Anda mungkin pernah melihat gambar badan manusia yang diwarnakan dengan corak tulang manusia seperti gambar di atas. Kebiasaannya seseorang itu akan mewarnakan badannya dengan corak atau kostum yang seram sebegini sempena perayaan Hari Halloween yang disambut disesetengah negara pada tarikhh 31 Oktober setiap tahun.

Namun, tahukah anda corak tulang pada badan ini sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah etnik terpencil yang tinggal di Papua New Guinea? Etnik yang dikenali sebagai Chimbu ini hidup di kawasan pergunungan terpencil di Papua New Guinea, kira-kira 2400 meter daripada aras laut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

etnik chimbu

Etnik ini hanya ditemui oleh orang luar pada tahun 1934 dan latarbelakang dan kehidupan mereka masih belum dapat dirungkai sepenuhnya. Namun, corak tulang yang diwarnakan pada badan mereka sememangnya unik dan menarik perhatian ramai.

Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar populasi etnik ini tetapi ada sesetengah pihak yang menganggarkan jumlah mereka sekitar 60,000 orang, iaitu jumlah yang agak besar. Daripada segi penempatan pula, mereka kebiasaannya hidup berasingan antara lelaki dan wanita tetapi semakin banyak yang tinggal sebumbung apabila sudah berkeluarga.

Budaya dan cara hidup

kaum chimbu cat tulang di badan 865

Suatu ketika dahulu, etnik ini kerap terlibat dengan peperangan antara etnik. Kebiasaannya, setiap keluarga akan menternak khinzir dan bercucuk tanam. Sistem barter biasanya digunakan untuk menjalankan perniagaan. Secara umumnya, cara hidup golongan ini banyak berubah setelah kedatangan banya mubaligh Kristian pada tahun 1930-an.

Dalam soal kekeluargaan pula, apabila sepasang suami isteri daripada etnik ini berkahwini, mereka akan diberikan tanah untuk dibina rumah dan dijadikan kawasan bercucuk tanam. Selain itu, orang kampung juga biasanya akan menghadiahkan seekor khinzir kepada setiap pasangan yang baru berkahwin sebagai hadiah perkahwinan.

Selain itu, mengikut amalan nenek moyang mereka, ibu bapa perlulah memastikan anak mereka sudah pandai berdikari sebelum merancang untuk mendapat anak yang seterusnya. Oleh itu, kebiasaannya jarak antara seseorang anak dengan anak seterusnya lebih jauh, menyebabkn sepasang suami isteri tidak berkemampuan untuk mempunyai anak yang ramai.

Strategi menakutkan musuh

chimbu

Menurut mereka, corak tulang yang dicat pada badan asalnya dahulu sebenarnya bertujuan menakutkan-nakut musuh dan hantu. Dengan cat pada badan yang berwarna hitam dan corak tulang, mereka seolah-olah umpama seorang mayat hidup.

Cuba bayangkan sekiranya anda menemui mereka di dalam hutan pada waktu malam, pasti takut dibuatnya. Bagi mewarnakan badan mereka dengan warna hitam, arang dan minyak digunakan. Sementara itu, corak tulang pula dihasilkan daripada serbuk kulit kerang yang ditumbuk halus.

Festival Sing Sing

papua new guinea

Namun, pada masa kini fungsi cat badan bercorak tulang ini semakin kurang fungsinya sebagai teknik pertahanan. Kini, corak cat badan ini merupakan satu daripada tarikan untuk festival mereka yang dikenali sebagai "Sing Sing".

Sing Sing merupakan sebuah perayaan dimana kumpulan-kumpulan kecil etnik ini yang berdekatan akan berkumpul untuk merayakan ritual dan tradisi budaya mereka. Festival ini turut disertai dengan persembahan tarian Sing Sing.

Kini, bagi yang tinggal di kawasan kurang terpencil, tarian Sing Sing ini sudah dijadikan sebagai sebuah persembahan untuk pelancong yang datang ke kawasan perkampungan mereka. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa industri pelancongan turut menyumbang kepada pendapatan utama etnik Chimbu ini.

tarian sing sing

Tarian Sing Sing ini berkisarkan tentang seorang kanak-kanak yang telah diculik oleh hantu. Bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut, sekumpulan penyelamat akan menggunakan kuasa magis mereka untuk mengalahkan hantu tersebut.

Tarian Sing Sing yang dipersembahkan bukan sahaja menakutkan pelancong, malah menurut mereka ianya turut ditakuti oleh hantu. Mereka percaya corak tulang pada badan mereka membolehkan mereka masuk ke dalam hutan dan gua tanpa rasa takut mereka akan diserang hantu jahat.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. National Geographic
  3. MyHeritage



Hakcipta iluminasi.com (2017)