Kredit foto: Instagram Zizie Izette

Aktres Zizie Izette memberi kejutan apabila tampil dengan foto bertubuh langsung selepas tamat tempoh berpantang dan melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember lalu.

Rata-rata peminat teruja melihat kiriman foto yang dikongsi aktres itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Menerusi foto berkenaan jelas memperlihatkan bentuk badan rampingnya dalam baju kurung moden hijau yang dikenakan.

Kiriman itu dikongsi semalam sebelum pelakon Hero Seorang Cinderella ini menghadiri majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura.

cepatnya kurus zizie izette kembali langsing selepas berpantang 2

Kredit foto: Instagram Zizie Izette

"Wah sekejap sahaja ramping balik.

"Cantiknya...cepatnya kurus!

"Tolong kongsi tip kurus," komen beberapa peminat.

Terdahulu, Zizie melahirkan bayi kembar lelaki secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada tahun 2009.

Selain itu, mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang kini mencecah usia tiga tahun.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)