Sebelum ini, kami pernah menulis artikel "Mengapakah Amerika Syarikat Tidak Menggunakan Sistem Unit Metrik?". Dalam artikel tersebut, kami turut nyatakan Amerika Syarikat tidaklah menolak penggunaan sistem unit metrik secara total, sebaliknya menggunakannya secara bercampur-campur. Ianya sangat mengelirukan bagi orang luar.

Kali ini, kami akan berkongsi 10 situasi di Amerika Syarikat dimana sistem unit metrik lebih digunapakai berbanding unit ukuran Imperial System (IS). Bagi rakyat Amerika Syarikat, perkara ini mungkin tidak mengelirukan memandangkan mereka sudah terbiasa dengannya sejak daripada kecil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Air berkarbonat - Rakyat Amerika Syarikat sememangnya terkenal dengan gaya hidup meminum minuman berkarbonat. Air berkarbonat dirujuk menggunakan unit liter sejak penggunaan botol plastik di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. Sebelum botol plastik digunakan, unit ounces dan gallon digunakan.

2. Ketebalan kondom - Kondom yang dijual dipasaran juga mempunyai pelbagai variasi, antaranya yang mempunyai ketebalan berbeza. Ketebalan kondom di Amerika Syarikat menggunakan unit milimeter berbanding unit inci. Mungkinkah kerana 0.5mm lebih mudah disebut berbanding 0.019685 inci?

3. Saiz tip pen - Pen yang dijual di pasaran juga mempunyai pelbagi variasi saiz tip, iaitu bahagian muncung pen. Ada orang yang gemarkan pen dengan tip yang besar dan anda yang gemarkan pen dengan tip lebih halus, contohnya 0.5mm. Di Amerika Syarikat, saiz tip pen dilabel menggunakan unit metrik iaitu mm berbanding inci.

4. Ketulenan barang kemas dan batu permata - Ketulenan barang kemas dan batu seperti emas dan berlian diukur menggunakan unit karat. Unit ini diperkenalkan pada tahun 1970-an. Sebab penggunaan unit karat? Kerana tiada alternatif bagi unit karat dalam sistem unit Imperial System (IS).

5. Jarak lumba lari 5km dan 10km - Acara lumba lari bagi jarak 5K dan 10K telah menjadi sebahagian daripada acara sukan Olimpik sekitar tahun 1912. Menariknya, hanya dua kategori ini menggunakan unit km sementara jarak bagi kategori Full Marathon dan Half Marathon biasanya dirujuk menggunakan unit miles.

6. Kokain - Di Amerika Syarikat berat kokain dirujuk menggunakan unit gram dan kilogram. Alasannya kerana kokain dibungkus di luar Amerika Syarikat dan menggunakan unit metrik gram dan kilogram. Maka penggunaan unit tersebut dikekalkan apabila kokain dibawa masuk. Sementara itu, ganja yang dihasilkan di Amerika Syarikat masih menggunakan unit ounce dan pound.

kokain

7. Kereta lama - Sekiranya anda masih memandu kereta lama yang dihasilkan sebelum 1970-an, maka unit inci padu digunakan. Selepas tahun 1970-an, pengeluar kereta mula menggunakan unit liter memandangkan saiz enjin yang sudah semakin kecil.

8. Label nutrisi pada kotak/bungkusan makanan - Label nutrisi pada semua makanan menggunakan unit metrik seperti gram. Penggunaan unit metrik ini adalah kerana ianya lebih praktikal dan memudahkan setiap pengguna kerana kebanyakan makanan diimport daripada luar.

9. Ubat - Semua preskripsi ubat kepada pesakit adalah dalam unit miligram. Tujuan penggunaan unit metrik ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan mengelakkan pengambilan dos berlebihan.

10. Saiz kaliber - Saiz kaliber merujuk kepada diameter bahagian dalam muncung senjata api. Ia biasanya dilabel dengan unit inci dan metrik, tetapi kebanyakan orang akan merujuknya dengan unit milimeter (unit metrik). Sebagai contoh, 9mm.

saiz peluru




Hakcipta iluminasi.com (2017)