Dalam dunia muzik, gitar kekal menjadi antara instrumen pilihan yang paling popular dalam kalangan pemuzik dan pengumpul.

Adalah tidak menghairankan bagi ramai peminat muzik terutamanya mereka yang mempunyai penghargaan yang mendalam terhadap muzik dan poket yang tebal untuk menjelajahi ke seluruh pelusuk Bumi untuk mendapatkan gitar yang pernah dimiliki oleh superstar muzik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai peminat muzik yang berkemampuan sanggup untuk mengeluarkan wang sehingga jutaan ringgit hanya untuk menambahkan alat muzik milik pemuzik terkenal ke dalam koleksi mereka. 

iluminasi.com kongsikan 10 gitar milik pemuzik lagenda yang paling mahal pernah di jual dalam sejarah.

10. Prototaip Fender Broadcaster 1949 - RM1.57 juta

prototaip fender broadcaster 1949

Clarence Leonidas "Leo" Fender mungkin bukan seorang muzik ikon yang mana dibayangkan oleh kebanyakan orang, namun mereka yang memahami tentang muzik dan guitar tahu betapa besarnya sumbangan Fender dalam merevolusikan industri muzik.

Clarence telah membantu menghasilkan gitar elektrik moden yang anda dapat lihat pada hari ini. Tak perlu dikatakan lagi, gitar Fender Broadcaster Prototype 1949 telah dianggap sebagai permata di kalangan pengumpul gitar seluruh dunia.

Bapa kepada gitar Fender Telecaster ini telah terjual dengan harga RM1.57 juta.

9. Gold Leaf Stratocaster (Eric Clapton) - RM1.9 juta

gold leaf stratocaster

Pada tahun 1996, Eric Clapton ingin memesan sebuah gitar khas untuk memperingati ulang tahun ke-50 Fender. Eric memberikan arahan khusus dalam menghasilkan gitar ini agar ia layak untuk dipamerkan di muzium.

Sebagai respon, Syarikat Fender telah menghasilkan sebuah gitar Fender yang disalut dengan emas 23 karat. Tak lama kemudian, gitar ditawarkan untuk pembelian dan terjual dengan harga mencecah RM1.9 juta.

8. Gibson SG (George Harrison dan J. Lennon) - RM2.38 juta

gibson sg george harrison dan john lennon

Antara 1966 dan 1969, George Harrison dan John Lennon telah berkongsi sebuah gitar SG Gibson 1964. George dilihat menggunakan gitar tersebut bagi sesi rakaman dan jelajah untuk album Revolver.

John Lennon pula dilihat menggunakan gitar yang sama apabila dia merakamkan lagu untuk album White. Apabila gitar ini ditawarkan untuk dijual, penawaran harga menjadi tersangat sengit sehinggalah ia terjual pada harga RM2.38 juta.

7. Fender Stratocaster "Lenny" (Stevie Ray Vaughan) - RM2.6 juta

stevie ray vaughan s fender stratocaster

Gitar Fender Stratocaster  ini tersangat istimewa bagi artis blues, Stevie Ray Vaughan.

Gitar ini diberikan oleh isterinya, Lenny sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya yang ke-26 yang mana Stevie menamakan gitar tersebut bersempena nama isterinya.

Antara salah satu alat muzik yang paling dihormati di planet ini, "Lenny" adalah gitar pilihan Vaughan dan digunakan sepanjang kariernya serta tidak pernah berpisah dengannya sehingga kematiannya pada tahun 1990.

Pada tahun 2004, gitar ini telah dijual dalam acara lelongan kepada Guitar Center dengan harga RM2.6 juta.

6. CF Martin & Co 1939 (Eric Clapton) - RM3.3 juta

1939 cf martin co eric clapton 343

Satu lagi gitar akustik dari koleksi Eric Clapton, gitar ini dijual secara lelong untuk mengumpulkan dana untuk Pusat Pemulihan Crossroads, sebuah pertubuhan tak berkeuntungan yang dianjurkan oleh Eric sendiri.

Gitar ini telah berjaya dijual dengan harga RM3.3 juta.

5. Gibson ES0335 TDC 1964 (Eric Clapton) - RM3.5 juta

gibson es0335 tdc 1964 858

Gitar ini adalah gitar khas yang digunakan secara meluas oleh Eric Clapton dalam sesi jelajah dan rakamannya pada tahun 1964.

Walau bagaimanapun, dia jarang menggunakan gitar 1964 Gibson ES0335 TDC pada tahun-tahun berikutnya. Gitar ini akhirnya telah dijual dalam acara lelongan dan menjadi antara item yang paling mahal terjual iaitu dengan harga RM3.5 juta.

4. Fender Stratocaster "Blackie" (Eric Clapton) - RM4 juta

fender stratocaster blackie eric clapton

Apabila Eric Clapton beralih dari gitar Gibson ke Stratocaster, dia membeli enam buah gitar Stratocasters vintaj dan memberikan tiga daripadanya sebagai hadiah kepada tiga ikon muzik iaitu George Harrison, Pete Townshend dan Steve Winwood.

Eric kemudiannya "membedah" ketiga-tiga gitar vintaj yang lain dan membina gitar hibrid yang menggunakan komponen daripada tiga gitar Stratocaster yang berlainan. Gitar tersebut diberi nama "Blackie".

Gitar tersebut dijual dalam sebuah acara lelongan dengan harga RM4 juta dan memandangkan Eric Clapton membeli setiap satu gitar tersebut dengan harga RM420, jualan tersebut dianggap tersangat berbaloi.

3. Washburn 22 series Hawk (Bob Marley) - RM8.35 juta

gitar washburn 22 series hawk milik bob marley

Biasanya pemuzik handalan dunia memiliki koleksi gitar yang tidak terkira. Namun ketika masih hidup dan menghasilkan muzik reggae, Bob Marley hanya memiliki tujuh buah gitar.

Apabila dia meninggal dunia, kerajaan Jamaica mengisytiharkan sebahagian besar daripada barang miliknya menjadi aset negara, termasuk gitar Washburn 22 Series Hawk.

Memandangkan pengaruh muzik Bob Marley yang tersangat kuat dan hakikat bahawa dia tidak mempunyai banyak gitar dalam koleksinya, harga gitar ini melonjak naik kepada RM8.35 juta.

2. Fender Stratocaster 1968 (Jimi Hendrix) - RM8.35 juta

gitar fender stratocaster 1968 milik jimi hendrix

Jimi Hendrix adalah seorang yang dianggap sebagai pemain gitar genius. Dan walaupun kemahiran bermain gitarnya telah mencapai tahap keabadian, namun Jimi tidak kekal abadi.

Gitar Stratocaster 1968 miliknya adalah antara barangan yang dianggap sebagai permata dalam dunia muzik. Dimainkan oleh Hendrix pada tahun 1969 di konsert Woodstock, gitar tersebut tak lama kemudian dibeli oleh pengasas bersama syarikat perisian gergasi dunia Microsoft iaitu Paul Allen.

Paul Allen dilaporkan telah membayar RM8.35 juta bagi mendapatkan gitar lagenda ini.

1. Reach Out to Asia Fender Stratocaster - RM11.27 juta

gitar fender stratocaster reach out to asia 390

Walaupun gitar ini bukan milik mana-mana pemuzik lagenda, namun ada cerita menarik disebaliknya.

Pada tahun 2005, kerajaan Qatar telah membeli sebuah gitar dan meminta lagenda-lagenda muzik terkenal dunia untuk menurunkan tandatangan di atasnya.

Antara lagenda muzik tersebut termasuklah Mick Jagger, Keith Richards, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff Beck, Pete Townsend, Mark Knopfler, Ray Davis, Liam Gallagher, Ronnie Wood, Tony Iommi, Angus dan Malcolm Young, Paul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore, Def Leppard dan Bryan Adams.

Sebaik sahaja autograf mereka dikumpulkan, gitar tersebut dimasukkan dalam senarai lelongan dan telah terjual dengan harga RM11.27 juta.

Hasil daripada jualan tersebut disumbangkan kepada Reach Out For Asia, sebuah program pemulihan yang direka untuk membantu mangsa Tsunami Lautan Hindi 2004.




Hakcipta iluminasi.com (2017)