Setiap bandar di seluruh dunia mempunyai beberapa misteri tentang bagaimana ianya terbentuk. Ahli-ahli arkeologi telah menyenaraikan beberapa bandar tertua di dunia dan terus didiami sehingga hari ini.

Sesetengah bandar dalam senarai ini sudahpun melebihi usia 10,000 tahun. Ini bermakna masyarakat zaman dahulu lagi sudah mula hidup bermasyarakat. Berikut adalah senarai 10 bandar paling tua yang akan membuatkan anda berfikir semula tentang kehidupan manusia purba.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Faiyum - Mesir

faiyum

Credit : sciencephoto

Faiyum adalah salah satu bandar tertua di dunia yang terletak kira-kira 105 km di tenggara Kaherah, Mesir. Ia juga merupakan bandar tertua di Mesir, diasaskan sekitar 4000 SM.

Ketika Dinasti Firaun, bandar ini dikenali sebagai Medinat al Fayoum. Dalam sejarah purba, kota Faiyum juga dikenali sebagai "Bandar Buaya" kerana kebanyakan penduduk di situ menyembah buaya suci bernama "Petsuchos".

Antara tahun 309 hingga 246 SM, Ptolemy II Phuladelphus yang merupakan raja Mesir ketika itu telah merasmikan semula kota itu selepas kedatangan agama Kristian. Pada hari ini, bandar itu masih mempunyai bazar, pasar dan masjid yang digunakan penduduk setempat.

9. Sidon - Lubnan

sidon

Credit : arounddeglobe

Sidon adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 37 km di selatan Beirut dan merupakan bandar ketiga terbesar di Lubnan. Sidon adalah nama Arab yang membawa maksud dalam perkataan moden "perikanan". 

Bandar ini mula dibangunkan kira-kira pada tahun 4000 SM. Bandar ini telah melalui pelbagai kejadian sejarah seperti peperangan saudara Lubnan yang sengit dan juga penempatan oleh tamadun Hellenistik, Romawi dan Uthmaniyyah.

Penduduk purba bandar Sidon dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Kini, kajian yang dilakukan pada tahun 2000 menunjukkan populasi bandar nelayan kecil ini mencecah sehingga 300,000 orang. Penduduk di situ mahir dalam bidang seni dan sulaman dan merupakan pengeluar kaca dan pewarna ungu yang berjaya. 

8. Athens - Greece

athens 218

Credit : go-today

Athens adalah salah satu bandar tertua dengan jangka masa selama 3,400 tahun. Akan tetapi, kehadiran manusia di sini dipercayai ada sejak tahun 7000 SM lagi. Pada tahun 1200 SM, pencerobohan dan pemusnahan ke atas kota Athens telah menyebabkan bandar ini mengalami penurunan ekonomi selama 150 tahun kemudian.

Hari ini, Athens adalah ibu kota kepada Greece dan diiktiraf sebagai sebuah bandar global kerana kepentingannya dalam bidang perkapalan, kewangan, hiburan dan perdagangan antarabangsa. 

Dalam kajian yang dilakukan oleh UBS (syarikat perbankan multinasional yang berpangkalan di Switzerland), Athens merupakan bandar ke-29 terkaya dunia berdasarkan kuasa membelinya.

7. Plovdiv - Bulgaria

plovdiv

Credit : travelbulgaria

Plovdiv yang terletak di Bulgaria ini telah mula didiami sejak tahun 6000 SM lagi. Dengan populasi penduduk melebihi dari 300,000 orang, Plovdiv merupakan bandar kedua terbesar di negara itu.

Bandar ini dibina di atas tujuh buah bukit yang terletak 250 meter di atas paras laut. Oleh disebabkan itu, Plovdiv dirujuk sebagai "Kota Tujuh Bukit". Bandar ini berada di bawah pengaruh Thracian, satu kumpulan suku Indo-Eropah. Pada masa dahulu, bandar ini pernah dijajah oleh orang-orang Rom, Greek, Hun, Persia dan Turki. 

6. Gaziantep - Turki

gaziantep

Credit : pegasus

Gaziantep sebelum ini secara tidak rasminya dikenali sebagai Antep. Ia merupakan sebuah bandar purba yang terletak kira-kira 97 km ke utara Syria. Terdapat rekod penempatan manusia menduduki bandar purba ini seawal tahun 4000 SM lagi.

Semasa zaman pertengahan, bandar ini diperintah oleh Tulunid (dinasti yang berasal dari Turki dan dinasti bebas pertama yang memerintah Mesir dan Syria). Kemudian, pemerintahan bandar ini diambil alih pula oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Gaziantep kiri berada di kedudukan ke-6 bagi bandar terpadat di Turki dengan populasi penduduk sekitar 1.45 juta orang. Bandar ini pernah menyaksikan banyak kejadian pembunuhan beramai-ramai, penghapusan etnik dan serangan pengganas.

5. Susa - Iran

susa

Credit : awesomestories

Susa adalah sebuah kota purba di Iran dengan rekod menunjukkan penempatan itu bermula seawal tahun 4395 SM. Penempatan ini terletak di sebelah timur Sungai Tigris, antara Karkheh dan Sungai Dev di Pergunungan Zagros kira-kira 250 km ke timur.

Sebelum Susa dibangunkan, penduduk yang lebih awal berada di sini dipercayai masyarakat zaman Neolitik pada tahun 7000 SM. Setelah bandar Susa dibangunkan, kuil-kuil juga mula dibina mengelilingi lanskap penempatan ini.

Masyarakat Susa sangat mahir dalam menghasilkan produk seramik seperti bekas, balang kecil dan tapak hidangan makanan. Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2005, Susa mempunyai populasi penduduk seramai 64,960 orang.

4. Damsyik - Syria

damsyik

Credit : intelligencebriefs

Damsyik adalah ibu kota Syria dan merupakan salah satu bandar tertua di dunia. Seperti yang kita ketahui, bandar bersejarah ini sedang mengalami perperangan dan pencabulan yang berat. Hal ini menyebabkan kerosakan yang teruk, menjurus kepada populasi yang semakin berkurang.

Penduduk awal yang mendiami bandar ini adalah pada sekitar tahun 6300 SM dan kemudian Damsyik diperintah oleh raja Biryawaza. Kedatangan kaum Aramaean telah menjurus kepada penubuhan rangkaian terowong dan saliran air yang canggih.

3. Aleppo - Syria

aleppo

Credit : heraldnet

Aleppo adalah bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di Syria pada masa ini. Kira-kira 2.1 juta orang mendiami bandar itu dalam satu bancian pada tahun 2004. 

Bandar bersejarah ini mempunyai banyak tinggalan arkeologi dan telah diduduki oleh manusia sejak tahun 5000 SM lagi. Sebelum Damsyik, Aleppo muncul dalam rekod sejarah sebagai bandar yang penting dan tertua di dunia.

Bandar Aleppo berada di bawah pengaruh besar agama dan dirujuk sebagai Ha-lam pada tahun 3000 SM. Malangnya, bandar ini juga senasib dengan Damsyik akibat perperangan dan pencerobohan yang berlaku ketika ini.

2. Byblos - Lebanon

byblos

Credit : sometimes-interesting

Bandar Byblos mula tertubuh antara tahun 8800 hingga 7000 SM dan dianggap bandar kedua tertua di dunia. Byblos adalah sebuah bandar Mediterranean di Lubnan, kira-kira 42 kilometer di utara Beirut.

Pada tahun 1921, ahli arkeologi menemui lapisan serpihan dan artifak sekaligus menganggap bandar itu sangat besar dan bersejarah. Kali pertama bandar itu dicatatkan dalam rekod sejarah adalah pada tahun 3000 SM oleh Cronus.

Kini, Byblos merupakan tempat tarikan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya dan sejarah yang banyak. Pada tahun 2016, Byblos juga dinobatkan sebagai "Pusat Pelancongan Arab".

1. Jericho - Palestin

jericho

Credit : welcometopalestine

Bandar Jericho atau dikenali dalam Bahasa Arab sebagai Ariha adalah bandar paling tua dalam dunia. Terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat, bandar ini kini dikuasai oleh puak Fatah yang merupakan serpihan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.

Antara bukti nyata bahawa bandar ini merupakan bandar tertua di dunia ialah tapak arkeologi yang mengandungi tembok dan menara batu tertua di dunia, dikenali sebagai Wall of Jericho. Bandar yang dipercayai telah bermula sejak tahun 9000 SM apabila ahli-ahli arkeologi telah mengekstrak kira-kira 20 lapisan tinggalan lama pada tapaknya.

Rujukan :

1. US News

2. MNN

3. Earth N World




Hakcipta iluminasi.com (2017)