zizie ezette dapat bayi kembar

Kredit foto: Instagram Zizie Ezette

Aktres, Zizie Ezette, selamat melahirkan anak kembar lelaki, masing-masing seberat 2.74 kilogram (kg) dan 2.78 kg pada jam 5:48 dan 5:50 pagi, di Pusat Perubatan Prince Court, 29 Disember lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau mengumumkan berita gembira itu kepada para peminatnya.

Zizie menyifatkan kelahiran itu sebagai hadiah cukup bermakna menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-39. 

"Ibu yang menyambut hari lahir bersama dua hadiah awal yang cukup berharga," tulis pelakon Hero Seorang Cinderella itu di ruangan kapsyen.

Beliau turut meluahkan rasa terkejut kerana awalnya menjangkakan akan bersalin pada keesokan hari iaitu 30 Disember.

"Ibu jangka mereka akan lahir hari ini (semalam) tapi mereka datang secara mengejut melalui 'emergency C Section' semalam (29 Disember)," katanya.

Sementara itu, Zizie memberitahu pasangan bayi kembar itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, kedua-duanya adalah bayi yang sihat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya," ucapnya diikuti tanda pagar #blessed #twinboys #happymom #birthdaymommy #30thdec #29thdec.

Zizie dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. 

Sumber berita: Sinar Harian 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)