Kredit foto: Instagram Syed Saddiq 

Nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin mendapat perhatian kerana kredibiliti dan komitmen yang dipamerkannya dalam bidang politik.

Pasti ramai yang ingin mengenali personaliti dan sisi peribadi jejaka ini dengan lebih dekat. 

Di sini penulis sediakan 10 fakta menarik tentang anak muda berjiwa besar ini yang anda wajib tahu!

10 fakta menarik tentang syed saddiq yang ramai tak tahu 2

Kredit foto: Instagram Syed Saddiq 

1. Di kalangan artis antarabangsa, dia merupakan peminat penyanyi Selena Gomez.

2. Tidak suka digelar YB kerana panggilan itu dirasakan tua. 

3, Berita baik buat para gadis, Syed Saddiq mendedahkan dirinya masih belum berpunya kerana sibuk memenuhi jadual kerja yang padat.

4. Tidak sabar hendak berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam sidang Parlimen akan datang.

5. Mempunyai keyakinan dengan kredibiliti Pakatan Harapan untuk melaksanakan 10 janji dalam 100 hari sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. 

6. Kemenangannya dalam PRU14 adalah atas sokongan golongan anak muda yang ingin melihat dirinya diangkat sebagai pemimpin.

7. Dalam bidang sukan, beliau meminati hoki dan polo air.

8. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan walaupun kini bergelar Ahli Parlimen.

10 fakta menarik tentang syed saddiq yang ramai tak tahu 3

Kredit foto: Instagram Syed Saddiq 

9. Tidak segan mengakui dia 'anak emak' kerana baginya, ibu adalah sumber inspirasi.

10. Mempunyai impian untuk melihat Malaysia menempuhi masa depan yang gemilang di masa akan datang.

Sumber berita: Sinar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)