Oleh pada 03 Nov 2017 kategori

Bagi umat Islam, masjid merupakan sebuah tempat atau bangunan yang sangat suci bagi kita melakukan ibadah. Berdasarkan maklumat statistik pada tahun 2015, jumlah umat Islam di seluruh dunia ialah sebanyak 1.7 billion secara anggaran dan ini merupakan 24% daripada keseluruhan penduduk di bumi. Masjid-masjid yang tersenarai dikelaskan berdasarkan jumlah kapasiti ia mampu memuatkan umat Islam.

Dengan kepadatan umat Islam di seluruh dunia, sudah tentulah kita memerlukan banyak masjid untuk memuatkan umat Islam. Walau bagaimanapun, dengan bilangan masjid yang banyak dan saiznya yang besar ini masih tidak mampu menarik umat Islam untuk datang melakukan ibadah solat jemaah di masjid. Semoga kita memanfaatkan masjid-masjid yang ada di negara kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada di antara masjid ini dipenuhi oleh golongan Syiah tetapi diharapkan supaya pembaca tidak cepat melontarkan komen negatif kepada masjid-masjid ini kerana yang salah bukan masjid, tetapi mereka yang mungkin terpesong daripada ajaran Islam seperti sesetengah golongan Syiah.

10. Masjid Istiqlal

Masjid ini terletak di negara jiran kita iaitu Indonesia dan ia mampu memuatkan sehingga 200,000 orang yang datang untuk beribadat. Kebanyakkan penduduk ibu kota Indonesia akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat terutama solat jumaat. Masjid utama Jakarta ini siap dibina pada tahun 1978 dan masjid ini dibina untuk mengingati peristiwa kemerdekaan Indonesia. Nama Istiqlal diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud "kemerdekaan"

9. Masjid Asfi (Bara Imambara)

masjid asfi antara terbesar di dunia

Masjid Asfi ini terletak dalam kompleks Imambara atau dikenali sebagai Bara Imambara bagi rakyat India. Masjid ini dibina pada tahun 1784 oleh Asaf-ud-Daula iaitu seorang pemerintah di Awadh yang terletak di Lucknow, India. Masjid ini dikatakan dipenuhi dengan penduduk Syiah ketika mereka melakukan ibadah mereka. Ia mampu memuatkan 350,000 orang dan mempunyai keluasan sebesar 350,000 m².

8. Masjid Sheikh Lotfollah

masjid sheikh lotfollah antara terbesar di dunia

Masjid ini terletak di Isafahan, Iran dan mula dibina pada tahun 1603. Ia mengambil masa sehingga 16 tahun untuk dibina dan ketua arkitek bagi masjid ini merupakan Shaykh Bahai sebelum diubahsuai pada tahun 1920 oleh Ustaz Mohammad Reza Isfahani. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 500,000 orang selain mempunyai keluasan 200,500 m² dan banyak dikaitkan sebagai tempat utama Syiah beribadah.

7. Majid Imam Reza

masjid imam reza antara terbesar di dunia

Masjid Imam Reza merupakan sebuah masjid yang terletak dalam tempat keramat Imam Reza. Masjid ini terletak di Mashhad, Iran dan seperti yang umum mengetahui masjid-masjid di negara Iran merupakan tempat utama bagi golongan Syiah. Ia mampu memuatkan sehingga 500,000 orang dan keluasannya dianggarkan sebesar 600,000 m². Masjid ini siap dibina pada tahun 818 masihi dan masih digunakan sehingga hari ini.

6. Masjid Shah

masjid shah isfahan antara terbesar di dunia

Masjid ini juga terletak di negara Iran dan antara tempat utama bagi penduduk kawasan Isfahan untuk datang beribadat. Ia mula dibina pada tahun 1611 di mana proses pecah tanah berlaku dan telah siap dibina pada tahun 1629. Bangunan bersejarah ini mampu memuatkan sehingga 700,000 orang dan mempunyai keluasan bersaiz 400,500 m². Ia juga didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO.

5. Masjid Imam Ali

masjid imam ali antara terbesar di dunia

Masjid bersejarah ini siap dibina pada tahun 977 dan ia merupakan tempat simpannya makam Saidina Ali RA. Ini merupakan tempat utama bagi penduduk Najaf di Iraq dan sudah tentulah ia dipenuhi dengan golongan Syiah. Masjid ini telah dibina tiga kali setelah berlakunya kerosakkan yang pertama akibat kebakaran yang memusnahkan masjid ini. Ia mampu memuatkan sehingga 800,000 orang dan mempunyai keluasan bersaiz 300,500.

4. Masjid Jamkaran

masjid jamkaran antara terbesar di dunia

Masjid Jamkaran terletak di Qom, Iran dan juga salah satu tempat bagi penduduk Syiah di Iran untuk beribadat. Tempat bersejarah ini siap dibina pada tahun 984 dan mampu memuatkan sehingga 800,000 orang dan bersaiz 305,500 m². Masjid ini didana oleh Hasan bin Muslim hasil daripada pendapatan yang dikumpul daripada berkebun di ladang.

3. Masjid Imam Husain dan Masjid Al Abbas

masjid imam husain dan imam al abbas antara terbesar di dunia

Masjid ini merupakan tempat bersejarah dan terletak di Karbala, Iraq. Ia siap dibina pada tahun 680 tetapi telah berlaku banyak ubah suai sepanjang ia siap dibina sehingga sekarang. Nama masjid ini diberikan bagi mengingati kedua-dua Imam Husain dan Imam Al-Abbas. Keluasan masjid ini ialah 390,550 m² dan ia mampu memuatkan sehingga 1 juta orang.

2. Masjid Nabawi

masjid nabawi antara terbesar di dunia

Alhamdulillah masih terdapat masjid yang terlindung daripada golongan Syiah. Masjid ini dibina oleh baginda Rasulullah S.A.W dan merupakan masjid ketiga yang dibina dalam sejarah Islam. Ramai yang terkeliru kerana menganggap masjid ini merupakan masjid pertama tetapi masjid pertama ialah Masjid Quba. Masjid Nabawi terletak di bandar Madinah dan mempunyai keluasan 400,000 m² dan mampu memuatkan sehingga 1 juta orang.

1. Masjidil Haram

masjidil haram antara terbesar di dunia

Pasti sudah ramai mengetahui masjid yang paling besar di dunia dan merupakan tempat suci bagi umat Islam. Masjidil Haram dibina sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi dan ia diperbesarkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga keluasannya meningkat kepada 400,000 m². Apa yang paling menakjubkan ialah bangunan suci ini mampu memuatkan sehingga 4 juta umat Islam.

24. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

masjid sultan salahuddin abdul aziz shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau juga lebih dikenali sebagai Masjid Shah Alam merupakan masjid kedua terbesar di asia tenggara selepas Masjid Istiqlal. Ia siap dibina pada tahun 1988 dan mampu memuatkan sehingga 24,000 orang. Bagi mereka yang bakal menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia pada 4 November ini boleh la singgah untuk solat di masjid ini.

24. Masjid Putrajaya

masjid putrajaya

Masjid Putrajaya atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan masjid yang sama saiznya (anggaran) dengan Masjid Shah Alam. Kedua-dua masjid tersebut mampu memuatkan sehingga 24,000 orang umat Islam.

sumber: Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)