redza rosli nafi sengaja peluk bahu ayda di dfkl 2017

Anugerah DFKL 2017 yang berlangsung baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen.

Kalau dahulu isu pengacaraan dan gaya rambut Rita Rudaini yang disebut ramai, kini ada segelintir netizen yang kurang gemar dengan adegan pelakon Redza Rosli yang didakwa memeluk bahu Ayda Jebat dengan sengaja dalam sebuah segmen anugerah tersebut.

Bagi menjelaskan perkara sebenar, Redza memberitahu bahawa aksi itu bukan sengaja dilakukannya untuk mengambil kesempatan terhadap Ayda.

Sebaliknya, ianya merupakan tuntutan skrip dan arahan pengarah, Erma Fatima yang memerlukan mereka berdua seolah-olah sedang menjayakan lakonan drama menerusi segmen itu.

Tiada apa yang pelik berlaku pada malam itu kerana kami hanya menurut arahan pengarah. Tidak mungkin saya melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kontroversi malah saya lega kerana penonton dan peminat memahami kami hanya melunaskan tugas sebagai penyampai anugerah. Malah ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia cuma lakonan semata-mata.

redza rosli nafi sengaja peluk bahu ayda di dfkl 2017 2

Sumber: Harian MetroBeautifulnara


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)