantai Barat Daya Amerika Selatan. Pada 2009, ia menjadi tempat di mana beberapa haiwan mati secara besar-besaran. Pada bulan Mac, 1200 ekor pengguin ditemui mati di bahagian selatan negara itu. Sebulan kemudian pula, berjuta-juta ekor ikan sardin hanyut di pantai tidak jauh dari tempat pengguin ditemui mati.

Disebabkan kejadian ini, beberapa sekolah berhampiran terpaksa ditutup akibat bau busuk berpunca daripada bangkai sementara pembersihan dilakukan. Tiga bulan selepas itu, kejadian burung flamingo Andrean pula meninggalkan sarang mereka di bahagia utara negara itu. Disebabkan pengabaian itu, lebih daripada 2000 biji telur flamingo tidak menetas.

Kejadian terakhir ialah 60 ekor burung undan ditemui mati di pantai di tengah Chile. Keempat-empat kejadian itu benar-benar membingungkan para saintis. Mereka tidak mengetahui punca sebenar ianya berlaku tetapi berpendapat ia disebabkan pemanasan global, penyakit dan pencemaran.

1. Kematian Lebah Seluruh Dunia

lebah mati

Kejadian haiwan mati paling terkenal adalah kejadian lebah mati di seluruh dunia. Pada tahun 1990-an, pembiak lebah mula merekodkan kematian lebah yang lebih tinggi daripada purata pada musim sejuk. Pada 2006 pula, kejadian ini telah diberi nama Colony Collapse Disorder. Sewaktu sindrom itu mula menjadi tajuk akhbar, para pembiak telahpun kehilangan 30-90% daripada lebah mereka.

Ini adalah masalah besar kerana lebah adalah penting dalam ekosistem kita. Serangga mendebungakan satu pertiga daripada apa yang kita makan seperti sayur, buah, kacang, gandum dan banyak lagidan 83% daripadanya didebungakan oleh lebah.

Terdapat beberapa teori tentang apa yang membunuh lebah ini namun tiada yang dapat dikatakan tepat. Beberapa teori termasuk mikrob, kekurangan zat makanan dan fungisida.

Namun begitu, suspek utama adalah neonicotinoid, iaitu sejenis racun perosak. Pada 2013, Eropah telah mengharamkan pengunaannya selama 2 tahun dan pihak Amerika pula sedang penyelidik penggunaannya. Walaupun begitu. racun ini juga tidak dapat dipastikan secara tepat menjadi punca utama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)