permainan jepun yang pelik

Jepun memang terkenal dengan pelbagai perkara aneh seperti mesin layan diri aneh hinggalah kepada penciptaan produk-produk yang tak masuk akal.

Oleh kerana mereka adalah sebuah bangsa yang unik, penciptaan mainan kanak-kanak juga tidak lepas daripada keanehan dan misteri.

iluminasi.com kongsikan 9 mainan ciptaan Jepun yang tersangat pelik.

1. Anak patung hamil

anak patung hamil

Pada abad ke-18 dan ke-19, karnival-karnival tontonan atau sarkas yang dikenali sebagai "misemono" merupakan bentuk hiburan yang popular bagi penduduk Edo (sekarang Tokyo) yang canggih.

Karnival-karnival ini menampilkan banyak tarikan pendidikan dan menghiburkan yang direka untuk membangkitkan rasa tertanya-tanya serta untuk memuaskan rasa ingin tahu yang mendalam tentang misteri kehidupan.

Salah satu tarikan popular tersebut termasuklah anak patung yang hamil.

Walaupun dipercayai bahawa anak patung ini dihasiklan terutamanya untuk mengajar bidan bagaimana untuk menyambut kelahiran bayi, namun bukti-bukti menunjukkan bahawa ia juga digunakan untuk tujuan hiburan.

2. Tuttuki Bako 

tuttuki bako

Mainan interaktif baru dari Jepun ini melibatkan memasukkan jari anda ke lubang di sisi kotak untuk berinteraksi dengan persekitaran maya.

Pergerakan jari anda akan dipaparkan melalui skrin interaktif dalam "real-time". Mainan ini boleh didapati secara online dengan harga sekitar RM200.

3. Rantai kunci edamame

rantai kunci edamame

Edamame adalah kacang soya muda, dipetik sebelum berbunga menjadi dewasa dan direbus.

Edamame juga lazat dan proses mengeluarkan kacang ini daripada badannya adalah sangat menyeronokkan.

Dengan adanya permainan kacang edamame berbentuk keychain ini, anda boleh mengalami keseronokkan mengeluarkan kacang daripada badannya tanpa perlu memakannya.

Setiap rantai kunci Jepun "Popping Edamame" ini mempunyai tiga butir kacang. Kacang di bahagian tengah mempunyai satu daripada 12 muka rawak yang dicetak padanya.

Sebab permainan ini dhasilkan tidak diketahui namun ia boleh membuatkan anda tersenyum. Kacang-kacang ini disambungkan kepada jalur plastik, jadi ia boleh dimasukkan semula dan dikeluarkan berkali-kali sebanyak mana yang anda inginkan.

Mungkin permainan ini kelihatan seperti bodoh dan tak masuk akal, tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan lebih-lebih lagi jika anda kebosanan.

4. H-Bouya Erotic USB 

h bouya erotic usb

Inilah adalah antara salah satu mainan yang paling aneh, yang direka oleh Cube di Jepun.

Huruf "H" yang digunakan dalam nama ini juga boleh bermaksud 'erotik' dalam bahasa Jepun ('H' disebut sebagai "eechi" = erotik).

Jadi, ia boleh juga dikenali sebagai Budak Erotik! 

Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan H-bouya ke dalam port USB dan setiap kali anda menekan 'H' pada papan kekunci, ia menyalakan warna merah dan matanya berkelip.

5. Patung cukur bulu

patung cukur bulu

Permainan ini boleh dikategorikan sebagai mainan tidak menyenangkan sepanjang zaman.

Anak patung 'Shave the Baby' yang sangat berbulu ini dihasilkan dengan dengan bulu tebal berwarna oren terang menonjol dari pergelangan kakinya, ketiak, dan yang paling mengganggu, kawasan kemaluannya.

Ia direka dengan niat untuk memberi pemilik anak patung ini rasa keterujaan dan keseronokan bercukur bulu-bulu tersebut.

Ada pihak yang menjelaskan bahawa ia sebenarnya bukanlah mainan, tetapi objek seni yang dibuat pada tahun 1995 oleh Zbigniew Libera, yang terdiri daripada satu set sepuluh anak patung yang sepadan dalam sepuluh kotak kadbod yang sepadan.

6. Robot kucing Sega

robot kucing sega

Mainan ini diberi nama "Yume-Neko Venus," atau "Dream Cat Venus."

Mainan Jepun ini dilengkapi dengan sensor sentuhan yang membolehkan ia melakukan perilaku kucing yang benar-benar hidup seperti mengeluarkan bunyi kucing ketika tidur, menggerakkan kakinya ketika anda menggosok perutnya dan banyak tidur.

Mainan ini mungkin kelihatan comel tetapi ia juga memberikan rasa yang menyeramkan kepada pemiliknya.

7. Patung terapung Bandai

sotong terapung bandai

Ini lagi satu mainan ciptaan Jepun yang agak membingungkan.

Mainan ini dicipta hanya untuk dimasukkan ke dalam botol air dan terapung-apung, tanpa apa-apa fungsi lain. 

Ia datang dalam pelbagai warna dalam bentuk obor-obor, sotong dan sotong kurita.

Mainan mikro Bandai boleh didapati di Jepun dengan harga RM24.

8. Koibito

koibito

Diberi nama Koibito, mainan dicipta oleh artis Jepun iaitu Yoskay Yamamoto. Ia merupakan sebuah patung vinil berdasarkan lukisan dari pameran 'In Another Land' oleh Yoskay.

Dengan ukuran ketinggian 7 inci, patung itu mempamerkan pendekatan silang budaya Yoskay, menggabungkan seni pop Amerika dengan unsur-unsur mistik Jepun.

9. The Kaba Kick

the kaba kick

Kaba Kick adalah sejenis permainan seperti "Russian Roulette" untuk kanak-kanak. Jadi dalam kes ini, ia lebih patut dikenali sebagai "Japan Roulette".

Pemain perlu menghalakan pistol ke kepala sendiri dan menarik picu. Pistol tersebut akan mengeluarkan sepasang kaki dari tong yang berbentuk badak air merah jambu dan bukannya peluru.

Sekiranya pistol tidak menembak, maka pemain tersebut memperoleh mata. 

Rujukan:

1. Digital Trends

2. OD

3. Boredom Therapy



Hakcipta iluminasi.com (2017)