Baru-baru ini ibu pejabat Starbucks di Amerika Syarikat telah mengumumkan penambahan beberapa menu baru dalam senarai minumannya.

Di Malaysia sahaja, Starbucks telah mempunyai lebih daripada 200 cawangan seluruh negara. Maka, ini mungkin merupakan berita baik bagi para penggemar jenama kopi yang berasal dari negara Uncle Sam itu.

Walau bagaimanapun, menurut satu laporan Daily Mail UK, kebanyakan minuman yang menyegarkan ini mengandungi bilangan kalori yang amat mengejutkan. Hampir kesemua minuman baru Starbucks daripada Cascara Latte sehingga ke Coconut Milk Mocha Macchiato mempunyai bilangan kalori yang tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

penggemar starbucks perlu mengawal pengambilan minuman 865

Manakala minuman yang dikategorikan sebagai 'rendah kalori' pula - seperti Toasted Coconut Cold Brew - masih lagi sarat dengan kandungan gula.

Walaupun Starbucks tidak pernah melabelkan minuman-minuman ini sebagai minuman sihat, namun sebagai pengguna, anda mungkin tidak sedar bahawa ia sedikit sebanyak boleh memberikan kesan jangka panjang kepada tubuh badan anda. Apatah lagi sekiranya anda seorang yang kurang aktif bersenam dan tidak menjaga pemakanan.

"Setakat kopi, susu dan ais, no hal lah"

Untuk pengetahuan anda, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan agar individu dengan berat badan normal hanya perlu mengambil gula lebih kurang 25 gram atau 6 sudu teh sahaja dalam sehari.

starbucks kaunter kopi

Adakah anda tahu bahawa cawan Caffe Mocha bersaiz tall mempunyai kandungan gula sebanyak 28 gram dengan 310 kalori?

Minuman Starbucks yang terbaru ini pula ada yang mengandungi gula sebanyak 86 gram. Nilai satu cawan itu sahaja sudah hampir 3.5 kali lebih banyak daripada jumlah yang disarankan untuk setiap hari. 

Menurut Daily Mail, puncanya datang daripada sirap pemanis yang dicampur untuk mengubah rasa pahit kopi. Memasukkan sirap ini sahaja telah menambah sekurang-kurangnya 15 gram gula dan 60 kalori. Itu belum anda pilih untuk tambah susu, krim putar atau sirap berperisa. 

penggemar starbucks perlu mengawal pengambilan minuman 2

Bukan tak boleh minum langsung. Boleh, tapi nak makan atau minum apa-apa pun, biarlah berpada-pada. Lepas lepak minum di Starbucks, pastikan anda melakukan senaman ringan dan minum air kosong dengan banyak. Barulah seimbang.

Anda boleh semak sendiri nutrisi makanan dan minuman Starbucks dari pautan di bawah. Sementara itu, kami kongsikan 6 minuman terbaru Starbucks yang telah diumumkan baru-baru ini. Kami kurang pasti sama ada minuman ini telah tiba di Malaysia atau belum. Selamat mengopi!

pokemon go frappuccino 407

#1 Pokemon Go Frappucino

Saiz Kalori (kcal)Gula (gram)
Tall32048
Grande45069
Venti54086

cascara latte 868

#2 Cascara Latte

SaizKalori (kcal)Gula (gram)
Tall21025
Grande28032
Venti36041

iced cinnamon almond milk macchiato

#3 Iced Cinnamon Almond Milk Macchiato

SaizKalori (kcal)Gula (gram)
Tall13019
Grande19028
Venti27041

vanilla sweet cream cold brew

#4 Vanilla Sweet Cream Cold Brew

SaizKalori (kcal)Gula (gram)
Tall408
Grande5011
Venti8017

iced coconut mocha milk macchiato 275

#5 Iced Coconut Milk Mocha Macchiato

SaizKalori (kcal)Gula (gram)
Tall17022
Grande21027
Venti30039

coconut mocha milk macchiato

#6 Coconut Milk Mocha Macchiato (panas)

SaizKalori (kcal)Gula (gram)
Tall17022
Grande20025
Venti28036

Rujukan:

1. World Health Organization

2. Starbucks

3. Daily Mail UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)