Kredit foto: Instagram Zarul
Bekas peserta Gegar Vaganza, Zarul mengakui berasa rindu dengan pekerjaan lamanya yang menjadi rutin beliau sebelum aktif semula dalam dunia hiburan.
Zarul sebelum ini adalah seorang pramugara, namun mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya kerana ingin mencuba nasib dalam kerier seni yang telah lama ditinggalkan.
Bagaimanapun dia tidak dapat menidakkan perasaan rindu apabila melihat bekas rakan-rakan sekerjanya berkongsi foto-foto mereka di laman sosial.
Kredit foto: Instagram Zarul
Saya dah 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara jadi memang agak susah nak move on. Tipulah kalau saya kata tak rindu untuk bekerja di atas kapal terbang, rasa itu sentiasa ada cuma bila dah sibuk ni lupalah sekejap. Kadang-kadang bila tengok foto-foto kawan-kawan di Facebook dan Instagram (IG), dalam hati rasa macam alahai rindunya.
Sumber: Astro Gempak
Begitupun Zarul akur dengan keputusan yang telah diambil dan baginya, memori yang disimpan sewaktu melakukan pekerjaan tersebut sudah cukup membahagiakan.
Kredit foto: Instagram Zarul
Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya saya ada kenangan manis sewaktu bergelar pramugara.
Sumber: Astro Gempak
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Zarul yang berjudul 'Cik Serba Tahu' sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen menerusi saluran Astro Ria. Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon Sari Yanti, Remy Ishak dan Adi Putra.