Oleh pada 09 Sep 2017 kategori

Kini Malaysia dilanda trend hiasan dalaman ala Scandinavian yang digilai anak-anak muda terutamanya yang baru memiliki atau menyewa rumah pertama. Gaya yang dipelopori oleh negara Scandinavia (Sweden, Denmark, Norway) ini juga kadangkala disebut sebagai ‘Nordic’ (meliputi Finland, Iceland), mula bertapak pada era 50an dan mendapat tempat di bahagian lain di dunia sejak awal dekad ini.

Tema sebenar gaya Scandinavian adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang aman, tenang dan lapang. Ternyata gaya ringkas, moden dan minimalis ini sebenarnya sangat mudah untuk dicapai. Ikuti panduan di bawah bagi membantu anda mendapatkan gaya ini untuk rumah anda sendiri!

scandinavian interior living room coffee table with plants decor 148

1. Mulakan dengan ruang yang kosong

Salah satu ciri paling tepat dalam hiasan dalaman Scandinavian adalah memastikan ruang digunakan dengan baik dan terhad kepada barangan yang diperlukan sahaja.

Untuk tujuan itu, adalah mudah kerja-kerja hiasan dalaman dimulakan dengan ruang yang kosong supaya susun atur perabot dapat ditentukan dengan mudah serta di mana kedudukan perhiasan sesuai diletakkan.

Sememangnya tidak mudah untuk anda mengosongkan sesuatu ruang, tetapi musuh utama gaya Scandinavian adalah ‘clutter’ terutamanya barangan yang tidak disusun dengan baik dan dekorasi yang sarat.

tips hiasan dalaman rumah scandinavian

2. Dinding putih

Jangan dihambat rasa takut menodai kesucian warna dinding anda. Jika anda benar-benar mahukan gaya Scandinavian, putih adalah identitinya yang sebenar. Seputih salju, sedingin iklim di sana.

Jika putih adalah warna yang terlalu bosan bagi anda, pastikan pilihan cat putih anda mempunyai tona lembut kelabu, hijau, biru, merah jambu atau warna gading.

Dinding kelabu atau biru gelap juga sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menonjolkan identiti hiasan dalaman yang ‘warm’ tetapi berhati-hati dengan keseluruhan tatarias agar ruang tidak nampak ‘gloomy’.

dekorasi scandinavian

3. Perabot dengan gaya ringkas

Dengan ruang yang kosong berdinding putih sebagai asas, pastikan perabot pilihan anda tidak terlalu sarat buatannya. Perabot Scandinavian menggunakan ukiran yang minimal dan bergaya ringkas. Akan tetapi, jika kena dengan gaya dan warna, perabot sarat ukiran yang anda miliki boleh dijadikan titik tumpuan hiasan dalaman ini.

cara hiasan scandinavian

Sekiranya perabot baru bukan pilihan poket anda, tentu saja anda boleh memberikan nafas baru kepada perabot sedia ada dengan lapisan cat baru. Perabot Scandinavian kebanyakannya berwarna putih, warna kayu semulajadi yang divarnis jernih, kelabu dan juga hitam. Mereka juga mementingkan elemen semulajadi untuk hiasan dalaman untuk membawa ciri-ciri ketenangan.

rumah ala ala scandinavian di malaysia

4. Cahaya

Cahaya semulajadi, lampu lantai, lampu meja, pemegang lilin - apa sahaja cara anda untuk membawa cahaya ke dalam rumah anda. Cermin yang besar dan ringkas juga sesuai untuk tujuan ini. Refleksi cahaya melalui cermin akan menggandakan kadar kecerahan rumah anda.

Terdapat banyak pilihan pencahayaan Scandinavian di pasaran - dari mentol terdedah kepada lampu gantung kayu dengan rekabentuk rumit - anda pasti akan mendapati pilihan yang sesuai dengan gaya peribadi anda.

rattan dining chairs dining tables 809

Pastikan kemasan tingkap anda juga ringkas dan tidak sarat dengan langsir yang beropol-ropol untuk memastikan pencahayaan semulajadi yang cukup untuk gaya ini.

rumah lebih cerah dengan dekorasi scandinavian

5. Kemasan Lantai

Kemasan lantai adalah satu faktor lain yang mengukuhkan identiti hiasan Scandinavian. Kebanyakan mereka menggunakan lantai kayu 'hardwood' yang divarnis dengan tona jernih sehinggalah ke perang pekat. Terdapat juga mereka yang mengecat lantai dengan warna putih untuk menggandakan rasa luas sesuatu ruang terutamanya di kawasan sempit.

scandinavian hiasan dan dekorasi

Andai pilihan lantai kayu 'hardwood' bukan pilihan ekonomikal, kemasan permaidani cukup sesuai untuk membangkitkan suasana tema Scandinavian ini. Mungkin karpet geometrik hitam dan putih atau carpet berbulu tebal satu tona menjadi pilihan anda?

6. Karya dinding hitam dan putih

Sama ada ia adalah peta bandar asing, typography yang besar, gambar hitam dan putih atau karya seni grafik – pamerkan sepanjang rak,  susunatur dalam kelompok di dinding atau diletakkan bersendirian di lantai – tiada peraturan betul atau salah dalam hal ini.

rumah scandinavian cantik

Karya berwarna lembut juga sesuai dipadankan bersama karya hitam putih anda.

7. Tambahan warna

Walaupun hitam, putih dan kelabu menguasai gaya Scandinavian, bukan semuanya membosankan.

Warna-warna pastel seperti merah jambu, biru, hijau dan kuning juga sesuai digabungkan dengan gaya ini. Perkara yang penting adalah untuk mengawal penggunaannya dengan hanya menambah warna-warna tersebut melalui kusyen tambahan di sofa, permaidani dan barangan hiasan yang kecil.

monochrome scandinavian with pops of yellow

8. Pokok hiasan

Jarang sekali kita melihat gaya hiasan dalaman Scandinavian tanpa pokok berpasu di dalam rumah. Pastinya pokok-pokok ini mudah dijaga, selamat untuk anda seisi keluarga dan juga sumber oksigen yang menyegarkan.

hias rumah ala scandinavian

Anda juga boleh menggunakan elemen daun untuk hiasan dinding untuk menyuntik sumber kehijauan di ruang anda.

9. Corak geometri

Pastikan pilihan corak hiasan di sekitar ruang Scandinavian anda tidak terlalu cacamarba. Gaya Scandinavian banyak bertumpu ke arah corak geometri untuk setiap barangan perhiasannya. 

10. Sentuhan terakhir

Sekiranya anda telah selesai menata rias ruang anda, tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan ini:

Adakah anda terlalu berlebih-lebihan dengan barang perhiasan? Adakah anda menambah terlalu banyak gambar, hiasan kecil atau warna? Adakah semua gabungan warna sesuai dan tidak terlalu kontra?

Percaya kepada mantra 'Less is more' untuk tema ini dan jangan teragak-agak melepaskan mana-mana barangan yang tidak berfungsi atau membuat sesuatu ruang nampak berselerak.

Dapatkan inspirasi terus dari gaya hiasan dalaman rumah-rumah di negara Scandiavia dan teruskan bereksperimen untuk gaya sebenar anda! - INTJ


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)