anak adiwira lagi hebat power dari ayah bapa

Adalah menjadi matlamat bagi setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi lebih baik berbanding mereka dalam segala perkara. Ibu bapa juga akan memastikan anak-anak mereka mewarisi segala kelebihan yang mereka ada, malah lebih baik.

Hal yang sama juga berlaku dalam dunia komik dan animasi. Watak adiwira yang anda minat biasanya akan semakin berumur, berumah tangga dan akhirnya mempunyai anak. Sesetengah daripada anak-anak mereka mewarisi kehebatan yang lebih baik berbanding orang tua mereka. Berikut adalah senarai beberapa diantaranya. 

Legion (Professor X)

professor x dan legion

Professor Charles Xavier adalah seorang mutan dengan kuasa telepati terhebat dan pemimpin kepada X-Men. Namun, itu adalah satu-satunya kuasa yang dimilikinya. Anaknya, David Haller aka Legion, merupakan seorang mutan yang lebih hebat berbanding Professor X.

Legion sebenarnya tidak mempunyai kebolehan yang jelas. Disebabkan masalah kecelaruan personaliti berganda yang dialaminya, dia mempunyai akses kepada pelbagai kuasa. Antara kuasa yang dimiliki Legion adalah kemampuan mengubah masa, telekinesis, pyrokinesis (mengawal api dengan minda) dan banyak lagi.

Damian Wayne (Batman)

damian wayne

Damian adalah anak kepada Batman dan Talia al Ghul. Ini bermakna dia juga adalah cucu kepada musuh Batman iaitu Ra's al Ghul. Dalam semua anak-anak Bruce Wayne (Batman), Damian menerima latihan yang terbaik.

Damian mendapat pendidikan daripada League of Assassins yang diasaskan oleh datuknya, Ra's al Ghul. Damian akhirnya membesar menjadi Batman versi abadi kerana kebolehannya untuk sembuh daripada sebarang kecederaan yang dialaminya. Damian kemudian menjadi Robin kelima dan bertarung di samping bapanya.

Cable (Cyclops)

cable

Cable adalah anak kepada Scott Summers (Cyclops) dan Madeline Pryor (klon Jean Grey). Dia telah dihantar ke masa hadapan semasa masih bayi untuk dilatih menjadi seorang pahlawan. Malangnya, dia dijangkiti virus Techo-Organic ketika berada di masa hadapan.

Ini adalah sebab mengapa dia lebih bergantung kepada teknologi daripada menggunakan kuasa telekinesis dan telepatinya yang kuat. Ini tidak bermakna dia lemah kerana Cable mampu melawan musuh yang mempunyai pelbagai jenis kuasa. Dia jelas lebih kuat berbanding bapanya.

X-23 (Wolverine)

laura kinney dan wolverine

Wolverine adalah watak adiwira yang hebat tetapi Laura Kinney mungkin berupaya mengatasinya. Laura yang lebih dikenali sebagai X-23 adalah klon Wolverine. Dia diperkenalkan dalam X-Men : Evolution dan sejak itu, wataknya menjadi semakin popular.

Sebelum bergabung dengan X-Men, X-23 adalah seorang pembunuh upahan yang hebat bertarung dan bermain senjata. Seperti bapanya, dia juga mempunyai deria luar biasa, tulang adamantium dan kebolehan untuk sembuh. Apa yang membuatkan dia lebih hebat berbanding Wolverine adalah kerana dia mempunyai cakar di kedua-dua tangan dan kakinya.

Gohan (Goku)

goku dan gohan

Dalam Dragon Ball Z, Gohan telah berkembang dari seorang anak kecil menjadi pahlawan yang kuat. Walaupun Dragon Ball lebih menumpukan pada watak Goku tetapi Gohan lebih kuat berbanding bapanya.

gohan vs cell

Gohan Vs Cell

Ketika penghujung siri Dragon Ball Z, Goku menarik diri daripada melawan Cell kerana dia tahu Gohan mampu mengalahkannya. Malah, dia memberikan Kacang Senzu kepada Cell untuk memulihkan tenaganya semula. Pada mulanya Gohan bergelut tetapi dia berjaya menjadi orang pertama mencapai tahap Super Saiyan 2 dan mengalahkan Cell dengan mudah.

Jack Jack (The Incredibles)

jack jack

Mr Incredible adalah seorang adiwira terkenal yang mempunyai kekuatan dan kebal seperti watak The Thing. Isterinya, Elastigirl pula boleh mereggangkan tubuhnya seperti Mr. Fantastic dalam Fantastic Four. Anak mereka Violet dan Dash juga memiliki kebolehan masing-masing tetapi anak ketiga mereka, Jack Jack, adalah jauh lebih kuat dari mereka semua.

Walaupun keluarganya belum pasti mengenai kuasanya, Jack Jack mempunyai banyak kebolehan. Bukan sahaja dia boleh berubah bentuk tetapi juga mampu menembak laser, merentas jarak (teleport), menembusi dinding dan banyak lagi. Dia mungkin masih seorang bayi tetapi dia akan membesar menjadi kuasa hebat dunia adiwira.

Scarlet Witch (Magneto)

scarlet witch 549

Magneto adalah musuh X-Men yang paling lama. Mutan yang boleh mengawal logam ini bencikan manusia apabila dia melalui sejarah hitam sejak kecil lagi ketika menjadi tahanan di kem Holocaust. 

Magneto mempunyai dua orang anak iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch. Quicksilver adalah mutan yang kuat dengan kelajuan luar biasa tetapi Scarlet Witch adalah mutan tahap omega yang dapat memanipulasi realiti dengan hanya berbisik. Scarlet Witch bermula sebagai ahli kepada Brotherhood of Evil Mutants tetapi kemudian menyertai X-Men dan Avengers.

Thane (Thanos)

thane vs thanos

Thanos mungkin memikirkan dirinya sebagai makluk terkuat di alam semesta tetapi hakikatnya terdapat beberapa villian yang boleh mengalahkannya dengan mudah. Salah satu musuh utamanya ialah anaknya sendiri, Thane.

thane mengunci thanos

Thane mempunyai kuasa untuk memanipulasi alam realiti dengan tangan kirinya dan mampu mengunci sesiapa sahaja dengan tangan kanannya. Ketika semua ahli Avengers berjuang untuk menghentikan Thanos, akhirnya Thane yang mengalahkan bapanya itu. Dia tidak membunuhnya serta-merta tetapi mengunci Thanos dalam keadaan hampir mati. 

Uzumaki Naruto (Minato Namikaze)

naruto dan minato

Uzumaki Naruto adalah Hokage ketujuh dan merupakan ninja paling berkuasa di dunia. Selain mempunyai chakra yang hebat, dia juga mampu menggunakan kekuatan Musang Ekor Sembilan yang berada dalam badannya.

Naruto yang bermula sebagai seorang ninja yang sedikit dungu mendapat tahu bahawa bapa kandungnya adalah Hokage keempat, Minato Namikaze. Minato adalah ninja dan Hokage terhebat dengan gerakan sepantas kilat tetapi Naruto telah berkembang menjadi lebih kuat daripada bapanya.

Franklin Richards (Mr Fantastic dan Invisible Woman)

franklin richards

Franklin RIchard adalah anak kepada adiwira Fantastic Four iaitu Reed Richards dan Sue Storm. Dia adalah seorang mutan tahap Omega dan menunjukkan kebolehannya ketika masih kecil. Dia mempunyai kebolehan untuk memanipulasi realiti dan menyusun struktur molekul dengan hanya membayangkannya sahaja.

Ini bermakna, dia mampu membunuh sesiapa sahaja dengan menggunakan imaginasi sahaja. Bapanya terpaksa mengunci mindanya kerana takut Franklin akan menghancurkan planet ini secara tidak sengaja jika tidak mampu mengawal kuasanya. Kuasa luar biasanya ini dianggap oleh ramai peminat sebagai salah satu watak adiwira terkuat dalam semua komik dan animasi.

Rujukan:

1. Anak adiwira yang lebih kuat berbanding orang tua mereka

2. Watak anak adiwira marvel yang lebih kuat

3. Superhero dengan anak yang lebih hebat



Hakcipta iluminasi.com (2017)