Kopi adalah antara minuman pemberi tenaga popular yang paling disukai di seluruh dunia. Kejayaan rangkaian kedai kopi seperti Starbucks membuktikan segalanya.

Statista.com menyatakan bahawa pasaran global untuk kopi segera dijangka melebihi RM151 bilion pada tahun 2020 dan anda mungkin salah satu sebab untuk pertumbuhan ini yang sangat pesat ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat banyak sebab mengapa kopi popular di seluruh dunia, bukan sekadar mitos kopi dan legenda di sebalik asal-usul minuman ini.

kopi paling mahal di dunia

Pertama, minuman ini telah diterima oleh kebanyakan agama dan digunakan secara meluas apabila alkohol diharamkan.

Kopi juga mengandungi kafein yang merangsang minda dan deria serta mempunyai aroma indah yang memberi tenaga kepada otak.

Kedai kopi telah menjadi pusat yang popular untuk temu janji, mesyuarat, dan aktiviti sosia. Malah kedai kopi telah menjadi tempat tradisional untuk interaksi sosial di tempat-tempat seperti Milan, Greece, Austria, dan Timur Tengah. 

Dan walaupun sesetengah kopi dijual dengan harga tak masuk akal, masih ramai yang sanggup membelinya. iluminasi.com kongsikan 10 kopi paling mahal di dunia.

10. Hawaiian Kona – RM155 per 500 gram

kopi hawaiian kona

Kopi ini mempunyai rasa yang hebat dan unik. Ia berada dalam kalangan kopi paling mahal di dunia kerana diperbuat daripada pelbagai jenis bahan yang jarang ditemui.

Di samping itu, kopi ini mengalami kekurangan bekalan yang bermaksud kebanyakan penjual menggunakan campuran 10% kopi Kona dan 90% lagi adalah kopi murah.

Untuk menikmati pengalaman kopi Hawaii yang sebenar, pastikan anda membeli dan menggunakan 100% kopi Kona.

9. Los Planes – RM183.5 per 500 gram

kopi los planes

Kopi Finca Los Kapal ditanam di ladang di El Salvador oleh keluarga Sergio Ticas Yeyes. Kopi ini memenangi tempat kedua dalam Piala Kecemerlangan 2006 dan tempat ke-enam pada tahun 2011.

Perisa popular termasuklah rasa gula merah dan jeruk dengan karamel. Walaupun harganya agak tak masuk akal, namun banyak pencinta kopi sanggup membelanjakan wang bagi mendapatkan kopi yang menyegarkan ini.

8. Starbucks Sexagintuple Vanilla Bean Mocha Frappuccino – RM225 segelas

sexagintuple vanilla bean mocha frappuccino

Minuman dari Starbuck ini telah mengatasi minuman yang juga dihasilkan oleh mereka sebelum ini (Quadriginoctuple Frap) dengan harga RM197 segelas.

Menurut mereka yang pernah menikmati minuman ini, rasa Quadriginoctuple Frap ini adalah berbaloi dengan harganya kerana anda akan berasa bertenaga dan terangsang selepas meminum minuman eksotik ini.

7. Fazenda Santa Ines – RM229 per 500 gram

kopi fazenda santa ines

Kelebihan kopi ini adalah ia mempunyai rasa seperti buah dan manis. Ia ditanam berhampiran dasar pergunungan Mantiquera di Brazil dan pengeluarannya bermula lebih dari 100 tahun yang lalu.

Kopi berharga ini digilai oleh sebilangan besar orang di seluruh dunia. Mereka tertarik dengan rasa minuman lazat ini kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti termasuklah buah-buahan yang lazat.

6. Jamaican Blue Mountain – Lebih dari RM230 per 500 gram

kopi blue mountain

Kopi ini ditanam di pergunungan gunung Blue Jamaica di ketinggian kira-kira 1,524 meter. Kawasan ini sering ditaburi hujan lebih, oleh itu bekalan air di sini sangat abanyak.

Biji kopi ini diproses di sini selepas dipungut dan dihantar ke tempat lain. Minuman ini mempunyai rasa yang ringan yang tidak berasa pahit. Ia sangat popular di Jepun yang merupakan salah satu pengimport terbesar jenama ini.

5. Saint Helena – RM361 per 500 gram

kopi saint helena

Napoleon Bonaparte, seorang pemimpin tentera yang sanfgat hebat adalah peminat kopi ini dan menanamnya di pulau St Helena, memberikan nama kepada kopi ini.

Sejak itu, kopi ini terus berkembang ke seluruh dunia. Pulau ini terletak di tengah-tengah Lautan Atlantik, kira-kira 1,931 kilometer dari pantai barat Afrika.

Oleh itu, kos pengangkutan adalah sangat tinggi yang merupakan salah satu sebab kepada harganya yang sangat mahal. Walau bagaimanapun, pencinta jenama ini bersedia untuk mengeluarkan wang yang banyak kerana minuman itu mempunyai rasa karamel yang berkualiti tinggi, dengan sedikit rasa sitrus.

4. Kopi Luwak – RM732 per 500 gram

kopi luwak

Kopi ini dihasilkan di Indonesia oleh luwak Asia. Haiwan ini mengambil ceri kopi dan melakukan proses penapaian semasa ia melalui usus dan dihadam. Kemudian, biji kopi ini akan dibuang bersama-sama najis lalu dipungut dan diproses.

Rasa lazat kopi ini adalah kerana enzim yang dirembes oleh luwak semasa pencernaan. Oleh it, kopi luwak juga dikenali sebagai kopi civet. Harga kopi ini boleh mencecah RM1,460 sekilogram.

3. Hacienda La Esmeralda – RM1,600 per 500 gram

kopi hacienda la esmeralda

Kopi ini telah memenangi pelbagai anugerah tempat pertama dalam pertandingan kopi di seluruh dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Ia ditanam di lereng Gunung Baru di Panama di kawasan yang diteduhi oleh pokok jambu batu.

Hidangan yang jarang ditemui ini menawarkan pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk para pencinta kopi dengan rasa yang hebat dan rasa yang diperkaya.

Dalam satu acara lelongan, kopi ini dijual dengan harga RM3,200 sekilogram.

2. Finca El Injerto – RM2,287 per 500 gram

kopi finca el injerto

Kopi Finca El Injerto sangat mahal kerana ia diperbuat daripada biji kopi yang jarang ditemui dan sangat kecil. Kualiti bijirin biji kopi ini bertambah baik dengan cara membasuhnya dalam satu saluran lalu dipecahkan sebanyak dua kali.

Walaupun harganya boleh mencecah RM4,565 sekilogram, namun kopi ini masih digemari oleh peminat kopi di seluruh dunia. 

1. Black Ivory – RM2,288 per 500 gram

kopi paling mahal di dunia 558

Kopi gading hitam ini diperbuat daripada biji kopi Arabica oleh Black Ivory Coffee Company di Thailand. Sama seperti kopi civet, ia dihasilkan melalui gajah yang memakan biji kopi Arabica dan memprosesnya semasa penghadaman.

Asid perut haiwan ini memecahkan protein biji kopi ini dan memberikan rasa yang kuat kepada minuman kopi ini.

Kopi Black Ivory sangat sukar ditemui dan mahal kerana hanya sebilangan kecil biji kopi ini boleh didapati dalam satu-satu masa. Anda perlu membelanjakan kira-kira RM200 untuk secawan kopi gading hitam ini yang menjadikannya kopi termahal di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)