Masalah remeh-temeh ni walaupun selalunya dipandang kecil dan ringan, ia tak bermakna anda tak akan berasa jengkel tahap melampau. Orang yang tengok mungkin akan fikir anda ni overreacting tapi anda saja yang faham sikap toleransi anda terhadap masalah-masalah ini.

Berikut antara masalah 'dunia' yang anda selalu alami dan kami kongsikan sekali penyelesaian mudah agar anda tak rasa terlalu annoying dah lepas ni:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Tak ingat tangki minyak kereta sebelah kiri atau kanan

Ada segelintir orang yang suka tukar-tukar kereta, maka bila sampai kat pam minyak, dah keluar bayar tapi bila patah balik nak isi minyak baru perasan parking silap belah tangki. Ada juga orang pandu sebuah saja kereta tapi dia memang jenis pelupa rabak, sampai akhir zaman pun mungkin dia takkan ingat tangki minyak belah mana.

anak panah kecil di meter minyak menunjukkan tangki berada di sebelah mana

Cara mudah nak mengatasi masalah ini ialah dengan melihat meter minyak pada dashboard kereta. Kebanyakan kereta mempunyai anak panah kecil yang menunjukkan tangki minyak berada di sebelah mana. Kereta yang menggunakan meter minyak elektronik pun ada!

2. Bijirin sarapan banyak sangat serdak

Kebiasaannya lebihan serdak di penghujung bungkusan ini akan membuatkan bijirin menjadi lembap apabila direndam ke dalam susu. Anda boleh tapis dahulu bijirin sarapan menggunakan penapis dapur untuk tekstur yang lebih rangup. Selain itu, anda juga telah berjaya mengurangkan lebihan kandungan gula.

tapis bijirin sarapan untuk membuang serdak

3. Terngiang-ngiang lagu yang paling tak disukai

Bila dengar radio pagi-pagi, kadang-kadang stesen radio akan memasang lagu yang paling anda menyampah dalam dunia. Tapi lagu tu sebenarnya agak catchy dan mudah diingati. Bila anda dah sampai ke pejabat, otak anda masih terngiang-ngiang lagu tu. Kadang-kadang sampai anda termenyanyi pula. Lagi kuat anda cuba nak lupa, lagi kuat anda menyanyi.

tak suka lagu tapi terikut nyanyi

Macam mana nak hilangkan lagu tu daripada ingatan? Caranya mudah sahaja. Anda perlu alih perhatian otak sahaja dengan aktiviti lain. Penyelidik dari Western Washington University mendapati anda hanya perlu selesaikan permainan anagram seperti Scrabble sekurang-kurangnya lima huruf untuk melupakan lagu tersebut.

main game anagram untuk menghilangkan lagu annoying dalam kepala

4. Burger asyik berterabur

Pernah tak anda nak makan burger besar, panas-panas dan menggiurkan tapi baru pegang saja terus terburai keluar segala daging, sayur dan sos?

terbalikkan burger untuk mengelakkan isi berterabur

Lain kali, cuba terbalikkan dahulu burger sebelum makan. Ini kerana roti bahagian atas kebiasaannya lebih tebal dan besar daripada roti bahagian bawah. Jadi ia dapat menahan isi burger dengan lebih baik.

5. Straw terapung

Kalau anda suka minum air berkarbonat menggunakan straw, anda mungkin biasa mengalami masalah begini:

straw terapung

Mudah saja. Rasanya ramai orang sebelum ni dah share rahsia penutup tin minuman bergas ni:

selitkan straw begini untuk mengelakkannya daripada terapung apung

6. Remote kereta tak boleh dipicit dari jauh

Apalah gunanya alat kawalan jauh sekiranya ia hanya berfungsi pada jarak dekat? Kadang-kadang anda terlupa parking kereta di mana tapi bila nak cuba kesan kereta menggunakan remote, anda kusut sebab tak dengar-dengar pun bunyi "tet, tet" itu.

Anda sebenarnya boleh meningkatkan jarak sistem masuk tanpa kunci dengan menghalakan alat itu ke kepala anda. Teknik ini pernah diuji dalam rancangan Top Gear UK suatu ketika dahulu. Anda boleh tonton sendiri di sini:

7. Baju berkedut tapi malas nak gosok

Selain menggosok baju dengan seterika, anda boleh gunakan cara berikut untuk menghilangkan kedutan pada pakaian. Cara pertama ialah dengan menggantungkan baju ketika anda mandi dengan air panas. Wap stim daripada air panas ini akan membantu mengurangkan kedutan pada baju. Namun hati-hatilah agar tak tersimbah air pula pada baju anda.

malas gosok baju boleh guna cara ini 741

Tapi kalau anda seorang yang malas mandi, anda boleh menyemburkan sedikit air pada pakaian dan kemudian keringkan menggunakan alat pengering rambut pada suhu rendah.

8. Tak suka jari comot apabila mencelup Oreo ke dalam susu

Anda suka celup Oreo ke dalam susu? Ataupun cicah biskut berkrim ke dalam minuman panas? Kalau anda tak suka jari comot, basah dan melekit, gunakan sebatang garfu dengan mencucuk pada bahagian krim biskut. Kemudian cicah dan rendamlah biskut itu mengikut citarasa.

celup biskut berkrim menggunakan garfu untuk elak tangan basah melekit

9. Buah yang disimpan menjadi busuk sebelum sempat dimakan

Adakah anda tahu bahawa buah-buahan seperti pisang, epal dan avokado menghasilkan gas dipanggil etilena (ethylene) yang mengakibatkan buah-buahan berdekatan mereka menjadi terlebih ranum dengan lebih pantas? Untuk memperlahankan proses ini, anda cuma perlu simpan setiap jenis buah-buahan ini secara berasingan.

asingkan buah buahan seperti epal pisang dan avokado daripada buah buahan lain

10. Sejukkan air dengan pantas

Anda boleh terus minum air sejuk di bawah lima minit sahaja dengan merendam bekas air di dalam air sejuk yang dicampur ketulan ais dan garam. Selain itu, ada juga cara alternatif di mana anda boleh membalut botol atau tin minuman menggunakan tisu dapur yang lembap dan masukkan ke dalam penyejuk beku selama beberapa minit.

cepat sejukkan minuman 514

Anda ada 'masalah dunia' yang lain seperti ini? Boleh komen atau pm kami di page FB Iluminasi. Kami akan cuba carikan jalan penyelesaian untuk anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)