Selebriti antarabangsa diminati oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kita juga mungkin mempunyai selebriti kegemaran dan sukakan mereka walaupun tidak pernah berjumpa. Kita sanggup menonton filem atau mendengar lagu-lagu mereka dan kerap berbicara tentang mereka.

Namun, bagaimana jika artis kesayangan anda itu melukakan hati atau membuatkan anda marah? Bagi kebanyakan orang, mereka mungkin akan menulis tentangnya di media sosial.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi segelintir peminat pula, mereka sanggup menggunakan sistem keadilan untuk menyaman artis kegemaran mereka tidak kira sama ada selebriti itu betul atau salah. Berikut adalah kisah selebriti yang disaman peminat sendiri.

1. Lil' Wayne

lil wayne 880

Pada bulan Mei 2012, seorang peminat tidak berpuas hati terhadap penyanyi rap terkenal Lil' Wayne. Peminat bernama Alfredo Marino mendakwa, dia telah terserempak dengan penyanyi rap kesayangannya itu di salah sebuah kedai di Los Angeles.

Marino mula mengambil gambar Lil' Wayne menggunakan telefonnya tetapi ditegah pengawal peribadi penyanyi rap itu. Setelah beberapa kali diberi amaran, salah seorang pengawal telah memukul kepalanya menggunakan papan selaju (skateboard).

Kejadian itu menyebabkan Marino cedera dan terpaksa mengambil cuti sakit. Selepas itu, Marino membenci Lil' Wayne dan menyaman penyanyi rap itu atas serangan yang berlaku.

2. Justin Bieber

justin bieber 347

Artis yang menjadi kegilaan gadis remaja ini juga pernah disaman dalam satu kejadian pelik. Ketika membuat persembahan di Oregon pada 2010, Justin Bieber menaiki satu replika berbentuk hati di atas lautan peminatnya.

Salah seorang yang ada di bawah replika itu ialah Stacey Betts, seorang ibu yang datang menonton konsert bersama anak perempuannya. Menurut Betts, Bieber telah melambai ke arah peminatnya sehingga menyebabkan gadis-gadis yang hadir menjerit dengan sangat kuat.

Jeritan yang terlampau kuat itu membuatkan replika logam itu bergema sehingga menyebabkan "sound blast" yang merosakkan pendengaran Betts. Wanita itu mendakwa terkena tinitus, keadaan yang menyebabkan telinganya sentiasa mendengar bunyi berdengung.

Betts kemudian menyaman Bieber sebanyak USD 9 juta tetapi kes itu akhirnya digugurkan.

3. Usher

usher 509

Kisah penyanyi R&B terkenal ini agak memalukan. Pada 2017, tiga individu telah memfailkan saman terhadap Usher yang mendakwa penyanyi itu telah menjangkiti mereka dengan penyakit kelamin.

Quantasia Sharpton dan dua lagi individu yang tidak mahu dikenali telah meminta Usher membayar ganti rugi dan kos guaman mereka. Penyanyi popular itu pula tidak mahu membuat sebarang pengumuman rasmi terhadap peminat yang menyamannya itu.

Namun, ia bukanlah kali pertama buat Usher. Pada tahun 2012, penyanyi itu disaman atas tuduhan yang sama seorang individu yang dirahsiakan. Usher menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan bayaran USD 1.2 juta. 

4. Snoop Dogg

snoop dogg

Ketika penyanyi rap legenda ini membuat persembahan, seorang peminat bernama Richard Monroe Jr. telah menyerbu naik ke pentas untuk memeluk artis kesayangannya itu. Namun, Monroe telah dihalang dengan kasar sehingga tidak sedarkan diri.

Apabila sedar, Monroe mendapati dia berada di belakang pentas dengan muka yang bengkak dan berlumuran darah. Monroe pada mulanya menyaman Snoop Dogg sebanyak USD 22 juta tetapi hanya menerima kurang daripada USD 500,000 apabila juri bersetuju bahawa penyanyi rap itu tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.

Apa yang peliknya, Monroe berasa sangat seronok menghabiskan masa beberapa hari berjumpa Snoop Dogg untuk berunding mengenai pampasan dan berasa lebih dekat dengan artis kesayangannya itu.

5. Bon Jovi

bon jovi 670

Bon Jovi adalah kumpulan rock yang popular sejak tahun 80-an lagi dan masih digemari sehingga kini. Pada 2007, Bon Jovi telah mengeluarkan lagu berjudul "I Love This Town". tidak lama selepas itu mereka dikejutkan dengan saman berjumlah USD 4 bilion daripada seorang peminat bernama Samuel Bartley Steele.

Steel mendakwa kumpulan itu telah meniru lagu ciptaannya berjudul "Man I Really Love This Team". Ketika perbicaraan, Steel telah meminta seorang ahli muzik profesional untuk memberi kesaksian mengenai lagu itu.

Apa yang mengejutkan, ahli muzik itu mendakwa bahawa kedua-dua lagu itu tidak sama langsung melainkan tajuknya yang mempunyai perkataan "love" dan "this". 

Walaupun mahkamah membatalkan saman itu, Steel tidak berputus asa dan terus memohon supaya keputusan itu dipertimbangkan semula.

6. Taylor Swift

taylor swift

Anda mungkin biasa mendengar mengenai peminat fanatik yang sanggup melakukan apa sahaja demi artis kesayangan mereka sehingga bertindak di luar batasan.

Itulah yang dihadapi oleh penyanyi Taylor Swift pada 2015. Seorang peminat bernama Russell Greer begitu terdesak untuk mendapatkan perhatian penyanyi pujaannya itu. Greer telah menulis sebuah lagu berjudul "I Get You, Taylor Swift" dan menghantar lagu itu kepada ejen Taylor Swift.

Namun, mereka menolak lagu itu secara baik kerana masalah hak cipta. Tidak dapat menerima hakikat, Greer mula menghantar surat dan hadiah kepada keluarga Taylor Swift serta merayu untuk menerima lagunya.

Apabila masih gagal, Greer memfailkan saman sebanyak USD 7,000 kerana Taylor mengabaikannya dan menyebabkannya tertekan. Namun, saman itu telah ditolak mahkamah.

Greer bertindak lebih dahsyat dengan menyaman Taylor Swift kali kedua sebanyak USD 50 juta untuk memaksa penyanyi itu memberikan perhatian kepadanya. Sama seperti sebelumnya, saman tidak berasas itu ditolak mahkamah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)