Dengan populasi sekurang-kurangnya 50 juta, masyarakat Pashtun adalah etnik paling besar di Afghanistan, dan yang kedua terbesar di Pakistan. Bangsa Pashtun disatukan melalui bahasanya, Pashto, yang merupakan sebahagian daripada keluarga bahasa daripada Indo-Iran, walaupun ramai daripada mereka yang mempunyai kebolehan untuk turut bertutur dalam bahasa Dari (Parsi) atau Urdu. Masyarakat ini turut dikenali sebagai Pathans. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu aspek penting tentang kebudayaan tradisional Pashtun adalah kod Pashtunwali atau Pathanwali, yang menetapkan standard bagi tingkah laku individu dan masyarakat. Kod ini mungkin sudah bermula sejak sekurang-kurangnya abad ke-2 sebelum masihi lagi, walaupun sudah tentu seklai ianya telah melalui fasa-fasa modifikasi sejak 2,000 tahun lalu. Beberapa prinsip dalam Pashtunwali meliputi hospitaliti, keadilan, keberanian, kesetiaan dan menghormati wanita. 

Asal Usul Menarik Etnik Pashtun

asal usul menarik etnik pashtun

Menariknya, etnik Pashtun sebenarnya tidak mempunyai asal usul yang satu. Memandangkan bukti DNA menunjukkan bahawa Asia Tengah adalah antara lokasi terawal berkembangnya populasi dunia selepas manusia mula meninggalkan Afrika. Kemungkinan besar juga moyang masyarakat Pashtun telah lama tinggal di kawasan tersebut untuk suatu tempoh yang lama, terlalu lama sehinggakan mereka tidak langsung mengingati apa-apa kisah perpindahan mereka daripada lokasi lain. 

Menurut kisah asal usul Hindu, melalui Rigveda, yakni koleksi kitab-kitab Veda, yang dihasilkan seawal 1,700 B.C., ianya ada menyebut tentang sekumpulan masyarakat yang digelar Pakhta yang tinggal di sebuah kawasan yang hari ini dikenali sebagai Afghanistan. 

Moyang masyarakat Pashtun mungkin sudah berada di kawasan tersebut sejak 4,000 tahun yang lalu lagi, atau mungkin lebih lama. Kebanyakan para ilmuan percaya bahawa etnik Pashtun adalah waris daripada beberapa kumpulan nenek moyang. Kemungkinan populasi pengasas adalah berasal daripada timur negara Iran hari ini, dan mereka membawa bahasa timur Indo-Eropah bersama mereka.

dinasti lodi etnik pashtun

Teori lain menyebut tentang campuran darah antara kumpulan tersebut dengan beberapa etnik lain, termasuklah Kushans, Hephthalites atau Huns Putih, Arab, Mughals dan lain-lain etnik yang melalui kawasan tersebut. Secara khususnya, etnik Pashtun di kawasan Kandahar mempunyai tradisi yang diwarisi daripada tentera Greco-Macedonia di bawah kuasa Alexander the Great, yang menakluki kawasan berkenaan pada 330 B.C..

Antara pemerintahan Pashtun yang berpengaruh termasuklah Dinasti Lodi, yang memerintah Afghanistan dan utara India ketika zaman Kesultanan Delhi (1206-1526). Dinasti Lodi (1451-1526) adalah yang terakhir dalam 5 Kesultanan Delhi yang ada, dan ianya tewas kepada Babur the Great, maharaja yang mengasaskan Empayar Moghul.

Sehingga penghujung abad ke-19, orang luar secara umumnya mengenali etnik tersebut sebagai Pashtun Afghan. Walaubagaimanapun, apabila negara Afghanistan mula melalui fasa pemodenan, perkataan tersebut terus diaplikasikan kepada setiap rakyat negara tersebut, tanpa mengambil kira latar belakang etnik mereka. 

Etnik Pashtun dari Afghanistan dan Pakistan perlu dibezakan daripada lain-lain bangsa di Afghanistan, seperti etnik Tajiks, Uzbeks dan Hazara.

Etnik Pashtun Hari Ini

etnik pashtun hari ini

Kebanyakan masyarakat Pashtun hari ini beragama Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Sebahagian kecil daripada mereka adalah beragama Shiah. Kesannya, sesetengah aspek Pashtunwali dilihat diambil daripada undang-undang Islam, yang diperkenalkan ribuan tahun selepas kod pertama diasaskan. Sebagai contoh, satu konsep penting dalam Pashtunwali adalah menyembah Tuhan yang satu, iaitu Allah. 

Selepas Partition of India (Pemisahan India) pada tahun 1947, segolongan pemimpin masyarakat Pashtun menggesa agar negara Pashtunistan dibentuk di kawasan di Pakistan dan Afghanistan yang didominasi oleh etnik tersebut. Walaupun idea ini sehingga kini menjadi impian buat nasionalis Pashtun, namun ianya adalah agak mustahil untuk dicapai. 

Antara golongan etnik Pashtun yang terkenal dalam sejarah termasuklah Ghaznavids, keluarga Lodi, yang pemerintah terakhir Kesultanan Delhi, bekas presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan pemenang Nobel Peace Prize pada tahun 2014 iaitu Malala Yousafzai.  

Gambar-Gambar Kecantikan Semula Jadi Anak Gadis Pashtun

gadis pashtun

gadis afghan pashtun

anak gadis pashtun comel

anak gadis pashtun menawan

kanak perempuan pashtun

kecantikan gadis pashtun

gadis pashtun yang segak

Bagi yang masih bujang, mungkinkah gadis Pashtun bakal menjadi pilihan hati anda?

Sumber & Bacaan Tambahan:

  1. thoughtco.com
  2. britannica.com
  3. gettyimages.com
  4. pinterest.co.uk



Hakcipta iluminasi.com (2017)