Kata-kata terakhir daripada pembunuh bersiri terkenal mempunyai pelbagai emosi. Sesetengah pembunuh, ketika berhadapan dengan pelaksanaannya, menawarkan permintaan maaf yang ikhlas untuk kejahatan kejam yang mereka lakukan.

Beberapa kata-kata terakhir pembunuh bersiri dipenuhi dengan kemarahan dan kebencian, sementara yang lain sepertinya tidak peduli terhadap keadaan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beberapa kata-kata terakhir yang paling menarik adalah kata-kata aneh orang yang gila, menjadikannya lebih mistik daripada sebelumnya.

iluminasi.com kongsikan 10 kata-kata terakhir pembunuh bersiri terkenal yang kelakar dan menyeramkan.

1. James French

james french pembunuh bersiri

"Hei semua! Bagaimana kalau anda letak ini sebagai tajuk utama berita di suratkhabar esok: French Fries."

James D. French adalah seorang penjenayah yang merupakan orang terakhir yang mati di bawah undang-undang hukuman mati Oklahoma sebelum Furman v. Georgia, yang menggantung hukuman mati di Amerika dari 1972 hingga 1976.

Dia juga satu-satunya banduan yang dihukum mati di Amerika Syarikat pada tahun itu.

Sudah berada di penjara seumur hidup kerana kesalahan membunuh seorang pemandu kereta yang menumpangkan kereta kepada James pada tahun 1958, James dikatakan berhasrat untuk mati tetapi tidak mempunyai keberanian untuk membunuh diri.

Sebaliknya, dia membunuh rakan bilik penjaranya, yang memaksa undang-undang menjatuhkan hukuman mati.

Kata-kata terakhirnya "French Fries" merujuk kepada namanya "French", yang digoreng iaitu "Fries", kerana dia dihukum dengan kerusi elektrik.

2. Carl Panzram

carl panzram

"Cepat la anak haram Hoosier. Aku boleh bunuh 10 orang sementara kamu semua terhegeh-hegeh buat kerja".

Carl Panzram adalah pembunuh bersiri, perogol, perompak dan pencuri dari Amerika.

Dalam pengakuan penjara dan autobiografinya, dia mendakwa telah melakukan 21 pembunuhan, yang kebanyakannya tidak dapat disahkan, dan telah meliwat lebih daripada 1,000 lelaki.

Carl dijatuhkan hukuman mati dengan tali gantung dan dilaksanakan pada 5 September 1930. Hoosier merujuk kepada orang yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat.

3. Peter Kürten

peter k rten

"Beritahu saya. Selepas kepala saya dipenggal, adakah saya masih boleh mendengar, walaupun sekejap sahaja, bunyi darah saya terpancut dari leher saya? Ia pastinya sesuatu yang menyeronokkan untuk mengakhiri semua keseronokan,".

Peter Kürten adalah seorang pembunuh bersiri Jerman yang dikenali sebagai "The Vampire of Düsseldorf" dan "Monster Düsseldorf".

Dia telah melakukan di antara 9 hingga 60 pembunuhan melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak. Tak cukup dengan itu, Peter meminum darah sekurang-kurangnya seorang daripada mangsanya, dan juga merogol serta memukul ramai lagi.

Dia dijatuhkan hukuman penggal kepala pada 2 Julai 1931.

4. John Wayne Gacy

john wayne gacy

"Cium punggung saya"

John Wayne Gacy adalah seorang pembunuh dan perogol bersiri Amerika yang menyerang, menyeksa dan membunuh sekurang-kurangnya 33 remaja dan lelaki muda antara tahun 1972 dan 1978 di Cook County, Illinois.

Ketika melakukan jenayah tersebut, Gary berpakaian seperti seorang badut yang gila. Semua pembunuhan yang disahkan dilakukan di dalam rumah ladangnya di Norwood Park.

Gary dihukum bunuh pada 10 Mei 1994 melalui suntikan maut.

5. Thomas J. Grasso

thomas j grasso

"Saya tak dapat Spaghetti O's saya. Saya dapat spaghetti. Saya mahu pihak media tahu perkara ini".

Pada 24 Disember 1990, Thomas J. Grasso telah membunuh dua orang wanita warga emas dalam usahanya untuk mencuri sejumlah wang yang kecil.

Dia melakukan pembunuhan tersebut dengan menjerut leher magnsa menggunakan lampu pokok Krismas. Thomas dihukum bunuh melalui suntikan maut pada 20 Mac 1995.

Sebelum dihukum bunuh, dia meminta Spaghetti O's sebagai makanan terakhirnya, namun hanya diberikan spaghetti biasa.

6. Ted Bundy

ted bundy 227

"Saya nak sampaikan salam sayang saya kepada keluarga dan rakan-rakan saya".

Ted Bundy adalah pembunuh bersiri, penculik, perogol, pencuri, dan nekrofilia (tertarik secara seksual terhadap mayat) yang menyerang dan membunuh ramai wanita dan perempuan muda pada tahun 1970-an dan mungkin lebih awal.

Selepas lebih daripada sedekad penafian, dia mengaku melakukan 30 pembunuhan yang dilakukannya di 7 negeri antara 1974 dan 1978

Jumlah wanita yang diculik, dirogol dan dibunuh oleh Ted tidak diketahui dengan jelas, tetapi sesetengah pihak berkata jumlahnya sekitar 100 orang.

Ted Bundy dihukum bunuh pada 24 Januari 1989 dengan kerusi elektrik.

7. H. H. Holmes

h h holmes

"Buat perlahan-lahan. Jangan buat kerja cincai".

Herman Webster Mudgett, atau lebih dikenali sebagai  Dr. Henry Howard Holmes merupakan antara salah seorang pembunuh bersiri terawal di Amerika Syarikat.

Walaupun dia mengaku ke atas 27 pembunuhan, hanya 9 sahaja yang munasabah untuk disahkan dan beberapa orang yang didakwa dibunuhnya masih hidup.

Dr. Henry dihukum gantung pada 7 Mei 1896.

8. Jeffrey Dahmer

jeffrey dahmer

"Aku tak kisah kalau aku hidup atau mati. Bunuhlah aku".

Jeffrey Dahmer mengejutkan orang ramai di seluruh negara apabila dia ditangkap kerana merogol dan membunuh 17 orang lelaki.

Jenayahnya juga termasuk kanibalisme dan nekrofilia di antara tahun 1978 dan 1991.

Berbeza dengan pembunuh bersiri yang lain dalam senarai ini, Jeffrey mati akibat dipukul oleh seorang tahanan di penjara pada 28 November 1994.

9. Albert Fish

albert fish

"Saya pun tak tahu mengapa saya berada di sini"

Hamilton Howard "Albert" Fish adalah pembunuh siri Amerika, pemerkosa kanak-kanak dan kanibal.

Dia juga dikenali sebagai Man Grey, Werewolf of Wysteria, Brooklyn Vampire, Moon Maniac, dan The Boogey Man.

Alebrt pernah berbangga bahawa dia "melakukan jenayah ke atas kanak-kanak di setiap negeri" dan pada satu masa menyatakan bilangan mangsanya adalah kira-kira 100 orang.

Namun, tidak diketahui sama ada dia merujuk kepada jenayah rogol atau atau kanibalisme, atau tidak diketahui sama ada kenyataan itu adalah benar.

Albert Fish dihukum bunuh dengan kerusi elektrik di usia 65 tahun pada 16 Januari 1936.

10. William Bonin

william bonin

"Saya cadangkan apabila seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, sebelum mereka melakukannya, mereka patut pergi ke sebuah tempat yang sunyi dan fikir betul-betul tentangnya".

William George Bonin, yang juga dikenali sebagai Pembunuh Lebuhraya, adalah seorang pembunuh bersiri dan pesalah seks.

Dia telah melakukan jenayah rogol, penyeksaan, dan membunuh sekurang-kurangnya 21 lelaki dan lelaki muda dalam satu siri pembunuhan pada tahun 1979 dan 1980 dalam California Selatan.

Dia mempunyai tabiat membuang mayat berdekatan dengan lebuh raya, yang memberikan nama samarannya.

William Bonin dihukum mati dengan suntikan maut pada 23 Februari 1996.




Hakcipta iluminasi.com (2017)