Apabila kita berfikir tentang sebuah masjid, gereja, kuil atau mana-mana bangunan keagamaan lain, pasti fikiran kita akan terbayang imej reka bentuk yang sangat tradisional. Namun kini perasaan dan bayangan ini seolah-olah sudah berubah.

Masjid telah menjadi menjadi subjek kepada banyak perubahan artistik dan "Paradise Has Many Gates" adalah antara salah satu hasil kerja artistik yang membawa kepada terhasilnya masjid yang sangat menonjol.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Paradise Has Many Gates" atau terjemahannya "Syurga Memiliki Banyak Pintu" adalah satu hasil seni bersaiz sebenar oleh artis dari Arab Saudi, Ajlan Gharem.

masjid paradise has many gates

Walaupun hasil seni ini mempunyai reka bentuk masjid tradisional, dilaungkan azan 5 kali sehari dan dihiasi dengan karpet tradisional yang boleh ditemui di mana-mana masjid biasa, namun ia tidak seperti masjid biasa.

Masjid lutsinar ini dibina daripada bahan-bahan yang sangat berbeza dan tidak dijangka, iaitu plexiglass, aluminium, geluli rata dan juga lampu berkuasa elektrik.

Disebabkan pemilihan bahan-bahan ini, masjid ini sering kali dikaitkan dengan sekatan di Eropah yang mengawal aliran pelarian serta bahagian penjara askar Amerika Syarikat, Guantanamo Bay.

masjid paradise has many gates di arab saudi

masjid paradise has many gates pada waktu malam

Masjid ini juga mewujudkan perasaan seperti anda dipenjara apabila berada di dalamnya.

Inilah bahagian seni yang ingin dibangkitkan oleh Aljan. Beliau mahu orang berfikir tentang bagaimana pagar bukan sahaja mengasingkan dan membahagikan manusia, tetapi juga idea.

Dan inilah sebab mengapa pemilihan bahan-bahan binaan adaah sangat penting. Dinding yang boleh dilihat ke luar dan ke dalam membolehkan kemungkinan halangan antara dunia dalam dan dunia luar dihapuskan.

Mereka yang tidak pernah melihat bahagian dalam masjid dan mereka yang tidak pernah tahu apa yang berlaku dalam masjid boleh mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai aktiviti kerohanian yang berlangsung.

ajlan gharem bersama hasil seninya

masjid yang menjadi hasil seni ajlan

Walaupun "Syurga Memiliki Banyak Pintu" ini telah mencetuskan kontroversi apabila ia mula-mula diletakkan di Arab Saudi, namun kini hasil seni ini telah berjaya di dunia Barat.

Pada musim panas yang lalu, masjid ini telah ditempatkan di Taman Vanier di Vancouver, Kanada, di mana ia akan kekal selama 2 tahun yang akan datang.

Aljan Gharem berharap karya seninya bukan sahaja menjadi sesuatu yang boleh dipamerkan malah menjadi "ruang untuk idea, untuk berdialog, untuk jenis perbualan yang baharu", jelasnya.

masjid paradise has many gates kini di kanada 392

("Paradise Has Many Gates" kini berada di Vancouver, Kanada untuk 2 tahun)

Projek masjid ini bukanlah projek Ajlan yang pertama, yang merupakan seorang guru matematik sekolah rendah pada siang hari dan menjadi artis pada malamnya.

Projek beliau sebelum ini dinamakan "Mount of Mercy" atau "Gunung Rahmat" merupakan satu koleksi gambar jemaah yang melawat Gunung Arafat, melebihi 10,000 keping yang dikumpulkan selama 6 tahun.

Apa pendapat anda mengenai masjid "Paradise Has Many Gates" ini?

Rujukan:

1. Mvslim




Hakcipta iluminasi.com (2017)